Beberapa tahun lepas...
Sebuah keluarga Kim berpindah ke kawasan perumahan cherry bomb, Jaehyun yang berumur 11 tahun hanya memandang jiran baharunya yang sedang pindah masuk.
Seorang budak lelaki menarik perhatiannya. Dia agak tinggi dari Jaehyun. Budak lelaki tersebut menolong orang tuanya membawa barang masuk ke dalam rumah.
Merasakan diperhati, dia pun memandang ke arah Jaehyun. Dia tersenyum memandang Jaehyun dan mendekati Jaehyun.
"Hii, aku Kim Doyoung. Kau pula? "Dia menghulurkan tangannya tanda dia nak salam dengan Jaehyun. Jaehyun menatap tangan Doyoung, dia dengan malu malu berjabat tangan dengan Jaehyun.
"H-hi.. Aku Jung Ja-jaehyun. "Ujar Jaehyun.
"Hi Jaehyun! Mulai sekarang, kita berdua ialah kawan. "Ujar Doyoung, dia menayangkan senyuman khasnya yang seperti arnab.
Sejak dari itu, mereka menjadi kawan. Tetapi, Doyoung hanya balik ke rumah itu semasa cuti sekolah. Kadang kala dia akan balik hujung minggu.
Jaehyun bersekolah di Incheon manakala Doyoung bersekolah di Seoul. Walaupun mereka hanya berjumpa pada musim cuti sekolah, mereka tetap juga saling menghubungi.
"Asal kau tak pindah sini je? "Tanya Jaehyun, dia dan Doyoung kini berumur 16 tahun. Mereka berdua sedang lepak di luar rumah Doyoung, sambil sambil itu mereka berdua memandang kolam kecil yang ada di depan mereka.
"Mama nak aku habiskan zaman remaja aku dekat Seoul. Lagipun aku pindah sini dulu sebab papa aku kerja dekat Incheon dan mama aku kerja dekat Seoul. "Ujar Doyoung, dia membaling batu kecil ke dalam kolam.
Orang tua Doyoung tidak bercerai cuma mereka berkerja di tempat yang berbeza. Ibu Doyoung seorang ketua jururawat dan beliau berkerja di kota besar Seoul manakala ayah Doyoung seorang polis yang berkerja di kota Incheon.
"Kenapa tidak dari dulu lagi kau dengan Gongmyung hyung tinggal dengan papa kau dekat sini? Boleh je mama kau sendirian dekat situ. "Ujar Jaehyun.
"Masalahnya papa selalu ada operasi, jarang diam rumah. Papa selalu bermalam dekat ofis, takut papa tidak dapat uruskan persekolahan aku dengan hyung. Kalau tinggal dengan mama baru semuanya tiada masalah. "Ujar Doyoung. Jaehyun mendengus perlahan.
"Kan best kalau kau tinggal dekat sini. Taklah aku bosan sangat sini sendirian."ujar Jaehyun, dia membaringkan kepalanya di atas paha Doyoung. Doyoung hanya membiarkannya sahaja.
Biarlah dia luangkan masanya dengan Jaehyun sebelum dia balik Seoul lagi.
Sampailah suatu hari, Doyoung tidak menghubungi Jaehyun lagi. Keluarga Kim jarang balik Incheon semenjak En. Kim dinaikkan pangkat dan pindah ke Seoul. Rumah itu kosong.
Jaehyun berasa sedih, dia sebenarnya nak bagitau Doyoung yang dia berjaya masuk Neo Universiti tetapi dia tiada nombor Doyoung. Nombor Doyoung hilang sejak telefonnya rosak.
Masa kini
"Sayang? "Jaehyun mendongak, dia sedang menyusun semua pakaiannya. Pn. Jung mendudukkan dirinya di tepi katil Jaehyun. Jaehyun mendekati ibunya dan duduk disebelah ibunya.
"Ada apa ma? "Tanya Jaehyun. Pn. Jung tersenyum memandang Jaehyun, dia memegang kedua dua pipi Jaehyun. "Nanti dekat universiti nanti, jaga diri tau. Jangan nakal, belajar elok elok. "Ujar Pn. Jung, Jaehyun tersenyum sambil mengangguk kepala.
"Jaehyun akan jaga diri ma. Mama jangan risau. "Ujar Jaehyun. Pn. Jung tersenyum, dia mengusap rambut Jaehyun dengan lembut dan mengucup dahi satu satunya anak lelakinya dan juga merupakan anak sulung.
YOU ARE READING
Your Favourite NCT Ships ✅
FanficJust NCT oneshot or two shot or three shot stories