BAB 15

171 9 0
                                    

"TINGGAL DEKAT SINI?"

Haikal dan Aliya yang sedang minum air yang terhidang hampir tersedak mendengar apa yang datin asmidar beritahu mereka.

" Tak salah kan? " kata Datin Asmidar lagi.

" Haikal tak cakap pun macam tu tapi... Kesian lah dekat Jas tinggal sorang diri" kata Haikal.

" aku pun tinggal sini " celah Jasriman sambil tersengeh ke arah Haikal. 

" Makngah nak duduk sini seminggu je. Lepas Pak ngah selesai kerja dia Makngah balik lah. Jas cakap kamu cuti seminggu jadi jas ganti tempat kamu. Kalau makngah tinggal dengan Jas., sunyi lah makngah nanti Jas kan kerja. " kata Datin Asmidar.

" aku pun boleh lah merasa tinggal rumah baru kau ni"  Jas memandang ke arah Haikal. Begitu juga dengan Haikal.  Dari raut wajah Haikal,  Jas tahu yang Haikal confirm marah dekat dia. Tapi ada dia kisah.  Tak pun.

Aliya dan Haikal saling memandang satu sama lain.

" Aliya tak suka ke kalau Makngah tinggal sini. Kalau tak suka takpe lah"

" Al.. Aliya tak kisah Makngah.  Aliya ikut je.." balas Aliya .

" Haikal isteri kamu bagi je makngah tinggal sini. Ke kamu tak suka"

" mama tak perlu pun minta izin Haikal tu. Kalau mama nak duduk sini.  Duduk je. Rumah dia rumah mama juga dan rumah Jas juga hahah" Jasriman ketawa terdekah dekah bila melihat wajah Haikal macam nak telah dia .

" lagipun baju semua Jas dah bawa siap siap ada dalam bonet kereta.  Bagus tak anak mama ni. Kan Haikal. " kata Jasriman lagi.

Datin asmidar tersenyum.  Haikal dengan teragak agak mengangguk sahaja membenarkan makngah tinggal bersama mereka.

Jasriman melihat sekilas jam tangan di tangan kirinya. Kini sudah masuk tengah hari.

" laparnya rasa. Kan best kalau dapat makan tengahari" kata Jasriman.

" kamu ni Jas cuba jaga sikit perangai tu depan Aliya tak malu ke"

Jasriman tersenyum menayangkan gigi putihnya sambil menggaru lehernya yang tak berapa gatal.

" Aliya jom pergi dapur.  Kita masak.  Jom. Jom" kata Datin Asmidar lalu menarik lembut tangan Aliya menuju ke arah dapur. Dengan terpaksa Aliya terpaksalah bangun.  Dia sempat mengerling tajam ke arah Haikal. 

Selepas memastikan datin asmidar dan Aliya berada di dapur.  Haikal mengambil beberapa kusyen lalu dilempar dengan kasar ke arah Jasriman.

" kau pehal do... nak manja manja dengan aku ke" Jasriman mengelak dari kena kusyen yang dilempar oleh Haikal.

" kau ni memang cari pasal. Ini sebenarnya idea kau kan. Bawa mama kau tinggal sini.  " kata Haikal dengan marah tapi suaranya diperlahankan takut Makngah dan Aliya dengar.

" bijak tak sepupu kau ni. Aku tahu kalau kau dengan Aliya je dalam rumah ni. Hubungan kau takkan kemana. Gaduh hari hari adalah.  So aku sebagai doktor cinta kau, aku bantu kau dengan bawa mama aku tinggal sini. So bolehlah kau berbaik dengan Aliya. Bijak tak" terang jas.

" bijak kepala lutut kau. Pehal tak bincang dengan aku."

" surprise... suka tak"

Haikal mencapai pasu bunga di atas meja dengan niat mahu lempar dekat Jasriman. Surprise sangat.  .

" rilex ahh ... Kau lempar pasu tu aku panggil mama aku"

" anak mama betul. Kau sepatutnya bincang dengan aku dulu.  Bagitahu aku awal awal. Aku dengan Aliya tidur bilik asing.  Kalau makngah tahu pasal benda ni kau rasa. "

MISS FLOWER GIRLWhere stories live. Discover now