BAB 14

133 10 3
                                    

--SEMINGGU  sebelum pernikahan Aliya dan Syakir --


Sekeping cek diletakkan di atas meja lalu dihulurkan ke arahnya.
Dia pandang ke arah lelaki yang didepannya dengan riak hairan. Cek diambil lalu dia merenung ke arah cek tersebut. Lantas diletakkan semula.

" apa motif kau berdua datang sini?" Tanya Syakir kepada Jasriman.

" kita kan kawan lama. Aku dengar syarikat kau ada masalah. Jadi aku datang nak bantu" jawab Jasriman.

" lepas kau rampas tender dari Mega Holding dari aku. Sekarang kononnya nak bantu aku. Kau ingat aku ni bodoh ke "

" aku rasa cek setengah juta tu cukup untuk cover kewangan syarikat kau . Jadi kalau kau tu tak bodoh . Aku rasa baik kau terima atau kau nak syarikat kau bankrap " celah Haikal yang berada di tepi Jasriman.

" aku rasa tak perlu kut kau baik hati sangat. Apa niat kau tolong aku " kata syakir lagi . Dia tahu sangat yang Jasriman tak mungkin menolongnya tanpa ada balasan.

" perkahwinan kau. Aku nak " jawab Haikal.

" Aku lupa nak tanya sepupu kau ni waras lagi tak. Perkahwinan aku ada masalah dengan kau ke"

" aku nak perkahwinan kau. Lebih tepat lagi Aliya. Kau tahu kan Aliya tu ex fiance aku. Aku harap kau faham lah ." Jawab Haikal.

" Aku dah agak . Aku memang tak silap pilih perempuan tu. Tapi aku cuma nak bagitahu untuk kali pertama dan terakhir. Aku takkan lepaskan Aliya dan cek ni aku tak perlu. Aku tak kebulur sangat nak terima benda ni. Aku ada banyak cara lagi untuk dapatkan duit." Syakir lantas bangun untuk beredar dari situ.

" kalau aku bongkarkan kegiatan kau yang lain macam mana. " kata Jasriman itu membuatkan Syakir berhenti.

" Dalam sampul ni ada serba sedikit maklumat pasal kau. Caring tak aku sebagai kawan cari info semasa pasal kau. "

" aku takkan termakan dengan perangkap kau. Aku blah dulu"

" tajuk sensasi akhbar kes CEO muda pecah amanah  syarikat bapa kandung sendiri. Aku rasa gempak kut kalau masuk paper esok"

Jasriman tersenyum sinis.  Satu sampul surat bewarna coklat dihulurkan.  Syakir lantas membuka sampul tersebut.  Riak mukanya agak terkejut.

" itu bukti kau pecah amanah duit syarikat semasa syarikat tu bawah jagaan Datuk Rafizi. Kalau aku hantar benda tu dekat SPRM kau rasa agak agak apa jadi"

" and satu lagi gambar scandal yang kau selalu keluar masuk kondo tak kira pagi petang malam. Kalau aku hantar dekat reporter.  Aku rasa jadi berita sensasi. Tak pasal pasal tutup terus Mentari Holding "

Syakir mengetap rahangnya melihat isi kandungan sampul tersebut. Dia yang berdiri tadi duduk semula di atas kerusi.

Syakir tersenyum sinis. Tak percaya yang mereka berdua akan selidik kegiatan yang pernah dia lakukan.

" kau pernah tinggalkan Aliya dulu. Kau rasa Aliya tu mampu ke terima kau balik. "

" terima atau tidak. Itu urusan aku. Jadi apa keputusan kau. "

Syakir memejam mata sebentar.  Lalu mengangguk kepala beberapa kali.

" okey. Aku setuju. Cek ni aku ambil. Tapi aku ada satu syarat "

" dengan apa yang ada dekat depan kau. Kau masih lagi nak letak syarat.  Berani betul kau " celah Jasriman.

" aku nak kau lepaskan tender AM Holding dekat aku. And Aliya is yours"

MISS FLOWER GIRLWhere stories live. Discover now