• BAB 21 •

84 16 0
                                    

Sementara di dalam Istana. . .

"Selamat kembali, manusia tahanan yang saya rindui". Ratu Hakai menyambut Vivian dengan menyindir gadis itu.
Vivian hanya mendiamkan dirinya dan tidak berkata apa-apa.

Dia hanya berdiri tegak sambil memandang tepat wajah Ratu Hakai.
"Kenapa ni?. Kamu tidak boleh pulang ke rumah?. Jadi, sebab itu kamu kembali ke sini?". Tanya Ratu Hakai.
Namun, Vivian tetap berdiam diri.

"Wah. Sekarang, kamu 'benar-benar' sudah bisu pula". Kata Ratu Hakai.
"Kenapa kamu tidak berhenti memandang saya?. Kenapa?. Kamu sedih kerana melihat saya?". Tanya Ratu Hakai dengan wajahnya yang tidak pernah tersenyum dan sombong itu.

"Ya". Jawab Vivian.
Perlahan-lahan, Ratu Hakai memandang tepat wajah Vivian. Matanya, kelihatan berkaca.
"Saya sedih melihat kamu, Vivian". Tambah Vivian lagi.

Ratu Hakai hampir terduduk. Mujurlah, dia berpaut pada sebuah kerusi. Sungguh jelas, matanya sedang berkaca namum Ratu Hakai sedaya upaya menahan tangisannya.

"Apa yang kamu mengarut ni?. Kamu mahu dihukum?!". Ratu Hakai cuba untuk berdalih.
"Berhentilah. Kamu juga tahu kebenarannya, bukan?". Balas Vivian.

"Kebenaran apa?!". Marah Ratu Hakai.
"Yang saya. . .sakiti kamu". Luah Vivian. Ratu Hakai hanya mendiamkan dirinya lalu membelakangi Vivian.
"Hidup kamu akan menjadi baik sekiranya, kamu tidak mempunyai emosi". Kata Ratu Hakai. Vivian terkedu.

"Kamu bertuah, sekiranya kamu tidak mempunyai perasaan. Kamu tidak rasa sakit, kamu tidak rasa gembira. Kamu cuma tidak rasa apa-apa". Jelas Ratu Hakai.
"Tapi, itu bermakna saya hanya akan berasa kosong. Rasa kosong juga adalah perasaan". Balas Vivian.

"Jadi?. Kenapa saya perlu kisah?. Bukankah, kamu gemar sekali menyalahkan saya dan biarkan saya sakit kerana pilihan kamu sendiri!". Marah Ratu Hakai.

"Kamu biarkan saya sakit dan sengsara. Kamu tidak benarkan kebaikan datang kepada saya. Kamu hanya biarkan saya melihat keburukan dan apabila saya sudah terbiasa rasa begini, kamu tiba-tiba sahaja datang dan mahu 'memulihkan' saya sedangkan selama ini, kamu biarkan sahaja". Tambah Ratu Hakai lagi.

"Ya, memang betul. Saya sakitkan kamu. Saya tahu saya salah!". Tegas Vivian.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●

"Pulang sahajalah. Saya mahu terus tinggal di sini sambil melihat kesengsaraan yang
mereka semua alami". Kata Ratu Hakai.
"Berhentilah". Rayu Vivian.

"Jadi, beritahulah saya kebaikan yang akan saya dapat sekiranya, saya berhenti". Ratu Hakai tetap berdegil.

Vivian pun dengan langkah yang perlahan mendekatkan dirinya pada Ratu Hakai.
"Vivian, maafkan saya. Kamu sentiasa sakit disebabkan saya. Maafkan saya, kerana saya biarkan sahaja kamu menderita sendirian. Pasti sukar untuk kamu. Tapi, kamu tahu. . .walaupun, saya sentiasa kelihatan sedih, saya sebenarnya menyukai kehidupan saya yang sengsara". Vivian mengenggam erat kedua-dua tangan Ratu Hakai.

Ratu Hakai yang pada awalnya, kelihatan menakutkan itu perlahan-lahan mula kelihatan seperti Vivian.

"Terima kasih, untuk segala kesedihan dan keperitan yang kita alami bersama. Perlahan-lahan, kita belajar untuk kuat bersama-sama. Walaupun, saya belum pernah benar-benar menyatakan betapa saya berasa menghargai kamu, ketahuilah yang saya sayang kamu. Kamu, sudah bekerja keras. Maafkan, saya kerana tidak mengucapkan terima kasih. Terima kasih kerana wujud, Vivian. . ." Tambah Vivian lagi.

Dahi Vivian dan Ratu Hakai (Vivian) saling bertembung. Mata mereka berdua dipejam serapat-rapatnya.
Kedengaran suara tangisan memenuhi ruangan Istana yang besar itu.
Ratu Hakai perlahan-lahan, mengusap lembut bahu Vivian.

"Kamu kuat. . ."

