Prolog

8 2 0
                                    

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar perlahan segenap tubuh seorang wanita berjalan berseorangan di persisiran pantai. Fikirannya berterbangan bersama angin yang tidak henti menyapa dirinya.

"Anna."

Sebahagian tubuh berpaling mencari yang menyebut namanya.

"Mama!"

Perasaan terkejut menerpa diri. Setelah hampir beberapa bulan tidak bersua dengan wanita berumur itu, takdir menemukan mereka kembali. Sungguh kecil bumi Malaysia ini.

"Mama ingatkan Anna tak datang."

Berkerut-kerut dahinya cuba menghadam apa yang dimaksudkan oleh wanita itu. Kedengaran seperti wanita itu tidak menyangka bahawa dia akan hadir pada hari itu. Bukankah dirinya diajak untuk bercuti mengisi masa lapang? Atau percutian ini hanya cuma suatu alasan yg tercipta untuk menjayakan perancangan. Anna dapat menghidu sesuatu yang tidak kena. Terasa seperti dirinya telah dimainkan. Kebenaran akan dicungkil. Wait a minute.

"Anna datang dengan Humaira kan?"

"Mama yang suruh Kak Maira bawak Anna datang sini?"

"Ya Anna. Mama yang minta tolong Maira. Hanya Maira yang masih boleh berhubung dengan Anna. Anna tknak jumpa Zach? Jom kita pergi jumpa Zach ye."

Tangan Anna diraih oleh wanita itu. Anna segera bertindak dengan melepaskan tangannya daripada dipegang.

"Taknak. Anna datang sini bukan nak jumpa dengan dia. Anna nk rehatkan fikiran Anna. Bukan nk tambah masalah."

"Sekejap pun jadilah Anna. Zach sakit tu."

"Apa kena mengena dia sakit dengan Anna. Anna tkde buat apa-apa ya pada dia." Balas Vivianna.

"Anna! Zach tu suami Anna! Anna kena ambil tahu pasal Zach. Takkan Anna nk biarkan suami Anna macamtu sahaja?"

"Anna bukan doktor yg boleh pulihkan dia. Sorry Ma. Anna tknak jumpa dia. Anna minta diri dulu. Assalamualaikum."

Baru sahaja mahu melangkah pergi, sekali lagi tangannya diraih. Kali ini tiada lagi lemah lembut yang dirasainya, malah satu cengkaman yang kuat sehingga mampu meninggalkan kesan sekiranya lebih lama berkeadaan sebegitu. Vivianna cuba melepaskan dirinya tetapi gagal. Dia tidak mahu mencederakan atau berkasar dengan wanita itu. Walau apapun terjadi, wanita itu tetap ibu mertuanya dan lebih berumur daripadanya.

"Lepaslah Ma! Anna taknak jumpa dia! Jangan paksa Anna! Lepas! Lepas!"

Kesabaran Vivianna semakin menipis apabila dirinya diheret di khalayak ramai seperti tiada maruah. Malahan tangannya semakin dicengkam. Vivianna mengerang kesakitan. Sepertinya kuku ibu mertuanya yg tajam telah memakan isi tangannya yg mulus. Akibat terlalu sakit, Vivianna merentap kasar tangannya hingga menyebabkan tangannya tercedera akibat cengkaman kuat ibu mertuanya, Puan Latifah. Puan Latifah cuba menarik Viviann semula namun gagal apabila Vivianna menjauhkan diri darinya.

"Vivianna! Mama nk kau pergi jumpa Zachry jugak. Zach separuh nyawa tersiksa sebab kau tinggalkan dia! Mama nk kau pergi minta maaf dengan dia!"

"Anna langsung tk ada kaitan dengan sakit dia tu! Kenapa dia perlu sakit Anna tinggalkan dia? Bukan ke dia suka bila Anna dah tk ada dekat dalam rumah tu? Dan tk ada sebab juga untuk Anna minta maaf dengan dia. I'm doing the right thing! Dia tk suka Anna, so Anna tinggalkan dia. Jangan nak jadikan Anna sebagai punca dia jadi macamtu!" Vivianna membela dirinya.

"Suami mana yang tk separuh nyawa bila ditinggalkan isteri! Jangan jadi isteri derhaka Anna! Ikut Mama jumpa Zach sekarang!"

Anna mengelak lebih jauh berbanding tempatnya berdiri tadi. Kali ini pandangannya berubah tajam memandang tepat ke anak mata Puan Latifah. Sabarnya kini sudah hilang. Kemarahannya membuak. Dia ditindas semula. Maruahnya dipijak untuk yang kesekian kali.

"Isteri? Sejauh mana dia anggap Anna ni isteri dia? Sejak bila dia rasa diri dia seorang suami? Selama Anna tinggal dengan dia pernah ke dia anggap Anna isteri dia? Pernah ke dia kisah kewujudan Anna! Tak! Sama sekali tak! Dia cuma tahu ada perempuan yang tinggal dengan dia dalam satu rumah! Perempuan tu ni lah dia org nya. Perempuan yg dia menyampah nk tengok. Perempuan yg dia benci! Sekarang Anna dah tinggalkan dia! Still tk puas hati lagi! Apa yg sebenarnya semua org nak?! Semua nk Anna buat apa lagi??"

"Macamana pun jadi Anna tk boleh buat keputusan utk tinggalkan Zach! Tengok sekarang apa dah jadi dengan Zach! Zach sakit! Anna tk kesian langsung ke dekat Zach?"

"Kenapa Anna tk boleh tinggalkan dia? Sampai bila Anna nk duduk dengan dia? Sampai bila Anna nk jadi bini utk org yg langsung tk pedulikan Anna? Dia tk pernah kisah kewujudan Anna jadi tk perlu kisah jugaklah kalau Anna tinggalkan dia! Kesian? Ta. Tak pernah."

"Anna! Jangan kurang ajar! Mama tk suka Anna buat macamni dekat anak Mama! Anak Mama tersiksa macamni Anna boleh buat tk endah je! Mama tk suka anak Mama diperlakukan macamni sampai anak Mama sakit."

Vivianna terpempan.

Bidadari AkuWhere stories live. Discover now