Sebulan sudah berlalu, hubungan Aara dengan Anaqi semakin rapat tapi tidak dengan keluarganya sendiri. Hubungan Aara dengan mereka semakin renggang.
Aara melangkah masuk ke kelas dan duduk di tempatnya.
"Eh perempuan... Aku tak suka kau rapat dengan Izzat tau." Aara memandang tiga figura perempuan di depannya dengan wajah bosan.
Dirah dan dua rakannya. Merekalah yang pernah buli si El dulu. Dulu je, sekarang El dah reti balas balik.
"Kau dengar tak apa aku cakap?!" jerit Dirah.
"Bisinglah. Tak malu ke terjerit macam orang hilang laki? Ke memang dah ada pengalaman?"
Senyum sinis diukir dan kening diangkat berkali-kali."Kurang ajar!" Tangan Dirah naik untuk menamparnya namun Aars sempat menahan dan genggam kuat tangan gadis itu.
Dirah mengerut mukanya tanda menahan sakit.
"Aara!" Ternaik bahu Aara mendengar suara garau menjerit dari pintu belakang kelas. Dia menoleh ke belakang lalu melihat Anaqi dan rakan-rakannya termasuk along dan angahnya sedang memandangnya serius.
"Lepas tangan dia, Aara." Aara tersentak mendengar suara dingin Anaqi .
"Lepas Aara!" tegas Anaqi depan rakan-rakan kelasnya. Kebetulan El yang baru masuk ke kelas turut terkejut dengan suara tinggi dari ketua pengawas itu.
Siapa bangunkan harimau yang tengah tidur ni?
Aara melepaskan tangan Dirah dengan kasar sehingga pemilik tangan itu mengaduh sakit.
"Aww!" Aara mengerling pergelangan tangan Dirah yang kelihatan merah hanya beriak selamba. Lemah!
"Apa yang Rara cuba buat ni?" tanya Zafran.
"Apa yang ada dalam fikiran abang Zaf sekarang ni?" tanya Aara tanpa menjawab pertanyaan alongnya.
"Buli," jawab Zafran pantas dan yakin.
Aara hanya berikan senyuman sinis pada mereka bertiga. Airil dan Izzan hanya menunggu di depan pintu kelas bersama El yang sedang memerhatikannya.
Aara mendekatkan diri ke telinga alongnya seraya menjingkitkan kaki dan berbisik.
"I think we will never be a good siblings, anymore." Aara menekankan perkataan 'anymore' lalu mengangkat kaki dari situ . Dia melangkah menuju ke tandas.
Zafran dan Zemir meraup muka dengan kasar. Zemir juga terdengar kata-kata adik kesayangannya itu tadi.
Zafran memandang Dirah tajam.
"Kau ganggu Rara lagi, jangan tanya kenapa aku sendiri akan tampar muka kau. Walaupun kau sepupu kepada Izzat sekalipun." Habis sahaja kata-katanya terus meninggalkan Izzat dan Dirah di situ. Zemir turut mengikuti langkah Zafran.
"Weh, kita nak ikut siapa ni?" soal Izzan mula bingung sambil menggarukan kepala.
"Kau tunggu abang kau, aku ikut Zaf dengan Zemir." Airil terus mengejar langkah mereka yang semakin jauh.
Izzan melangkah masuk ke dalam kelas 5 Akaun lalu berdiri di sebelah Izzat sambil menyilangkan tangan ke dada.
"Dirah okay ?"tanya Izzat lembut.
"Dirah okay. Cuma sakit sikit je lah," balas Dirah lembut.
Eeuww jijiks. Bisik hati Izzan meluat.
"Nanti balik sapu ubat okay," pesan Izzat sambil menggosok lembut rambut Dirah yang paras bahu.
Dirah dan Izzat rapat daripada kecil. Izzat memang suka memanjakan Dirah sehingga kini.
Dirah tersenyum malu apabila dilakukan begitu oleh Izzat. Izzan menayangkan wajah bosan dengan sikap abangnya ini. Dia ni tak sedar ke yang Dirah syok kat dia, gumam Izzan dalam hati.
KAMU SEDANG MEMBACA
ɢᴀᴅɪꜱ ᴘᴜᴊᴀᴀɴ ʜᴇᴀᴅᴘʀᴇꜰᴇᴄᴛ | ᴄ
Teen Fiction[ c o m p l e t e ] [ Unedited version] ⚠️Cringe + Cliche ❝𝐤𝐚𝐮 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐭𝐢❞ Kisah Aara Elina bertemu mr. headprefect di sekolah barunya. Berawal dari Aara menyimpan rasa terhadap lelaki itu, cuba untuk menarik perhatian lelaki Bernama...