Cahaya merah menyinari ruangan Istana tersebut. Ratu Hakai perlahan-lahan mula menghilang. . .
Kini, hanya Vivian sahaja yang tinggal.
Vivian pun kemudiannya membuka matanya. Dia melihat Ratu Hakai sudah tidak ada lagi di depannya.

Dengan langkahan yang berat, Vivian pun berlalu keluar dari pintu masuk Istana.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●

"Dia berjaya. . ." Kagum White Witch lalu mula menangis. Sumpahan Kanashimi akhirnya terbatal. Keamanan Kerajaan Mawar Hitam telah pun kembali.

Mr.Qib, Basma, Carlos, White Witch, Alexander dan Oldfroy melihat pemandangan yang dahulunya kelam akhirnya menjadi cerah.

Mereka berenam tersenyum dan menjerit kegembiraan. Hal yang paling menggembirakan mereka ialah mereka tidak perlu menyediakan pasukan tentera dan tidak perlu mengasah senjata serta berperang.

"Vivian!. Kamu berjaya". Basma memeluk erat Vivian sebaik sahaja gadis itu keluar dari Istana.
"Syabas Vivian!". Puji Carlos.

"Sekarang, semuanya sudah selesai. . .bolehlah saya pulang. Saya mahu segera pulang". Ujar Vivian.

"Baiklah, kami semua akan hantar kamu pulang sekarang". Balas White Witch.

Mereka bertujuh kemudiannya berjalan dengan agak jauh untuk tiba semula di hutan salji di mana terdapatnya pintu pohon. Setelah, hampir berjam-jam lamanya mereka berjalan, mereka akhirnya tiba.

●●●●●●●●●●●●🤍●●●●●●●●●●●

"Kita sudah sampai akhirnya, Vivian". Kata Basma dengan nada suara yang sayu.

Vivian pun terus menoleh lalu memandang mereka semua dan melemparkan senyuman yang manis.

"Saya pergi dulu. Terima kasih. . .kerana percayakan saya". Kata Vivian. Namun, matanya melirik ke arah Basma.
"Kamu masih tidak mahu menangis, Basma?". Vivian ingin tahu.

"Nama saya Basma yang membawa maksud senyuman. Jadi, sebab itu saya sentiasa tersenyum". Basma cuba untuk berdalih.
"Ya. Nama saya Vivian yang membawa maksud hidup dan sebab itulah saya sentiasa 'hidup' ". Vivian ketawa sendirian. Tapi, jenakanya itu tidak menjadi.

"Pergi sajalah, ia akan tutup tidak lama lagi". Kata White Witch. White Witch terus dipeluk erat oleh Vivian. Mata White Witch terbuka luas.
"Kita sama. Jika, kamu boleh ikut saya. . .Pasti, kita dapat jadi kawan baik". Jujur Vivian.

White Witch terus menangis.
"Tapi, kita tak boleh Vivian. Saya seorang pengkhianat. Saya pasti kamu sudah tahu tentangnya. . ." Balas White Witch.
"Saya gembira kerana kamu adalah kawan saya". Kata Vivian.
"Hidup dengan baik, Vivian. Bergembiralah". Balas White Witch.

"Mr.Qib, terima kasih. Kamu sentiasa melidungi saya, walaupun kamu tahu saya adalah Ratu Hakai. Saya sayang kamu, Mr.Qib". Kata Vivian lalu memeluk erat Mr.Qib pula.

Mr.Qib hanya ketawa namun matanya berkaca.
"Kamu anak yang baik. Bila kamu sudah pulang nanti, kamu tahu apa yang kamu akan buat". Balas Mr.Qib.
Vivian hanya mengangguk perlahan.

Mata Vivian kemudiannya melirik ke arah Carlos. Carlos dari tadi hanya menudukkan kepalanya dan tidak berkata apa-apa.

"Carlos, kamu harus ikut saya sebentar". Pinta Vivian.
"Kenapa?". Carlos ingin tahu.
"Kamu tidak mahu ucapkan selamat tinggal pada Olive atau berjumpa dengannya sebentar?". Tanya Vivian.
"Tentang itu, saya tidak pasti. . ." Jujur Carlos.

"Tambahan pula, saya sudah tidak boleh lagi nak keluar dari dunia asal saya. Saya sudah keluar lebih daripada tiga kali". Jelas Carlos.
"Jika begitu, tak mengapalah. Tapi, kamu. . .teruskanlah kehidupan. Cuma ingatlah bahawa selain hubungan cinta. . .hubungan persahabatan juga indah". Kata Vivian sambil tersenyum.
"Oh. Saya tidak sedar pula. Terima kasih, Vivian". Balas Carlos.

Vivian akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada Mr.Qib, Basma, White Witch, Carlos, Alexander dan Oldfroy. Dia pun kembali semula ke dunia asalnya dan pintu pohon terus menghilang sejurus sahaja Vivian masuk ke dalam.

Vivian & Kerajaan Mawar Hitam (akan disunting)Where stories live. Discover now