Bab 29

1.7K 73 1
                                    

Tariq membawa Tiara menginap di sebuah hotel terkemuka di Paris. Dia dah rancang semuanya. Dua hari di Paris, lepas tu ke Belgium, Luxembourg dan Monaco.

"Suka?" Tanya Tariq Zayyan.

Berdiri di sebelah isteri yang sedang menikmati pemandangan indah dari balkoni bilik hotel mereka. Kota Paris memang cantik tapi, dia senyum, kali ini lebih cantik kerana melihatnya dengan isteri. Isteri begitu teruja.

"Ya."

Tiara melebarkan kedua-dua tangan seperti heroin dalam filem Titanic. Sayangnya tidak ada hero yang merangkul pinggangnya dari belakang. Cuma ada suami di sisi. Rugi.

Pijak di bumi nyata, Cik Tiara. Dakap jer diri sendiri. Bisik Cik Akal.

Tiara hanya senyum. Dia lepaskan pandang ke dada malam. Perasan suami juga buat perkara yang sama. Masing-masing belayar dalam keindahan malam anugerah Allah. Walau di mana saja berada, semuanya milik Allah. Tiara bersyukur dia diberi peluang berada di sini.

"Kenapa awak menangis melihat gambar Taz di cottage Grandma Fleur?"

Tariq memecah kesunyian. Dia menyandar di bingkai balkoni. Tumpuan sekarang pada Tiara. Dia mahu melihat riak wajah Tiara.

Dah agak, Tariq mesti nak rosak keadaan. Mana Tariq tahu dia menangis? Intip isteri sendiri? Emm dekat mana Tariq sorok masa tu?

"Kami tak sepatutnya kahwin. Saya rasa bersalah."

"Sebab itu, atau awak rindu dia? Awak... cinta dia?"

"Taklah."

"Mana awak tahu? Awak pernah jatuh cinta?"

Tariq angkat kening. Nahas kalau kata, pernah. Tiara tidak boleh cinta mana-mana lelaki.

Seriously Riq? Cemburu?

Terkial-kial Cik Akal nak cari ayat yang sesuai. Tapi, Cik Hati dah tak sabar nak jawab. Cik Hati ada jawapan walau tuan tanah tak nak mengaku.

Entah bila suaminya bergerak. Tiba-tiba saja dah berdiri di depannya. Melurut kedua-dua lengan. Issh, tak adil. Cik Jantung dah tak keruan. Dia menelan air liur.

"Encik, boleh tak jangan sentuh saya?" Pintanya.

"Kenapa pula tak boleh? Awak isteri saya. Saya boleh sentuh mana saja. Hak saya."

Tariq jadi nakal. Jari dan melurut dari hidung ke dagu. Sempat ambil transit di bibir.

"Saya rasa nak gigit jari encik." Geram Tiara tak ke mana.

"Go ahead!" Tariq Zayyan cabar. Letak jari di bibir isteri. Kalau isteri gigit satu jarinya, dia akan gigit kesemua jari tangan isteri. Gigit sayang.

Tentu sekali Tiara tak kan bodohkan diri. Mana boleh gigit pemegang kunci penjara? Tapi, Cik Hati suruh gigit. Tengok apa jadi. Nakalnya Cik Hati.

"Mata encik cantik." Ooish apasal puji? Nanti jadi cerita lain.

"Bibir awak cantik." Ooish puji sambil melakar bibir isteri. Ini lagi teruk.

"Encik..."

Apa yer dia nak kata? Cik Akal dah serabut. Tidak pernah berada dalam posisi begini dengan mana-mana lelaki. Dia suka tapi takut. Takut tapi nak. Nak tapi malu. Macam mana tu?

"Tiara, I hate that word. Panggil, sayang."

"Tak boleh, sebab saya bukan sayang encik dan vice versa," Perlahan bicaranya.

Wham, prisoner tampar dia walau tak nampak dengan mata kasar! Kepala Tariq terkebelakang sedikit. Tak boleh mengalah. Dia percaya, di mulut saja prisoner kata tak sayang. Tapi, gerak badan dan riak muka tunjuk sebaliknya. Dia lelaki, dia tahu.

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now