4

73 13 2
                                    

ERI POV

Sejak aku mula masuk sekolah, sekali pun aku tak pernah bertembung dengan Heeseung. Lebih tepatnya, setelah aku keluar dari rumah tu

Dan sejak masuk sekolah, murid baru yang kata nya anak dari pemilik sekolah ni selalu ikut aku ke sana ke sini macam anak ayam

Entah dah berapa kali aku suruh untuk berhenti ikut aku, tapi dia tetap degil

_____🦋_____

"Hmm.. hari ni kantin full" kata Sunoo yang berdiri di belakang Eri, mereka sedang berbaris untuk menunggu giliran mengambil makanan

"Betul tak Eri? Kantin full kan?" Tanya Sunoo lagi

"Setiap hari kan memang macam ni, kau dah tau asal tanya lagi" balas Eri menahan geram

"Saja. Supaya bibir kau bergerak" ujar Sunoo tak bersalah

"byuntae" walau pun Eri bercakap dengan suara ber-volume kecil tapi telinga Sunoo yang kuat cepat menangkap ucapan Eri

"NO! I'M NOT!" Ucap Sunoo dengan suara lantang

Automatik semua mata yang ada kat kantin mengarah ke mereka berdua

"shhhhHHhHHhh!" Eri menekup mulut Sunoo

"Mmmmmmm! Hupmmm! Mmmmm!"

Disebab kan Sunoo meronta-ronta, Eri terpaksa keluar dari kantin sambil menarik tangan Sunoo. Mereka berdua bali ke kelas

"Kau ni dah kenapa?! Kau fikir kau artis?! Suka hati kau je nak buat bising"

"Aku bukan artis, tapi bapak aku pemilik sekolah ni" ucap Sunoo dengan hidung ikut kembang kempis

"Kau nak berlagak ke sekarang? Nak minta penampar?"

"Tu sebab kau kata aku byuntae, aku terkejut je"

"Memang pun! Dah berapa hari kau asyik ikut aku! Rimas tau tak?!" Pekik Eri melepas geram

"Kan aku dah kata. Aku akan jadi satu-satunya bodyguard kau kat sekolah ni. jadi, aku sebagai seorang bodyguard yang baik kenalah ikut kau"

"Tak perlu! Aku tak nak sebab aku tak suka! Aku rimas! Aku lebih suka seorang diri" kata Eri menumpah kan semua kemarahan nya yang terpendam

Setelah itu kesunyian menerpa, hanya suara nafas Eri yang baru saja melepas geram terdengar

Tersedar dengan ucapan nya, Eri terus menutup mulut nya dengan kedua tangan dan menatap Sunoo

'Hah.. aku terlepas' ucap Eri dalam hati

'Mungkin esok aku akan kembali berseorangan, dia pun akan terasa kan dengan ucapan aku tadi?'

Di saat mata mereka berdua bertemu Eri dapat tau tatapan Sunoo bukanlah tatapan benci atau pun marah

"Aku tak peduli"

Ucapan Sunoo terdengar dingin tapi dalam masa yang sama membuat hati Eri sedikit bergetar

"Kalau kau memang tak suka, kau kena tahan. Sebab aku tak peduli. Orang yang akan jadi kawan aku kat sekolah ni cuma kau"

"K-kenapa aku?"

"Sebab aku nak. Aku tak suka berkawan dengan orang lain kat sekolah ni, aku rimas, aku lebih suka dekat dengan kau" balas Sunoo

Beberapa minit yang lalu, lelaki di hadapan Eri ini hanya lelaki yang bersikap kekanak-kanakan

Tapi sekarang sikap nya berubah seolah menjadi orang lain. Itu membuat Eri bingung, dan memilih kembali ke meja nya tanpa membalas ucapan Sunoo tadi

Sunoo juga kembali ke meja nya, lalu mengeluar kan roti keju dari dalam bag untuk di berikan pada Eri

"Makan ni. Nanti gastric, kau tambah benci aku pula" ujar Sunoo dan membuang pandangan nya ke luar jendela sambil bertongkat dagu

Eri ragu-ragu untuk menerima roti tu, tapi dia teringat kata-kata Sunoo

"Kalau kau memang tak suka, kau kena tahan. Sebab aku tak peduli. Orang yang akan jadi kawan aku kat sekolah ni cuma kau"

"Gumawo" ucap Eri dan menerima roti pemberian Sunoo

Suasana di kelas yang berat tadi berubah menjadi ringan, hanya ada mereka berdua di dalam kelas

Sunoo tau Eri memakan roti pemberian nya kerana mendengar suara kunyahan Eri, diam-diam dia tersenyum

Heesung yang dari library  nak kembali ke kelas secara tak sengaja ternampak Eri dan juga Sunoo yang sedang berduaan di dalam kelas

Perasaan tak suka nya muncul, dengan cepat Heesung memejam kan mata nya untuk sedar kembali

'Dia bukan siapa-siapa lagi' ucap Heesung dalam hati, dan kembali menuju ke kelasnya yang hanya bersebelahan dengan kelas Eri






_____🦋_____

_____🦋_____

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Changed || Kim SunooWhere stories live. Discover now