Bab 21

2K 62 1
                                    

Yes Paris! Tak percaya dia benar-benar di Paris! Dulu, dia boleh melopong saja mendengar kegembiraan kawan-kawan bercuti di Paris. Manalah ada duit nak ikut mereka. Makan pun kadang-kadang kena ikat perut.

Tapi sekarang, dia di sini! Yang bagusnya, tak perlu keluar sesen pun! Yea-Yea!

Tiara Shenaaz, tolong pusing. Nampak siapa di tepi? Tariq Zayyan yang bawa awak ke sini sebab dia nak buat dosa. Nak suruh awak tengok, ok! Jadi, tak perlu nak gembira sangat.

Iyalaa. Tapi, tak kan nak biarkan? Kena berdoa kepada Allah agar niat jahat Tariz Zayyan tak menjadi. Yap, kena doa. Ya Allah, selamat suami aku walaupun dia benci aku.

Sayangnya mereka tidak tinggal di Paris. Setakat singgah saja. Mereka meneruskan perjalanan ke Antony. Di Antony, Tariq Zayyan membawanya ke sebuah rumah dua tingkat. Sebaik saja pintu dibuka, seorang wanita terus memeluk Tariq. Bukan main suami membalas rangkulan. Boleh pula cium kedua-dua pipi wanita Perancis tu. Mendidih darah Tiara. Nasib baik tubuh berkulit. Kalau tidak, darah boleh terpercik keluar.

"Comment vas-tu chéri?" tanya Tariq Zayyan.

"En bonne santé, my love." Jawab wanita yang dipeluk Tariq Zayyan.

My love? Berdesing telinga Tiara mendengar. Bibir digigit seperti bibirnya yang berdosa. Ya Allah, masakan dia nak jadi pemerhati? Dosa depan mata ni kot! Nak buat apa?

"Ma femme, Tiara Sheenaz." Tariq Zayyan tarik Tiara. Paut bahu Tiara dekat dengannya.

Dalam hati dah meletup-meletup. Berani sungguh suami sebut namanya. Kekasih suami boleh pula lebarkan senyuman. Jahat sungguh kedua-duanya. Err... ma femme ni maksud apa?

"Tiara, my loving sister, Elaina." Dia ketawa. Isteri seperti patung Annabelle. Ish-ish.

"I'm so happy to meet you, Tiara." Elaina tanpa kekok terus peluk Tiara.

"Kakak ipar?" Jadi, wanita ini bukan kekasih Tariq Zayyan. Alhamdullillah.

"Yes, I Elaina Thierry. Riq and I ni share one mum but different daddy. Mama I kahwin dengan daddy Riq selepas my own dad passed away."

Wow, boleh cakap Melayu! Senang hidupnya. So, suami ada kakak tiri. Ramai lagikah ahli keluarga? Kalau ada, biarlah semuanya semesra Elaina.

"You can call me, Elaina."

Panggil Elaina saja? Macam tak hormat jer. Apa kata kita tambah perkataan?

"Panggil Kak Elaina, boleh?" Wah, dia ada kakak! Pertama kali kot!

Tariq Zayyan menarik masuk bagasi mereka. Letak tepi dinding.

"Look at her, Riq. She's so cute. I like her." Yap, yang ini dia suka! Pandai adik pilih.

"Kak Elaina, will be fine. We will have fun together. I will take you shoping and ..."

"No you won't Elaina!" Tariq Zayyan beri amaran.

Dia sama sekali tidak mahu Tiara bergerak bebas. Elaina dah muncungkan bibir.

"Bonjour, Uncle Riq."

Teriak seorang kanak-kanak perempuan. Berlari anak menuruni anak-anak tangga. Melebarkan tangan mendapatkan Tariq Zayyan. Biarkan diri dipeluk mesra sebelum diletak semula.

"Boujour, Adele."

Adele? Ya Salam, hari tu kes serkap jarang! Patut suami melenting bukan main. Tiara senyum. Harap-harap suami tak sindir dia balik nanti.

"Adele, English, please. This is Uncle Riq's wife."

"She's pretty, mum." Ujar Adele yang akan menyambut hari lahir yang ke lima.

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now