Mya Amanda bercekak pinggang sambil memandang jauh di muka pintu dapur. Kelihatan beberapa ekor lembu sedang meragut rumput dari kejauhan. Tuala di bahu diperbetulkan.
"Nek... lembu tue nenek punya ker?" soal Mya seraya menoleh sekilas ke arah Nek Piah. Wanita tua itu sedang menyikat rambut si Manja. Wanita kelainan upaya itu sesekali bercakap sendiri. Dia duduk bersila di lantai sementara Nek Piah duduk di atas kusyen rotan.
"Taklah... Pak Mat Tempe punya... dia memang suka melepaskan lembu dengan kambing dia meragut kat situ..." balas Nek Piah. Manja turut meniru cakap ibunya.
"Lembuu.. Buu... Lembuuuuuu... Buuu... Moooo..." Elok pulak dilagukan panggilan lembu itu.
Mya Amanda hanya tersenyum nipis. Kisah silam Manja begitu tragis. Nek Piah belum menceritakan apa yang terjadi sebenarnya. Dia masih mencari masa yang sesuai.
"Mya nak mandi ke?"
Mya mengangguk perlahan. Bilik air yang sedia ada di dalam rumah sepertinya terlalu kecil. Air mandian juga tiada.
'Apa punya anak ntah mamat tua tue! Biarkan mak sendiri idup serba daif macamnie... Air paip pun tumpang orang punya!' gadis itu merungut sendiri.
"Maafkan kekurangan rumah nenek ya... Ada masalah penyambungan paip sejak beberapa bulan lepas. Kalau nak mandi pun, kena ke telaga belakang tue.." seolah-olah mengerti dengan rungutan tersirat gadis itu, Nek Piah menerangkan masalah yang berlaku.
"Mmm... Nenek ngan Manja mandi kat situ ke hari-hari?" dia sedikit cuak. Ini kali pertama buatnya!
"A'ah... cuba kalau nak kencing, malam-malam memang tak beranilah nak keluar. Takut ular ke apa kan... Kita guna bilik air kecil tue jer..." balas Nek Piah lagi. Penyabar benar orangnya.
"Errr... Tapi... Mmm.."
Mya sudah tergagap-gagap. Dia malu nak bercakap.
Dahi Nek Piah berkerut.
"Dok tapi-tapi apa lagi? Anak dara mandi lewat tengahari macamnie... Haishh... Orang bandar memang gitu agaknya..." Nek Piah mula membebel. Tocang ekor kuda di rambut beruban Manja diketatkan getahnya.
Mya Amanda serba salah. Tidak berkutik rasa kecil hati disebabkan kata-kata Nek Piah.
"Errr... Yelah.. Yelah..." Mya mula menyarungkan selipar getah yang lusuh ke kaki. Dilihat jari kaki dan tumit kakinya. Selipar itu sepadan dengan kakinya.
"Assalamualaikum..." telinga Mya dapat menangkap suara lelaki memberi salam. Malas ambil peduli, Mya terjengket-jengket menapak ke perigi yang agak jauh di belakang rumah.
Tanah berselut yang sedikit becak dek hujan malam tadi, dielaknya dengan melompat.
Perigi itu dikelilingi dengan papan yang sudah mula mereput. Mya Amanda menelan liur kelat. Lubang pada papan itu juga usah dikira.
Baju T yang tersarung di tubuh, ditanggalkan. Kain basahan yang tersidai pada pintu kayu dicapai.
Mata Mya melilau ke kiri dan ke kanan. Risau juga jika ada yang mengendap.
Perigi berbatu dan berlumut itu dijenguk. Airnya jernih. Baldi bertali dilempar ke dalam perigi.
Air dari dalam baldi dicurah cermat ke tubuhnya. Mujurlah matahari sudah meninggi. Kesejukan dari air perigi itu tidak dirasai sangat.
Prak!
Seperti drama-drama melayu lainnya, bunyi ranting kayu dipijak. Mya cuak. Wajahnya yang basah, diusap.
