"Aku ingin menahan hati,
Tetapi apakan daya, hati tidak mendengar kata."
"MACAM mana pula mayat perempuan bernama Rita tu tak ada?" tanya Danial pelik. Furqan sekadar mengangkat bahu.
"Manalah aku tahu. Mana tahu perempuan tu tiba-tiba masuk alam bunian ke!" jawab Furqan selamba. Danial hanya mempamerkan riak wajah beku.
"Elok-eloklah. Tak lawak," jawab Danial.
"Hey! Aku tak buat lelucon ya. Dekat hutan tu memang tempat jin. 50 peratus kemungkinan akan terjadi," ujar Furqan dengan suara yang gedik. Danial menahan ketawa.
"Kau buat gaya macam tu dah kenapa? Nak jadi lelaki sotong pula?" ujar Danial bersama senyumam lalu menggelengkan kepala. Furqan ternganga.
"Kau dah kenapa pandang aku macam tu?" tanya Danial bersama kerutan di dahi setelah sekian lama rakan baiknya itu mendiamkan diri.
"Auch! Aku terpesona! Senyumanmu sungguh menawan. Berjaya mencuri hatiku yang sepi dan sunyi ini."
"Kepala hotak engkau! Jangan sampai aku smackdown dekat sini!" Danial terus mengugut. Furqan sekadar ketawa kecil.
"Relaks la. Chill... Tapi betullah aku kata, kau punya senyuman ni mempesonakan betul. Jarang aku tengok kau senyum. Sekali tengok senyuman mahal kau, mak cik kedai ni pun boleh cair. Comfirm kau jadi calon menantu idaman!" puji Furqan melebih-lebih.
"Pandailah engkau. Aku senyum salah. Aku tak senyum salah. Inilah manusia. Mana ada yang pernah berpuas hati," kata Danial bersama jelingan tajam.
"Yelah! Yelah! Kau menang! Ambil! Ambil!" kata Furqan dengan wajah yang masam. Danial hanya mengulum senyuman.
"Yeay!" bisik Danial perlahan.
"Apa kau cakap tadi? Aku tak dengar."
"Tak ada pun. Haa, cepatlah sambung cerita kau," nafi Danial. Wajah ketat terus ditayang semula.
"Hmm... Yang tu jelah yang aku tahu. Kes tu lagipun bukan aku yang handle," kata Furqan lagi. Danial sekadar menganggukkan kepala.
"Disebabkan cinta, inilah jadinya..." kata Danial lagi. Furqan menganggukkan kepala, sangat setuju dengan hujah Danial.
"Ya. Betullah tu. Sedih tengok remaja zaman sekarang. Senangnya mereka terpedaya. Tabur je ayat manis, hadiah dan sebagainya... Terus jatuh cinta. Kalau zaman Nabi dulu, mereka lebih banyak mementingkan soal agama berbanding soal hati," ujar Furqan.
YOU ARE READING
RAHSIA SEBUAH HATI
Action𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐈𝐯𝐲 𝐀𝐳𝐫𝐢𝐧'𝐬 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 IVY AZRIN - Seorang gadis yang polos dan pemalu. Saat hatinya meluahkan perasaan cinta kepada jejaka beku bernama Danial Faiz, layanan kasar terus dilontarkan buatnya. Hati siapa sahaja yan...