DANIAL terus terjaga daripada lenanya. Dadanya jelas berombak keras hasil degupan jantung yang terlalu laju. Peluh mula membasahi tubuh. Rambutnya yang berjuntai ke dahi terus diraup ke belakang sambil bibirnya tidak putus-putus melafazkan kalimat istighfar kepada Yang Maha Esa.
Dia tidak sangka igauan ngeri itu akan kembali hadir dalam mimpinya seolah-olah itulah bayangan menakutkan yang mengejarnya hari demi hari. Keluhan dilepaskan. Sampai bila dia mahu menjadi seorang yang pengecut? Kekal bersembunyi dan asyik melarikan diri?
Bingkai gambar keluarganya yang terletak di atas sebuah meja ketika dia berusia 11 tahun itu diperhati. Ini bermakna tragedi hitam itu sudahpun hampir lapan tahun berlalu. Perasaannya kini bercampur-baur.
Disebabkan dia tidak mahu melayan perasaannya sangat, Danial terus mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air. Seperti rutin kebiasaannya sebelum ini, dia pasti akan mandi, solat tahajud dan membacakan Al-Quran buat ibunya dan Farah. Itulah tanggungjawab yang tidak pernah dia tinggalkan sejak terjadinya peristiwa kelam itu.
Setelah menunaikan semua tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim, dia terus turun ke bawah dan menyediakan sarapan untuk ayahnya. Omelette menjadi sasaran menunya kali ini. Selain bakatnya yang pandai memasak, Danial juga sangat berbakat dalam bidang sukan memanah hasil telunjuk ayahnya selama ini. Memang semua pakej yang ada pada Danial lengkap dan sebab itu dia menjadi lelaki idaman semua gadis!
"Sedap bau. Masak apa pula kali ni?" tegur ayahnya yang baru sahaja tiba di dapur.
"Omelette. Tak tahulah kalau sedap atau tak. Kalau sakit perut, jangan salahkan Danial pula," ujar Danial bersama ketawa kecil. Encik Afnan turut tergelak.
"Apa jenis masakan je yang kamu buat tak pernah tak sedap? Kalah chef di hotel lima bintang. Tak hairanlah ramai perempuan suka kat anak ayah ni," usik Encik Afnan. Danial terus tersedak. Mukanya berasa sedikit berbahang apabila mendengar usikan ayahnya itu.
"Mana ada. Mereka tak tahu pun yang Danial pandai memasak," kata Danial senada sambil tangannya lincah mengalih Omelette tersebut dari kuali ke pinggan.
"Ohh... Maksudnya ada la tu," usik Encik Afnan lagi. Danial sekadar berdehem, menutup malu.
"Okey dah siap." Pinggan tadi terus diletakkan di tengah meja. Encik Afnan sekadar menggelengkan kepala lalu dia terus mengambil sudu dan makan sesuap.
"Hmm... Sedap!" Danial sekadar tersenyum. Cawan yang berisi air teh'o panas disuakan buat ayahnya.
"Oh ya. Ayah lupa nak beritahu yang adik ayah akan datang tengah hari nanti."
Kata-kata Encik Afnan tidak dibalas dan Danial hanya membisu, tidak berminat untuk mengambil tahu.
"Sekalipun kamu tak selesa dengan Rara, sekurang-kurangnya layanlah dia dengan baik dan anggaplah dia sebagai adik." Balasan Encik Afnan seolah-olah dapat mengagak isi hati dan perkara yang difikirkan Danial.
YOU ARE READING
RAHSIA SEBUAH HATI
Action𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐈𝐯𝐲 𝐀𝐳𝐫𝐢𝐧'𝐬 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 IVY AZRIN - Seorang gadis yang polos dan pemalu. Saat hatinya meluahkan perasaan cinta kepada jejaka beku bernama Danial Faiz, layanan kasar terus dilontarkan buatnya. Hati siapa sahaja yan...