BAB 35

61 3 0
                                    

"Bismillahirrahmanirrahim, semoga dipermudahkan urusan seharian aku harini!" -doa Ayuni dalam hati. Pagi ini Ayuni dan Nina akan ke showroom Honda untuk pick-up yang dibeli untuk suaminya dan pada petangnya mereka akan ke Perlis untuk kejutan yang dirancang.

Perjalanan yang mengambil masa 10 minit untuk sampai ke showroom jadi 7 minit kerana keterujaan Ayuni. Selesai menarik handbrake tiba-tiba...

"Lah, ingat nak pergi breakfast dulu? Tak lari lah kereta tu Ayuni oi!" -tanya Nina kecewa.

"Ala, aku eksaited sangat. Takpelah, kejap lagi kita drive-thru McD okay. No worries, breakfast on me!" -pujuk Ayuni rasa bersalah. Sebelum keluar tadi mereka berdua hanya minum secawan kopi itupun sharing is caring sebab nak cepat.

"Alright. Let's go!" -balas Nina terpujuk. As long dapat makanan free, why not?

Ayuni dan Husnina menapak masuk ke showroom disambut baik oleh Najihah. Selesai menandatangani semua perjanjian jual beli, Najihah membawa Ayuni melihat kereta.  Paling Ayuni teruja nak tengok adalah nombor plate kereta itu kerana nombornya limited edition dan sama dengan kereta Honda HR-Vnya.

IM2310, terpampang jelas nombor itu di bahagian nombor plate

"Pandai awak tukar font plate ye Najihah. I love it and nice." -puji Ayuni ikhlas. Hasil kerja Najihah memang tidak perlu dipertikaikan kerana hasilnya sangat-sangat terbaik. Setahun lepas hasil kerjanya iaitu menguruskan jual beli Honda HR-V Ayuni dan set-up nombor plate U2310.

Selesai urusan kereta, Ayuni dan Husnina meminta diri kerana banyak yang perlu diselesaikan hari ini termasuk kejutan yang dirancang.

"Babe, how about kalau kita ke T&S Accessories kejap untuk tinted, letak karpet and  side visor untuk kereta ni? Aku macam tak yakin je suami aku tu sempat untuk pi buh tinted." -ajak Ayuni.

"Boleh je. Kita tinggal kereta dekat kedai tu, pastu kita gi breakfast lah." -jawab Nina tak lupa janji Ayuni belanja dia sarapan pagi.

"Makan je kan hang ingat. Ok on! Aku drive kereta ni, and hang kena jalan dulu sebab aku tak ingat jalan." -pesan Ayuni. Memang plan asal Ayuni akan drive Honda Civic yang dibelinya dan Nina perlu membawa keretanya sendiri sebab masih tidak berani memandu Honda HR-V Ayuni. Besar sangat katanya.

"Tak berubah hang ni noh!" -marah Nina sambil masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan.

Setelah berurusan dengan pemilik T&S Accessories sendiri dan beliau janji untuk menyiapkan kereta dalam masa dua jam, mereka berdua terus pergi sarapan pagi dan Ayuni meminta Nina untuk singgah di Empire Florist untuk membeli 25 kuntum bunga ros merah hidup khas untuk kejutan tersebut. 

"Dia laki lah, apa hal hang nak kena bagi bunga?!" -tanya Nina yang tak tahu apa itu romantik.

"Aku beli bunga, kononnya suprise. Romantik gitu. Habis suprise mesti dia cakap.... sepatutnya abang yang beli bunga untuk sayang... sayang ambillah bunga ni.. abang tak tahu nak letak mana. So, aku boleh ambik bunga tu bawak balik and letak dalam pasu bunga kat rumah kita yang dah kering dua minggu tu." -jelas Ayuni sambil senyum jahat.

"Wah, sangat bijak. Alhamdulillah selepas menghabiskan almost RM150k, Ayuni terus jadi bijak menguruskan kewangan. Syukur Ya Allah." -perli Nina sambil bersyukur. 

Kringgg.... Kringgg.. Kringg..

"Bukan phone aku lah!" -jawab Nina selepas dapat jelingan tajam dari Ayuni.

"Oh ya eh, ambik jap phone aku dalam beg.... please." -suruh Ayuni malu.

"Weh, suami aku nih! Ahh takut la. Hang diam tau!" -pesan Ayuni kelam kabut takut terkantoi dengan suaminya. 

CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now