A I D E N 45 [end]

8.2K 411 18
                                    

AIDEN menyandarkan tubuh tegapnya pada kerusi restaurant. Figura wanita pertengahan usia yang berada di hadapannya dia tenung tidak lepas.

"Kenapa puan nak jumpa dengan saya?" Puan Rihanna menunduk. Mata tajam milik Aiden membuatkan dia tidak berani mahu menatap dua iris itu dengan lama.

"T-Tengku A-Aiden. Saya nak minta duit sikit." Dahi Aiden berkerut. Wajah cengkung Puan Rihanna dia lihat. Seperti orang sakit.

"Berapa?" Aiden membasahkan bibir merah delimanya. Sesekali dia menyedut minuman jus buah yang terhidang di hadapan.

Tak lain tak bukan Adeena lah yang ajar dia minum minuman berjus ni bagai. Selalunya dia gemar minum minuman berkafein sahaja.

"Saya tak kisah. Saya harap Tengku dapat bantu saya." Puan Rihanna mengenggam kuat tas miliknya. Dia pandang sayu ke arah Aiden.

Hidupnya memang huru hara selepas sahaja diusir dari rumah agam Tengku Adriel. Sebaik sahaja anak perempuannya meninggal dunia. Dia diuji pula dengan anak lelakinya Rayyan. Lelaki itu sudah meringkuk dalam penjara angkara dadah.

Sekarang dia hidup sebatang kara. Usianya pula kian lanjut. Dia sudah penat. Tubuhnya tidak mampu lagi untuk bekerja. Bagi meneruskan hidup dia nekad untuk menghubungi Aiden. Berharap lelaki itu akan membantunya.

"Saya bagi puan seratus ribu cukup?" Puan Rihanna mengangguk. Itu lebih daripada cukup. Sekarang rumah yang dia sewa hanya rm200 sebulan cukuplah duit itu dia menampung hidupnya untuk waktu yang lama.

Aiden mengeluarkan dompetnya. Lelaki itu mengeluarkan baki duit cash yang tersisa. Dengan senyap Puan Rihanna melihat Aiden mengira duit yang bernot 100 itu dengan berkali-kali.

"Rm5000.00. Rm100,000.00 saya transfer." Terketar-ketar tangan kurus itu mengambil duit yang dihulur oleh Aiden.

"Terima kasih Tengku." Aiden mengangguk. Kasihan dia melihat wanita itu. Seperti orang yang tidak terurus.

"Puan ada masalah kesihatan?" Aiden mengemam bibirnya. Sedari tadi dia mahu menahan namun terluah juga. Harap wanita itu tidak terasa hatilah dengannya.

Lambat-lambat wanita itu mengangguk. Puan Rihanna menunduk.

"Saya menghidap penyakit HIV stage 4." Berpinar Aiden sewaktu mendengarnya. Wajah lelaki itu berkerut memandang ke arah Puan Rihanna. Meminta wanita itu menyambung kisahnya.

"Saya tak ada pilihan lain. Bagi menampung kos sara hidup, saya terpaksa jual diri. Hidup saya huru hara Tengku. Tapi sekarang saya dah dibuang kerja disebabkan penyakit yang saya alami. Saya menyesal Tengku. Saya fikir jalan mudah. Sekarang saya betul-betul menyesal."

Aiden memicit batang hidungnya. Rasa kasihan mula menyelebungi diri lelaki itu.

"Saya tak dapat tolong puan lebih. If puan ada masalah duit mungkin saya dapat bantu."

Puan Rihanna mengangguk. Namun ada satu lagi permintaannya untuk Aiden. Mahukah lelaki itu membantunya.

"Saya faham. Tengku boleh saya buat satu permintaan?"

Aiden terdiam sejenak sebelum kepala lelaki itu mengangguk.

"Tolong saya. Saya nak berubah, carikan saya rumah ilmu untuk saya menuntut dan belajar di sana?"





























MRS AIDEN NATHANIEL [C]Where stories live. Discover now