2

80 11 2
                                    

"Im. Lama tak jumpa kawan aku ni. Segak." Aku memandangnya tiada riak teruja dimuka. Datang dah suami Nailea ni.

"Segak pungkoq hang lah, Arman. Sembang kencang. Kenapa datang awal? Aku baru nak culik isteri hang sat." Jemari Nailea aku satukan dengan tanganku.

"Tak izinkan. Harini ada candlelight dinner dekat rumah." Pintu kereta sebelah pemandu dibuka oleh Arman. Kedua dua tangan isterinya diambil dan digenggam kejap sebelum mencium belakang tapak tangan Nailea.

"Welk, nak muntah tengok kau sweet macam ni Arman." Niat sekadar mengusik. Pipi Nailea sudah berona merah. Malu mungkin diperlakukan begitu dihadapanku.

Aku perhatikan sahaja gaya mereka berdua. Dari mula Nailea menundukkan kepala untuk masuk ke dalam kereta sambil tangan Arman menghadang bahagian atap supaya Nailea tidak terhantuk dengan objek tersebut--- sehingga pintu kereta ditutup, juga oleh Arman.

"Go get a man then, Im. Ramai je suka kau tapi kau tu garang sangat." Tersenyum senget aku sebentar mendengar komen lelaki berbadan tegap ini.

"Ngeh, banyak lagi nak settle down. Nantilah aku fikirkan. By the way, tak boleh eh pinjam Nai kejap?" Aku cuba nasib.

"Not today, sweetie. Kau nak suruh aku tolong carikan orang untuk teman kau ke?"

"Do I know them?"

"You do. Kejap aku call." Dia berpusing  menghadap Nailea dan menyuruh isterinya mengambil telefon miliknya di bawah radio.

"I give him a call lepas tu kau keluar dengan dia okay?"

Aku mengangguk, mendengar tanpa menghadam butiran yang diberikan Arman. "Need help. Boleh tak datang tempat kerja Nailea. Someone needs date partner. Yeah, aku tahu kau dekat dekat sini je. Sebab tu aku suruh temankan dia. Cool? Okay. Jangan lama sangat bersiap."

"Who needs date anyway?" Aku menipiskan bibir sambil memandang Amran, beluga smile.

"Sorry my bad, miss Iman. He'll come few minutes more. Hoping that you can coperate well with him soon. Aku nak duduk dalam kereta dengan Nai. Kau nak join sekali ke rasa aircond? Aircond aku sejuk." Bodolah Arman ni. Macam kereta dia je ada aircond. Kereta aku takde aircond ke? Tak sejuk macam kereta dia? Apa boleh rasa macam duduk iceland ke kalau masuk kereta dia tu?

"Just go, Arman. Thanks anyway. Kau gerak jelah dulu. Kang lambat pula candle light dinner kau. He got my number, right? Nanti pepandai lah tu dia call aku. Aku panaskan enjin kereta kejap."

"Jaga diri." Arman melambai kecil sebelum memasukkan diri ke dalam kereta miliknya. Nailea disebelah sudah sedia menyarung tali pinggang keledar. "Hati hati memandu, Arm."

:21: Only Fools Rush In || Aiman Adhwa (Versi Ringkas)Where stories live. Discover now