'Sapa pulak nie?'
Lembu? Ishhh... Takkanlah lembu nak hendap dia mandi? Nehi! Nehi!
"Woii! Tengahari gini baru nak mandi??!" dia kenal suara itu.
"Woi, orang tua! Aku nak mandilah! Nak skodeng aku ke apa?" kasar Mya Amanda membalas.
Pak Hisham rasa geram. Kalau tidak kerana Nek Piah menyuruh agar dia membantu tengokkan kereta gadis itu, jangan harap dia nak tolong!
"Cemana ko boleh biar tangki kereta kau kosong tak diisi minyak? Reti bawak kereta ke idak?" Sinis benar kata-kata Pak Hisham.
Mya Amanda terdiam. Jari telunjuknya menyentuh dagu.
'Oh... bengap jugak aku nie..'
"Entahhh... Tak perasan... Tolonglah isikan minyak tueeee... nanti Mya bagi duit..." kemain lembut Mya Amanda memujuk Pak Hisham. Moga lelaki separuh baya itu kuat semangat!
Diam. Tiada sebarang respon. Mya terjenguk-jenguk di sebalik pintu. Dilekapkan matanya pada lubang kecil pada pintu.
Kelihatan Pak Hisham berlalu pergi dengan lagak jantannya.
Mya mencebik.
'Berlagakkk! Meluat sungguh aku!' dengan sebal Mya Amanda melontar semula baldi bertali ke dalam perigi. Sakit sungguh hatinya!
✴️✴️✴️✴️✴️
Manja ralit menonton televisyen. Sesekali menyedut air teh o melalui straw yang diletakkan di dalam gelas plastik.
Mya Amanda hanya menatap sayu ke arah Manja. Nek Piah belum menceritakan apa-apa lagi padanya.
"Tolong siang bawang ngan cili nie..." wanita itu muncul dari dapur. Gadis itu elok pula berada di meja makan.
Jam dinding yang sudah retak, ditenung. Pukul 2.00 petang belum makan tengahari lagi. Memang begini agaknya hidup di kampung.
Tanpa banyak soal, dikupas kulit bawang merah dan putih itu. Berkat menonton rancangan realiti SifuChef membuatkan dia tidak kekok untuk beraksi.
"Aduhhhh... anak dara nie... Kenapa cincang bawang putih sampai halus??" tergaru-garu Nek Piah melihatkan bawang putih yang dihiris dadu kecil oleh Mya. Berkat SifuChef katanya! 🤣
"Errr... Tapi Mya tengok tv.. diorang..."
"Haishhh! Jangan nak ikut omputih! Kita nie orang Melayu... Kena ikut cara kita... Mmm.. hiris lain!" tegas benar Nek Piah. Gamaknya kalau Nek Piah ada anak lagi, reject lah si Mya sebagai menantu pilihan.
"Mmm... kereta kau dah ok... Bila kau nak balik?" soalan yang menerpa tiba-tiba, membuatkan Mya Amanda tersentak.
Pak Hisham bercekak pinggang di muka pintu.
Mya Amanda memandang ke arah Nek Piah. Ingin wanita itu membantunya.
"Mya akan tinggal dengan mak... Ada masalah ker?"
Air muka Pak Hisham berubah.
✴️✴️✴️✴️✴️
Nota Kaki Penulis :
Yuhuuuu... 😘 Kenapa Pak Hisham jaki sangat dengan Mya ek? Padahal... Malamtue... biji kekabu menjadi mangsa beliau?
Jumpa di next chapter!
Baiii!
YOU ARE READING
SUMPAH
RomanceTerlalu sulit untuk diungkap... Terlalu sukar untuk dimengerti... "Tak ada anak pun, Along masih mampu hidup bahagialah, mak! Dah tua-tua macamnie, lagi nak timang anak?" - Pak Hisham "Takyah nak berlagak hensem sangat boleh tak?" - Mya Amanda "Sump...