🧸 7| Perkhemahan

4.3K 450 24
                                    

Pelajar SMK Damansara yang terpilih untuk mengikuti perkhemahan sedang berkumpul di dewan terbuka. Mereka dibekalkan roti dan air mineral sebagai sarapan sementara menunggu bas tiba.

"Weh... Kau okay tak ni ?"kata El apabila melihat tubuh kecil Aara bergetar perlahan sambil mengetap bibir dan kedua matanya juga ditutup rapat.

Aara tersentak pantas mencuba tenangkan diri untuk lupakan tragedi yang berlaku tahun lepas namun tidak berjaya.

"Panggil abang aku," kata Aara perlahan masih cuba mengawal gigilan di tubuhnya. El terus berlalu ke arah bahagian lelaki berkumpul.

Aara cuba lagi untuk menghilangkan gigilan tubuhnya tetapi gagal malah itu membuatkan getaran tu semakin kuat seperti orang kesejukkan walaupun suhu ketika itu biasa sahaja.

"Err... Siapa nama abang Aara eh?" El mula menghentikan langkah apabila menyedari yang dia tidak tahu nama abang-abang Aara.

Aara bila bercerita tentang mereka akan bahasakan mereka sebagai along dan angah je. Bisik El dalam hati.

Mata El memandang sekelilingnya setelah berada di tempat bahagian lelaki berkumpul. Mata El terhenti di sekumpulan lelaki yang sedang berbual rancak dan kakinya mula melangkah ke arah mereka.

"Err... Assalamualaikum,"ucap El pendek.

Zafran,Zemir,Izzat,Izzan dan Airil terus memandang ke arah gerangan yang memberikan salam sebentar tadi. Mereka menjawab salam serentak dengan nada perlahan.

"Aara sakit," kata El sedikit cemas lalu memandang ke arah kedua-dua abang Aara.

Zafran dan Zemir terus mengikuti langkah El. Yang lain turut mengikut mereka dari belakang setelah dapat isyarat daripada Zafran .

Zafran terus berlari ke arah adiknya yang sudah menangis teresak-esak sambil menggigil teruk terus dicempung membawa ke kantin yang tiada seorang pun pelajar .Yang ada hanya pekerja kantin sahaja.

Pelajar lain hanya memerhati sahaja Aara dicempung oleh Zafran. Tanpa Aara sedari , sekumpulan pelajar perempuan memandang Aara dengan penuh amarah kerana berjaya menarik perhatian Zafran and the geng . Status Zafran dan Zemir sebagai abang kandung Aara masih dirahsiakan.

Zemir pula telah memaklumkan kepada Cikgu Atiqah bahawa mereka bertujuh berada di kantin. Cikgu Atiqah mengangguk faham. Cikgu Atikah salah satu guru yang terlibat sepanjang tempoh perkhemahan itu dijalankan iaitu 3 hari 2 malam.

Yang lain sudah berada di kantin termasuk El. Zemir melajukan langkah ke kantin dengan berwajah risau kerana termasuk ini sudah kali ketiga adiknya menggigil seperti ini selepas peristiwa hitam itu berlaku.

Yang pertama , apabila Mummynya terlepas kata tentang peristiwa hitam ketika dia sekeluarga bersarapan di dapur terus Aara melangkah naik ke bilik hingga ke petang Aara masih lagi tidak kelihatan. Zafran dan Zemir sudah tidak sedap hati lalu membuka pintu Aara yang tidak berkunci dan terkejut melihat keadaan Aara yang sedang memeluk lutut di atas katil sambil mengetap bibir menahan diri daripada menangis dan menggigil kuat. Zemir melontarkan kata-kata semangat untuk Aara supaya bertenang . Zafran memeluk Aara sambil mengusap belakang adik perempuannya lalu memberikan selawat di tepi telinga adiknya sehingga Aara tertidur di dalam pelukannya.

Yang kedua, Aara hanya menangis apabila teringat kejadian itu dan akhirnya menyebabkan Aara demam panas.

"Rara okay?" tanya Zemir sebaik sahaja melabuhkan punggung di sisi Aara.

"Rara tak dapat tolong kawan-kawan Rara." kata Aara perlahan sambil mata ditutup rapat.  Ayat inilah setiap kali keluar dari mulut Aara ketika Aara menggigil mahupun menangis.Terkilan.

ɢᴀᴅɪꜱ ᴘᴜᴊᴀᴀɴ ʜᴇᴀᴅᴘʀᴇꜰᴇᴄᴛ | ᴄTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang