Nadiah merupakan seorang gadis nerd yang berpindah ke sebuah kampung di Selangor. Berkaca mata bulat, kulit kusam, rambut kembang kerinting dan gigi yang kurang rata. Walaupun begitu rupa, dia tetap gembira dengan kehidupannya.
Hari telah bertukar malam, Nadiah dan keluarganya selesai mengemas barang-barang. Masing-masing masuk ke bilik untuk berehat. "Nak call Husna lah, rindu plak." Husna merupakan kawan baiknya semasa di sekolah dahulu. "Trutt...trutt..." "Hai Husna!!! Rindunya kat kau. Bila kita boleh jumpa... Aku sendu la kat sini. Macam takde siapa nak kawan dengan aku nanti." "Hai Nadiah!!! Aku pun rindu kau jugak. Halah kau ni, tak payah la risau sangat. Mesti ada punya lah yang nak kawan ngan kau. Kalau takde jugak....hmmm....kau boleh call aku hari-hari. Ermmm....tak jugak. Whatever la." "Ishh kau ni. Kalau cenggitu baik tak payah cakap. Kau tengah buat apa tu? Lain macam bunyi aku dengar." Soal Nadiah kerana kawannya itu kedengaran bernafas dengan berat. "Aku bersenam la. Kau ni macam tak biasa pulak. Malam-malam kan aku selalu bersenam." "Oh, agaklah... Weyh Husna, kau ada tak..." * Tuuuutt.....* Telefon Nadiah tiba-tiba mati. "Ishh..time-time ni lah nak habis battery." Marah Nadiah seorang. Niat nak bersembang untuk hilangkan stress, tapi yang dapat stress lagi. Maka dia ambil keputusan untuk tidur dan menunggu hari esok untuk pergi ke sekolah baharunya.
"Chaiyo Weilong! Chaiyo Weilong! You can do it!" Jerit salah seorang penyokong pemain Basketball.
-Nadiah
Uishh...kuatnya. Sape yang tergila-gila sangat tu. Lah....ada perlawanan ke. Tengoklah kejap. Wow....hebatnya lelaki tu main. Handsome pulak tu. Apa nama kat belakang baju dia?? Uhhhh....Ming...hao...Minghao? Oh...
"Awak kenal ke dia?" Tanya salah seorang penyokong Weilong yang menjerit seperti orang gila tadi.
Aku sebut nama orang lain, pahal dia sebut nama orang lain? Pelik betul lah minah ni. *Dalam hati*
Tak kenal. By the way, saya baru pindah ke sini. Nama saya Nadiah.
"Oh, hai Nadiah. Saya Amaliya, boleh panggil Liya. Awak nak tak jadi ahli fandom Weilong? Free je. Saya tengok awak macam berminat je?"
Apa bende minah ni... *Dalam hati*
Oh yeke. Ramai ke ahli fandom dia??
"Err...baru saya sorang...hehe"
*Tepuk dahi* Haish...aku pikir besar sangat la fandom mamat ni. Baru seketul rupanya. Siapa pulak Weilong? Takde pun pemain nama Weilong. Dah la, baik aku masuk kelas.
"Chaiyo Weilong! Chaiyo!"
YOU ARE READING
Secebis Cinta Minghao
RomanceMinghao merupakan seorang pelajar jurusan arkitek di sebuah universiti yang terkenal dia daerahnya. Mempunyai adik tiri bernama Weilong. Mereka sejak tinggal bersama selalu bergaduh. Nadiah seorang gadis nerd baru pindah ke kawasan berdekatan ruma...