Di sebuah padang yang lapang, berkumpulnya hampir kesemua Beast Ryuzaki begitu juga penduduk Yggdrasil. Masing-masing mahu menghantar pergi tiga kumpulan yang bakal memikul tanggungjawab yang besar di bahu mereka.
"Tuk." Senri memanggil Hakuryu. Wajahnya sedikit kelat ketika berhadapan dengan Raja Naga puak Ryuzaki tersebut.
"Senri." Sang Raja menundukkan wajahnya agar menyamai paras cucu angkatnya itu. Senyuman sang naga dapat di lihat jelas oleh Senri.
"Jaga diri dalam perjalanan nanti."
Hakuryu mengelip mata seakan faham. Wajah didekatkan sehingga hujung mulut naganya menyentuh dahi Senri. Lelaki berambut putih memeluknya erat bersama tawa kecil.
Tidak lama kemudian, muncul pula seorang wanita berambut putih seakan awan. Mata emasnya menatap lembut Hakuryu yang turut sama menatap dirinya.
"Alverta." Hakuryu memanggil isterinya, Naga Cahaya yang pernah berdamping bersama Emyriel dan berdarah Celeste. Wajah manusianya juga hampir sama seperti wanita tersebut, hanya warna rambut serta mata mereka yang berbeza.
"Hakuryu."
Tangan wanita itu lembut mengusap mulut suaminya. Mata ditutup lalu lembut bibirnya melabuhkan ciuman kecil.
"Please take care of yourself my King. Our people will always waiting for you."
"I will my Queen. You too, take care even I'm not around."
Alverta mengangguk sebelum menghampiri Eryl yang memeluk Akira. Perasan akan kehadiran wanita itu, Eryl meleraikan pelukannya dan menarik Akira mendekat.
"Nek." Eryl memanggil seraya melepaskan Akira. Tangan nenek angkatnya diambil lalu dilabuhkan ciuman.
"Cucu ku."
Alverta mengusap lembut rambut cucu angkatnya. Senyuman manis terukir pada wajahnya apabila Eryl mengangkat kepala menatap dirinya.
"Kamu betul-betul dah berubah." Ujarnya lagi lalu telapak tanganya dilabuh pada pipi kanan Eryl. Ibu jarinya mengusap bahagian mata yang kini tidak lagi berfungsi.
"Dear, my grandchild Eryl Ryuzaki. I'm really proud of you."
Eryl seperti tersentak sedikit namun tidak membicarakan apa-apa. Dia hanya membiarkan sahaja Alverta berkata-kata.
"Sejak ayahanda kamu memilih untuk menjaga kamu, nek tahu kamu akan jadi seseorang yang penting di masa depan."
Alverta memandang Akira. Tangan wanita itu ditarik lembut lalu disatukan dengan cucunya. Kedua-duanya saling berbalas pandangan sebelum menatap kembali Permaisuri Naga itu.
"Dan disinilah kamu, bakal menjalankan misi yang tiada siapa tahu apa kesudahannya."
Tangan kedua-duanya diusap.
"Walau apa pun kesudahannya, jangan sesekali kamu hilang arah. Jangan!" Pesannya tegas.
"Try to collect yourself first then thinks about your next move. Remember, you always have someone who can help you. The one who will support you no matter how cruel your fate is."
Tangan Eryl mengenggam erat tangan Akira. Sekali lagi, Alverta tersenyum bersama mata yang tertutup.
"Both of you are fate child. You may or not may realize it yet, but my dear Akira." Kini pipi Akira pula disentuh Alverta.
"Kamu ada tanggungjawab kamu dikemudian hari nanti. Jadi jangan bersedih walaupun tidak dapat mengikut suami kamu."
Akira menarik sengih. Pipinya sedikit merah namun kepala mengangguk faham.
YOU ARE READING
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)
Fantasía-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahu...