PÃRT 18

41 14 0
                                    

Gyuri lemparkan cawan kearah Hyunwoo sehingga menyebabkan wajah lelaki itu lebam. Gyuri ada rasa kasihan tetapi perasaan bencinya lebih menguasai.

Nasib sahaja Gyuri membaling cawan plastik dan bukannya cawan kaca. Kalau tidak pasti wajah hyunwoo akan berdarah. "Kau ni tak tahu buat teh ke apa?pahit!!"marah Gyuri.

Hyunwoo pula hanya menunduk. Dia tidak berani memandang Gyuri. Gyuri ketap bibirnya apabila Hyunwoo hanya senyap. Gyuri sedar perubahan suaminya itu sejak minggu lepas tetapi dia malas nak ambil kesah.

Dia yakin itu semua hanya helah Hyunwoo supaya dia memaafkan lelaki itu. "Mian.."balas Hyunwoo dengan nada perlahan. Dahi Gyuri berkerut. "Kau bisu ke?!tak dengar. Jawab kuat sikit!"ujar Gyuri dengan kasar.

Tangannya mula naik menarik rambut Hyunwoo. Hyunwoo ketap bibirnya menahan diri daripada merintih sakit. Dia sempat mengerling kearah perut Gyuri yang sudah mula menampakkan perbezaan.

Hyunwoo sanggup dilayan seperti itu untuk memuaskan perasaan isterinya. "Bercakap dengan kau buat aku menyampah...aku nak pergi jumpa Jeno dan kau jangan berani kacau aku!"ujar Gyuri sebelum meninggalkan Hyunwoo.

Hyunwoo ketap bibirnya sebelum jatuh terduduk semula diatas lantai. Air matanya tidak berhenti daripada mengalir. Dia sakit hati Gyuri mahu bertemu dengan Jeno tetapi siapa dia untuk menghalang.

Gyuri sudah tidak menganggapnya seperti suaminya. Cintanya hancur. "Aku..hiks...menyesal curang!"tangis Hyunwoo. Cincin perkahwinan yang berada dijarinya disentuh. Air matanya semakin lebat mengalir.

"Maafkan appa, sayang!"bisiknya sebaik sahaja teringat anaknya yang berada di dalam kandungan Gyuri. Dia berharap sangat yang anaknya berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Ahn memandang Taeyong dengat pandangan terkejut. Taeyong adalah salah satu doktor terbaik yang berada di hospital itu. Rekod pesakit yang berada dalam tangan Ahn mula ditutup dan diletakkan atas meja.

"Berapa teruk?"soal Ahn ringkas. Nasib sahaja Taeyong faham dengan soalan Ahn. "Sangat teruk. Dia hampir bunuh diri 2 hari yang lepas dan nasib sahaja salah satu pembantu rumah berjaya hentikan perbuatan dia!"balas Taeyong.

Ahn mengangguk faham. Bibirnya diketap. "Dan aku rasa kau patut suruh suami kau berhati-hati...aku risau sebab pasangan tu tak waras. Gyuri juga ada rekod masalah mental!"tambah Taeyong.

Ahn mula mengurut dahinya yang mula berdenyut sakit. Semua ini agak tiba-tiba. Dia baru sahaja mahu kecapi bahagia bersama Jeno. Takkan hubungan mereka akan goyah kerana perkara ini.

"Buat yang terbaik untuk rawat Hyunwoo...pasal Gyuri serahkan pada aku...aku akan bagitahu Jeno nanti!"ujar Ahn. Taeyong mengangguk faham. "Aku harap kita tak terlambat!"balas Taeyong lalu bangkit daripada duduk.

Ahn bangkit daripada duduknya. Dia mendekati tingkap lalu memandang kearah langit. "Jaebal... Jangan sekali lagi!"gumam Ahn. Tangannya naik menyentuh dahi yang masih lagi berdenyut.

Bunyi ketukan pintu menyentakkan Ahn. Dia terus menoleh. "Masuk!"arah Ahn. "Annyeonghaseyo!"balas orang itu lalu menunduk kearah Ahn. Ahn mula tersenyum. "Anastasia!"ujar Ahn teruja.

Yohan tersenyum disebelah isterinya. Anastasia dan Ahn mula bertukar pelukan. Mata Ahn bersinar apabila ternampak anak lelaki Yohan dan anak perempuan Yohan yang masih lagi bayi.

"Ian...perkenalkan diri!"tegur Yohan. Ian terus menunduk hormat kepada Ahn. Bibir Ahn semakin tersenyum lebar. "Kim Ian imnida!"perkenal Ian. "Nak cuba pegang Anne?"tanya Anastasia.

Ahn mengangguk mengiyakan. Yohan terus menyerahkan Anne kepada Ahn. "Kami ambil nama kau untuk Anne..."ujar Anastasia sambil berbalas pandangan dengan Yohan. Hati Ahn tersentuh dengan tindakan pasangan itu.

LET'S GO, LOVE❤️Where stories live. Discover now