BAB 15 | MENJAGA

389 60 19
                                    

KETUKAN pintu diberikan terlebih dahulu, namun telinganya langsung tidak dapat menangkap apa-apa balasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KETUKAN pintu diberikan terlebih dahulu, namun telinganya langsung tidak dapat menangkap apa-apa balasan. Pintu itu terus dibuka lalu kakinya terus dibawa ke arah Andrea yang sedang duduk melutut di atas lantai. Gadis itu hanya mengerling sedikit. Dibiarkan saja rambut panjangnya mengurai menutupi wajah.

Lelaki itu merendahkan badan. Sedikitpun dia tidak mengangkat muka. Niat kehadiran lelaki itu ke sini sudah dapat diagak meskipun dia tidak bertanya. Tidak lain tidak bukan sekadar mahu melempiaskan nafsu serakahnya. Andrea terpaksa rela.

"How much did you paid to Alex?" tanya Andrea tanpa nada.

Dia sudah pasrah dan berputus-asa. Jika dia terus bersikap keras kepala dan memberontak, Alex pasti akan menunaikan janjinya, membunuh orang-orang yang dia sayang tanpa perasaan belas kasihan. Lagipun, bukannya dia tidak pernah lihat lelaki itu membunuh di hadapan matanya sendiri. Memang kejam!

"Ini akulah," ujar lelaki itu perlahan, cuba untuk menarik perhatian Andrea. Namun, gadis itu langsung tidak menoleh. Kata-kata bisu itu mengundang keluhan di bibir sang jejaka.

"Andrea... Kalau ya pun, angkatlah kepala. Kau tak nak berjumpa dengan aku ke?" Lelaki itu memujuk lagi.

Andrea hanya menurut. Kepalanya diangkat perlahan. Setelah mengamati wajah jejaka itu, matanya terus membesar tidak percaya dengan dunia realitinya sekarang. Jejaka itu terus mengukirkan senyuman.

"Ya. Ini aku. Huxley..." ujar Huxley. Andrea memandang tidak percaya.

Bibir pucat Andrea bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu, namun suaranya langsung tidak terkeluar. Lidahnya kelu. Mungkin terlalu terkejut melihat orang yang dia cinta dalam diam berada di hadapan mata.

"Terkejut sangat ke berjumpa dengan aku?" tanya Huxley atau nama sebenarnya, Haffaz.

Jejaka itu ketawa kecil melihat reaksi Andrea. Comel. Andrea tersipu malu, mengundang senyuman di bibir Haffaz.

"Kenapa duduk di bawah ni? Bangunlah..." ujar Haffaz lembut.

Andrea terus bangun dan duduk di atas katil. Kain bajunya digenggam dengan kedua-dua belah tangan. Gementar. Haffaz pula duduk di atas kerusi. Ruang persekitaran bilik Andrea diperhati. Suram.

"Tak patut betul Alex buat kau macam ni. Kau diseksa umpama haiwan. Aku kesian dengan kau, Andrea. Badan kau kurus. Bibir kau pucat. Jelas kesan lebam di muka kau," komen Haffaz dengan suara yang lembut, menambah getaran di hati Andrea.

"Saya dah biasa, Haffaz. Dah tiga bulan saya berada di sini," kata Andrea perlahan. Kepalanya ditundukkan, malu kerana dirinya tidak lagi suci seperti dahulu. Dia bukannya seperti gadis-gadis lain.

"Bertahanlah sedikit lagi. Nanti bila tiba masanya, kau akan bebas juga." Haffaz menambah lagi. Andrea hanya tersenyum.

"Aku akan cuba sedaya upaya bebaskan kau dari neraka ni," sambung Haffaz, memberi kata janji dan harapan kepada Andrea.

RAHSIA SEBUAH HATI Where stories live. Discover now