Suasana pagi yang cerah,bunyi burung riang berkicauan. Tiga beranak gelak ketawa di taman permainan.
"Mama,nak makan aiskrim."Kata Farisha yang berumur 5 tahun dengan mulut yang comot penuh dengan makanan.
"Okey,sayang. Selepas ini,mama belikan. Makan cepat."katanya.
"Okey,mama."Jawabnya dengan patuh.
"Sayang. Saya nak beli aiskrim seberang sana. Tolong jaga Farisha."Kata Fifi,ibu Farisha.
"Okey. Hati-hati."Pesan Aiman,ayah Farisha. Aiman memerhati pergerakan Fifi yang semakin jauh.
"Sudah,Farisha?"Tanya Aiman dengan lemah lembut.
"Sudah,papa."Jawab Farisha.
"Okey,jom kita jumpa mama."kata Aiman sambil mengangkat Farisha. Dari jauh Aiman sudah nampak Fifi.
"Lambai,mama sayang."kata Aiman. Farisha dan Aiman melambai Fifi dari jauh. Fifi melambai semula sambil berjalan perlahan dan tanpa menoleh kiri dan kanan. Fifi terus menyeberang. Ketika asyik melambai tanpa Fifi sedari sebuah lori meluncur laju ke arahnya.
"Aaaaaa"jeritnya.
"paaak!"Jatuh berderai aiskrimnya tadi. Darah keluar dengan banyak dari kepalanya. Pemandu lori tadi dengan perasaan yang takut melarikan diri. Aiman yang tidak jauh dari situ meluru ke arah Fifi. Namun,Fifi sudah tidak sedarkan diri.
"Sayang!bangun!"jeritnya.
"Tolong!tolong!"jeritnya lagi. Berpusu-pusu orang yang lalu lalang di situ mencuba untuk menolong.
Aiman mundar-mandir tidak tentu arah di buatnya. Air mata mulai mengalir. Doktor belum keluar lagi. Lampu merah masih lagi menyala.
"Ayah,mana mama?kenapa kita di sini?"tanya Farisha dengan muka polosnya.
"Ma..ma....sedang di rawat sayang."jawabnya. Dia serba salah untuk menjawab.
"Hah?mama di rawat?kenapa ayah?mama sakit apa?"tanya Farisha lagi.
"Farisha,tolong jangan banyak tanya."pintanya.
"Maaf,ayah."katanya dengan wajah yang sugul dan sedih. Lampu merah di padam. Doktor keluar dengan wajah yang sedih.
"Maafkan saya. Saya dah cuba untuk selamatkan. Malangnya,dia banyak kehilangan darah di kepala."Katanya sebelum beredar. Aiman tersungkur duduk ke bawah. Dia tidak dapat menerima kenyataan yang isterinya sudah tiada. Dia perlahan menuju Farisha.
"Farisha,mama sudah tidak ada."katanya sambil menangis teresak-esak.
"Ayah tipu!ayah jahat!"Kata Farisha yang mulai menangis.
"Mama!!mama! Mama!"panggilnya sambil menangis.
Jenazah bakal di usung petang itu juga. Kedua mereka menciumnya buat kali terakhir.
"Mama,janganlah tidur. Bangunlah."katanya. Tetamu yang hadir turut merasa simpati atas kehilangan keluarga itu. Ada yang cuba memujuknya tapi Farisha tetap keras kepala. Saudara maranya turut memujuk namun tidak berjaya. Apabila di pujuk oleh Aiman akhirnya Farisha senyap.
"Farisha,dengar sini baik-baik. Tolong senyap. Tolong bacakan doa untuk ibu supaya tenang di sana. Jangan merengek lagi. Kamu kena kuat. Kamu kena cekal. Mama tak tenang kalau kamu macam ni. Faham."Tegur Aiman sambil mengelap air di mata Farisha. Farisha berhenti menangis dan berdoa.
Mayat di usung ke tanah perkuburan. Selepas dikebumikan, Aiman dan Farisha duduk sendirian di situ.
"Sudahlah,Aiman. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya."Kata ibu mertuanya.
"Terima kasih mak sebab selalu ada untuk saya."kata Aiman.
"Walaupun Fifi dah tak ada. Mak tetap anggap kamu sebagai menantu dan anak mak."katanya lagi.
"Betul tu,Aiman. Lagipun Farisha itu cucu kami juga. Zuriat dari Fifi takkan kami nak lepas tangan sahaja. Kalau kamu ada masa senggang kamu datang je ke rumah kami bawa Farisha. Tak ada masalah malah akan memeriahkan rumah kami. Rumah itu sentiasa terbuka buat kamu dan Farisha walaupun Fifi sudah tidak ada."Kata ayah mertua pula.
"Terima kasih mak dan abah."ucap Aiman dengan teresak. Terharu Aiman mendengar ucapan dari ayah dan ibu mertuanya kerana masih menerimanya sebagai menantu walaupun Fifi sudah tiada.
"Sayang, saya akan jaga Farisha bagai menatang minyak yang penuh seperti mana awak menyayanginya. Ada masa lagi saya akan datang sini."ujarnya sebelum berangkat dari situ.
"Jom,Farisha."katanya sambil memegang erat tangan Farisha. Farisha masih menangis teresak-esak. Sangat sulit buatnya untuk pergi dari situ.
Bersambung
YOU ARE READING
Maaf kerana tak sempurna
RomanceFarisha mempunyai segala-galanya. Segala permintaannya pasti ayah dan ibu pasti ditunaikan. Tidak ada istilah tiada dalam hidupnya. Oleh kerana itu,dia menjadi perempuan yang penuh egois dan kuat memberontak. Ibunya sudah lama meninggalkannya. Dia h...