PADA waktu-waktu malam sebegini, keadaan hutan seakan-akan sunyi dan sepi. Hanya bunyi cengkerik saja mengiringi kabus dan awan yang berarak pergi. Namun hakikatnya, itulah perangkap yang akan membinasakan diri. Pasti akan ada mata-mata yang memerhati dalam diam, mencari mangsa untuk diterkam.
Sebuah kereta Toyota Hilux kelihatan bergerak laju menyelusuri denai. Semakin lama, semakin jauh kereta itu dipandu pergi. Lian yang sedang memandu itu bersiul perlahan, menikmati angin malam yang menyapa mukanya melalui tingkap. Hatinya senang.
Khairul yang berada di sebelah hanya buat tidak peduli dengan sikap rakannya itu. Senapang yang berada dalam pegangan dipegang erat. Mana tahu ada bahaya yang menyusuli mereka dari tadi lagi. Sekurang-kurangnya mereka sudah membuat persiapan untuk mempertahankan diri.
Lian menoleh memandang bahagian tempat duduk penumpang belakang, melihat sekujur mayat yang dibungkus dengan plastik hitam itu agar kelihatan baik-baik saja. Setelah itu, dia menoleh ke arah Khairul.
"Macam mana dengan perempuan tu?" Tiba-tiba saja Lian bertanya.
Khairul menoleh. Raut wajah hairan dan pelik dipamerkan. Tidak faham dengan soalan yang diujarkan oleh Lian.
"Perempuan mana ni?"
"Halah. Perempuan yang kau gagal bawa balik tu. Apa nama dia? Rita?" Lian bertanya lagi. Matanya tetap fokus ke hadapan.
"Oo yang tu. Haah. Kenapa dengan dia?"
"Macam mana dengan dia? Hidup or mati?" Khairul terus tersenyum sinis.
"Mestilah dah mati. Aku dah baling kayu besar dekat dia. Tepat kena kepala sewaktu dia cuba nak turun dari kawasan curam tu," ujar Khairul penuh keyakinan.
"Kau check ke tak? Betul ke dia dah mati tu?" tanya Lian sekadar ingin memastikan.
"Tak payah check pun aku dah tahu. Jatuh daripada kawasan tinggi kut. Kepala dia comfirm berdarah. Siapa je yang kat hutan tu nak tolong dia? Entah-entah dah kena makan dengan harimau atau serigala."
"Nampaknya kita kena cari mangsa lain la pula."
"Halah! Senang je pun! Serahkan je kat aku." Khairul berkata bangga. Lian terus ketawa besar.
"Kau good looking bolehlah. Sekali kau senyum, beratus-ratus yang datang. Kalau kau tak senyum pun, akan ada orang yang jatuh hati kat kau juga." Lian menambah lagi.
"Hahaha of course! Aku tak buat apa-apa pun selalunya. Percuma je aku dapat. Kalau pelacur, kena bayar."
"Yelah. Siapalah aku ni kan..." ujar Lian perlahan. Raut wajah sedih ditayangkan. Khairul terus menumbuk lengan jejaka itu.
"Hek eleh. Acahlah kau. Kau pun handsome. Macam oppa korea." Lian hanya ketawa, seronok apabila dirinya dipuji.
"Oh ya. Aku nak tahu juga kenapa si pembantu dia yang baru ni kena tembak? Baru seminggu bekerja dengan Tuan Razen, tak kan dah tempah maut kut?" tanya Khairul, hairan.
YOU ARE READING
RAHSIA SEBUAH HATI
Aksi𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐈𝐯𝐲 𝐀𝐳𝐫𝐢𝐧'𝐬 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 IVY AZRIN - Seorang gadis yang polos dan pemalu. Saat hatinya meluahkan perasaan cinta kepada jejaka beku bernama Danial Faiz, layanan kasar terus dilontarkan buatnya. Hati siapa sahaja yan...