BAB 36

138 8 3
                                    

"Aku pergi dulu, doakan aku!" -pinta Ayuni selepas mengambil bunga di dalam kereta Nina.

"Always. Anything, just let me know. Good luck." -balas Nina sebak. Semoga bahagia sentiasa milikmu sahabatku.

Ayuni masuk ke dalam kereta dan memakai tali pinggang keledar seperti biasa. Tapi kali ini dia berdebar lain macam. Mungkin memikirkan penerimaan suami tentang kejutan yang bakal diberi. Macam mana kalau semua orang tahu suaminya dah berkahwin? Adakah suaminya sudah bersedia? Atau akan menyembunyikan lagi? Alah, redah je la. Tawakkal.

"Allahumma laa sahla illa maa ja'altahu sahlaa, wa anta taj'alul hazna idza syi'ta sahlaa" -doa Ayuni dalam hati. 

.

Kereta Ayuni bergerak masuk ke dalam Balai Polis Berseri, Perlis. Sambil melangkah masuk ke dalam balai polis, mulut Ayuni terkumat-kamit berdoa supaya suaminya tidak akan marah padanya.

"Assalamualaikum, boleh saya berjumpa dengan Inspektor Zahiem?" -tanya Ayuni kepada pegawai polis yang bertugas di kaunter.

"Walaikumsalam cik, atas urusan apa ya? Suprise ya?" -tanya pegawai polis yang bertugas. Ayuni terdiam. Nak cakap isteri ke suprise delivery ni?!

"Ha ah ye, suprise delivery untuk Inspektor Azfar Zahiem. Dia ada tak ya?" -tanya Ayuni semula.

"Kejap ya, cik boleh duduk dulu." -jawab pergawai polis yang bertugas sambil mengangkat ganggang telefon untuk menghubungi Zahiem.

"Cik, kejap lagi Inspektor Zahiem turun." -bagitahu pegawai polis yang bertugas. 

"Baik, terima kasih encik." -balas Ayuni sopan atau sebenarnya dia nervous.

"Ye Remmy, siapa yang cari saya?" -tanya Zahiem kepada pegawai polis yang bertugas di kaunter.

"Saya. Saya yang cari Inspektor Zahiem. Saya supri.........." -sapa Ayuni. Belum sempat meneruskan percakapan, Zahiem memeluk Ayuni erat. Ya, sangat erat.

Semua pegawai polis yang bertugas di kaunter menunjukkan riak yang sangat terkejut. Ya lah, serapat mana pun Inspektor Zahiem dan Aniza, mereka tak pernah berpegangan tangan. Inikan pula berpelukkan. Siapa perempuan tu?

"Abang. Diorang tengah tengok kita." -kata Ayuni perlahan, masih dalam dakapan suaminya. 

"Sorry sayang, abang rindu sayang. Rindu sangat." -ucap Zahiem ikhlas dan tersedar tindakannya buat pegawai disitu tertanya-tanya. 

Zahiem memandang ke arah kaunter balai dan melihat reaksi para pegawainya dan masih memeluk bahu Ayuni dan dia mengumumkan sesuatu.

"Maaf semua atas drama spontan saya. Ini sebenarnya isteri saya." -umum Zahiem buat semua yang berada di dalam balai terkejut dan tertanya-tanya.

"Kejap-kejap. Kami bernikah secara sah 8 bulan yang lepas. Tapi atas kekangan kerja, saya dan isteri masih tak sempat nak buat majlis. If any reception after this, saya akan jemput awak semua. Maaf jika saya menimbulkan tanda tanya tadi. Lama tak berjumpa." -sambung Zahiem melegakan pegawainya. 

Dalam diam, Ayuni sangat terharu dengan pengumuman yang dibuat oleh suaminya sebentar tadi. Dia tak menyangka yang Zahiem akan berterus-terang kepada semua kenalannya dan Ayuni sentiasa menghormati keputusan suaminya merahsiakan perkahwinan mereka. Mungkin perkahwinan mereka terlalu drastik dan tanpa berkenalan terlebih dahulu.

"Sayang? Ok tak ni? Sweetnye dia bawakkan abang bunga ye? Mana nak letak ni?" -tanya Zahiem bertalu-talu.

"Abang, betul ke apa abang umum tadi? Abang tak kisah ke?" -tanya Ayuni takut.

CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now