Mereka berkumpul di dewan tertutup yang terletak di sebelah Kantin Kasturi setelah selesai makan tengah hari .
"Okay semua dah makan kan?" tanya abang asy ceria.
"Dah!" jawab semua pelajar.
"Okay. Akak dah asingkan nama korang mengikut lima kumpulan dan dalam satu kumpulan ada 9 orang sahaja,"ujar kak Ira
"Jadi, buka telinga besar-besar. Bila nama kau orang disebut sila berkumpul dan duduk dalam bulatan mengikut kumpulan masing-masing di hadapan Kak Yana. Cari tempat yang kosong lah ya," tambah Kak Ira.
Kak Yana mengangkat tangan kanan lalu menunjukkan kawasan lapang yang berada di hadapannya.
Semua pelajar mengangguk faham.
"Kumpulan pertama...Hana, Airil Iskandar, Faris Adnan, Izzat Anaqi, Isya, Helmi, Muiz, Bella dan Aara Elina," kata Kak Ira dengan lantang sekali.
Faris Adnan ialah figura lelaki berkemeja jingga yang menegur pipi merah Aara di hari pertama sekolah. Ingatkan ? Mestilah ingat...
Hana, Sofeya dan Nadia ialah nama-nama musuh Aara. Mereka itu lah Geng Girlynya.
Yang pernah Aara tampar tahun lepas."Kumpulan 2, Zafran Zaqeel, Zafuan Zemir, Alisya, Auliyah, Zaidi, Hakim, Nadia, Erine dan Sofeya. Boleh buat bulatan di sebelah kumpulan satu," tutur Abang Aiman pula.
Lima orang gadis yang serang Aara sebelum ni ialah Alisya, Auliya, Syakirah, Bella dan Erine. So take noted , Aara tak suka diorang jugak!
"Kumpulan ketiga, Syakirah, Ben, Suria, Sofeya, Naufal, Daniel, Hilman, Izzan Aysar dan Aisyah Elmaira," sebut Abang Ash sambil memegang senarai nama pelajar.
Naufal, Daniel dan Hilman merupakan pelajar SMK Melati. Mereka juga kawan rapat Aara ketika berada di sana dan hubungan mereka berempat mula renggang selepas pemergian 3 sahabat Aara itu.
"Kumpulan 4... Dan kumpulan 5...." Abang Aiman mula meniup wisel apabila suasana sudah menjadi riuh rendah.
"Kami akan berikan anda masa untuk berbincang pasal aktiviti malam kebudayaan pada esok malam... Kenapa bincang harini? Sebab esok pagi dan tengah hari kita ada aktiviti lain. Boleh ke boleh?" pinta Abang Aiman panjang.
"Boleh...." jawab semua pelajar serentak.
Dalam hati seorang Izzan sudah membara, rupanya abang kembarnya sengaja mahu mengenakannya. Cis ! Penipu..
"Awak okay tak ni?" tanya El sambil melambaikan tangan di hadapan muka Izzan yang cemberut seperti sedang geram dengan seseorang.
"Haa apa kau cakap tadi?" Izzan terkejut.
El tergelak kecil memandang wajah bingung Izzan.
"Tak ada apalah." El putuskan untuk tidak bertanya lagi, malas mahu mengulang soalan semula.
"Alo...." Izzan mula muncungkan mulut untuk menarik perhatian El tetapi hanya lah sia-sia. El buat tak nampak sahaja.
"Gedik," komen Naufal sambil menggulingkan mata ke atas.
Mereka meneruskan perbincangan yang terhenti akibat mendengar perbualan El dan Izzan.
"Kita nyanyi je lah nak?" cadang Faris Adnan. Mata memandang semua ahli kumpulannya.
"Setuju!" Aara pantas menyokong cadangan Faris, rakan sekelasnya. Aara rindu nak menyanyi di atas pentas itu. Mungkin ini dapat lepaskan rindu aku pada mereka bertiga. Bisik Aara dalam hati.
Tempat perkhemahan sekolah barunya adalah sama dengan tempat perkhemahan sekolah lama Aara tahun lepas. Aara pun kurang faham dengan fikiran guru SMK Melati, kenapa mereka mahu bergabung dengan sekolah barunya...
KAMU SEDANG MEMBACA
ɢᴀᴅɪꜱ ᴘᴜᴊᴀᴀɴ ʜᴇᴀᴅᴘʀᴇꜰᴇᴄᴛ | ᴄ
Teen Fiction[ c o m p l e t e ] [ Unedited version] ⚠️Cringe + Cliche ❝𝐤𝐚𝐮 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐭𝐢❞ Kisah Aara Elina bertemu mr. headprefect di sekolah barunya. Berawal dari Aara menyimpan rasa terhadap lelaki itu, cuba untuk menarik perhatian lelaki Bernama...