"Aku 'kan menjadi malam-malam mu,
'Kan menjadi mimpi-mimpimu,
Dan selimuti hatimu yang beku..."
Kedengaran suara nyanyian Ashraf seiringan dengan petikan gitarnya. Dia menarik nafas dan melantunkan lagi suaranya...
"Aku 'kan menjadi bintang-bintangmu,
'Kan s'lalu menyinarimu,
Dan menghapus rasa rindumu yang pilu..."
Ashraf menyanyi sambil tersenyum. Dia membawa lagu 'Selimut Hati' oleh Dewa 19 itu dengan sepenuh hatinya buat Lara di hujung talian. Kata Lara sebentar tadi dia belum pernah mendengar lagu tersebut dan Ashraf yakin Lara pasti akan sukakan lagu ini!
"Aku bisa! Untuk menjadi apa yang kau minta,
Untuk menjadi apa yang kau impikan,
Tapi ku tak bisa menjadi dirinya..."
Tiba-tiba, petikan gitar Ashraf terhenti dan keningnya mencerun.
"Eh? 'Dirinya'??" Kata Ashraf.
Dia tersenyum sambil memandang ke arah telefon bimbit yang dia letakkan di atas meja tulis biliknya. Seperti biasa, setiap kali Ashraf bermain gitar untuk Lara, telefonnya itu akan dia setkan dalam mod 'loudspeaker'.
"You, lirik ni cakap 'dirinya'. Siapa 'dirinya' ni, you...?" Ashraf bertanya sambil mengusik. Sengaja dia ingin serkap jarang kalau-kalau ada pihak ketiga yang 'merentangi' antara dirinya dan si beautiful specimen-nya itu! Tetapi Lara di talian hanya mendiamkan diri. Kening Ashraf mencerun.
"You...??" Dia mendekatkan mukanya ke telefon. Lara masih lagi senyap, tiada sahutan.
"Lara...?? You tidur eh??" Ashraf mula menyengih.
'Hmm, betullah tu.' Fikir Ashraf. Sewaktu di awal perbualan mereka tadi, memang gadis itu ada berkata yang dirinya kepenatan setelah seharian suntuk mengadakan photoshoot bersama pihak klien siang tadi.
Ashraf tertawa kecil.
"Lara.. Lara.. Boleh pulak dia tidur! Penat sangat ye? Kalah I bawak kapal terbang ni." Ujar Ashraf lagi. "Ke sebab best sangat I nyanyikan lagu ni untuk you? Tu yang sampai tertidur, kan...?" Dia terus berkata sendirian, macamlah Lara mendengarnya. Sengihnya makin melebar.
"Takpe, I habiskan lagu ni untuk you okay? You tidur nyenyak-nyenyak tau..." Lantas, dia kembali meletakkan gitar ke posisinya dan mula memetik tali-temali tersebut.
Ting ting tingg tingg...
"Aku 'kan menjadi embun pagimu,
Yang 'kan menyejukkan jiwamu,
Dan 'kan membasuh hatimu yang layu..."
Greng greng grengg! Ting tingg tingg tingg.... Alunan gitar yang rancak itu bertukar tempo.
"Tinggalkan sejenak lalumu,
Beri sedikit waktu,
Kepadaku 'tuk meyakinkanmu... Huu uhh uhh..."
Akhirnya petikan gitar itu semakin perlahan dan terhenti.
Ashraf meletakkan gitarnya di tepi meja tulis. Lalu, dia mengambil telefonnya dan menutup fungsi loudspeaker tadi.
"Lara... Lagu dah habis. You tidur lagi ke?" Telefon itu diletakkan di telinga sambil dia merebahkan badannya ke katil.
"Hei." Ashraf ketawa.
Senyap.
"You tengah mimpikan I ke tu? Penat I nyanyi tau. Kalau you tak dengar, at least you mimpikanlah I...!" Ashraf sengih. Seronok pula dia berbual sendiri ketika gadis itu sedang tidur.
"You ni tak pretending you tidur, kan?" Dia tertawa kecil.
Senyap.
"Okay-lah, okay... Betullah tu tidur. I letak phone sekarang, ye. Talk to you again tomorrow."
Senyap lagi.
"Erm... You know what..." Ashraf ketap bibir dan menelan liur dalam-dalam.
"I really like you, Lara... Seriously I do." Sambungnya sambil tersenyum manis.
"Bye..."
Perlahan-lahan, Ashraf tekan butang meletak telefon yang berwarna merah di papan kekunci.
Sementara itu di bilik tidur Lara pula, kelihatan gadis itu sudah nyenyak tidur dengan telefon bimbitnya terselit di antara telinga dan bantalnya yang gebu. Skrin telefon itu bercahaya seketika apabila Ashraf memutuskan talian dan selepas itu, keadaan di situ menjadi malap kembali...
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...