Bab 53

375 54 39
                                    

"KAK NA... kak na... cepat-cepat! Semua dah duduk luar nak main mercun tu," terkocoh-kocoh Shima berlari mencari Medina yang masih sibuk mencuci periuk di dapur.

"Akak belum siap cuci ni," wajah Shima yang teruja dipandang sekilas sambil lengan baju kurung yang terlucut dari lipatan segera dilipat semua.

"Alah kak na... nanti ajelah basuh periuk tu. Malam-malam karang boleh basuh." tangan Shima sudah menarik tangan Medina yang masih dengan cuciannya.

"Malam karang? Ini dah malamlah, nak tunggu malam macam mana lagi?" Medina sudah bercekak pinggang. Geram dengan kata-kata Shima. 'Kalau tunggu habis main mercun memang menginjak pagi lah jawabnya cuci periuk belanga semua itu.'

"Lepas kita main mercun dekat depan nanti Shima dan along tolonglah kak na basuh periuk belanga ni sama-sama. Akak jangan risau. Dah, jom!" Tanpa persetujuan Medina laju tangan Medina ditarik kuat dan terus melangkah ke luar rumah.

"Along! Shima dah bawa ma'am, jom." teriak Shima dari jauh.

'Amboi! Bukan main dia ma'am kan aku.' Medina sudah senyum senget sambil bercekak pinggang.

"Na," lighter dicampak ke arah Medina.

Lighter yang dicampak abang long ditangkap. "Hah?"

"Na hidupkan mercun roket ni macam biasa," arah abang long.

"Roger... roger..."

Laju Hazwan melangkah mendekati Medina yang sudah berada di hadapan mercun roket yang telah siap dipacak di atas tanah. "Cikgu boleh ke lancarkan?"

"Cikgu?" Medina menyeringai. Tidak pasti apa yang harus dijawab pada anak muridnya itu yang juga dikenali sebagai adik kepada bekas teman lelakinya itu.

"Kak na, awak tanya boleh ke?" Shima menggeleng sambil tersengih. Kak na bukan boleh lagi, tapi expert! Ini bukan pertama kali dia main mercun. Tiap-tiap tahun kak na memang join main mercun macam ni. Kalau kak na tak ada memang pasti tak lengkap." Shima tersengih.

Melongo mulut Hazwan. Dia memang tahu cikgunya itu perwatakan agak kasar dan memang suka aktiviti lasak. Tetapi tidak menyangka cikgunya juga jenis yang suka main mercun.

"Tak payah nak buat muka terkejut sangatlah." Mulut Hazwan yang terganga diketap Medina.

"Yelah... cikgu."

"Kamu jangan ingat cikgu tak tahu yang lancar mercun awal tahun lepas dekat belakang sekolah itu kamu and the gang." Medina sudah menjongketkan sebelah keningnya.

"Oh my!" Cepat-cepat Hazwan menekup mulutnya.

Lighter di tangan dinyalakan sebelum melancarkan mercun-mercun roket yang sudah siap dipacak oleh abang long.

Sebaik mercun meluncur naik ke langit. Segera tangan Medina ditarik Hayyan. "Medina bahaya berdiri dekat situ."

"Tapi..."

Belum sempat Medina menghabiskan Hayyan sudah memotong. "Jangan nak bertapi... tapi..." Hayyan mula menjegilkan matanya.

"Nah, awak main ni dengan Shima." bunga api dihulur kepada Medina.

"Bunga api?" Medina berkerut dengan bunga api uabg dihulurkan Hayyan.

Keluhan dilepaskan Medina. "Alah... ini sesuai untuk anak-anak abang long bolehlah." Medina sudah merungut apabila diberi bunga api persis kanak-kanak bawah umur.

"Mana ada bunga api kata ini hanya sesuai untuk kanak-kanak."

"Saya yang kata!" Medina sudah menghentakkan kakinya tanda protes.

🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔Where stories live. Discover now