Pagi itu, Tariq teman Tiara joging di taman berdekatan. Rabia terpaksa balik kampung untuk menjaga ibunya yang sakit. Tariq tidak mahu tinggalkan isteri tanpa pengawasan.
"Abang, balik nanti kita rehat kat kolam, ok?"
"Nope. Kita sarapan lepas tu kita rehat kat bilik."
"Rehat kat bilik? Tak naklah. Saya nak berendam dalam kolam, Bolehlah."
"Nope. Kita rehat kat bilik. Atas katil." Tariq merangkul pinggang isteri.
"Kenapa? Abang tak cukup rehat ke semalam?"
"Tak. Sebab semalam ada nyamuk. Gigit merata. Tengok ni merah-merah badan saya."
Mana ada merah? Tak nampak pun. Pandai suami buat cerita.
"Nyamuk tu mesti geram tengok abang."
"Hmm sebab tu saya nak balik rehat."
"Tak takut nyamuk datang serang?" Kerling manja.
"Kali ni saya nak ikat dia. Biar tak bergerak."
"Are you sure?"
Kening Tiara naik turun. Menyentuh bibir suami semesra angin yang bertiup kala itu. Ketawa apabila suami cuba gigit jarinya.
"Let's go home, my dear. Saya rasa nak biarkan saja nyamuk tu gigit ikut suka dia."
Mereka joging balik ke vila. Langkah mereka terhenti sebaik saja melihat seorang wanita berdiri di depan pintu. Wanita Inggeris yang Tiara tidak kenal itu melihat tepat wajah Tariq. Tariq bagai berhenti bernafas. Pucat lesi.
"Abang, siapa ni?"
"I'm his wife." Ujar wanita Inggeris itu bila Tariq terus membisu.
Terus Tiara pandang wajah suami. Isteri? Tariq ada isteri? Ya Allah...
"Abang?" Tiara menggenggam lengan suami. Kuku menekan lengan suami tapi suami seperti tidak merasa apa-apa. Tolonglah nafikan. Tolonglah...
"I'm still your wife, Riq."
Bicaranya dituruti dengan langkah yang mendekatkan dirinya kepada suami.
"You promise me you love me forever. Take good care of me but you lied Riq. You just let me go. Shut me out from your world."
"You are the one who step out. You left me! You Freya! Not Me!" Terjah Tariq kasar.
Kesakitan silam muncul kembali. Luka yang difikirkannya sudah tinggal parut sebenarnya tidak pernah sembuh. Luka yang kini berdarah kembali.
Tiara kebingungan. Dia berundur ke belakang. Ya Allah, wanita ini isteri Tariq Zayyan! Wanita ini, yang pernah atau mungkin masih miliki cinta suaminya. Bagaimana dengan cintanya? Cinta yang diucap suami sejak di Paris, sebenarnya apa? Hanya ilusi atau, hanya hukuman suami yang tidak pernah memaafkannya? Ya Allah...
Hati yang parah dibawa Tiara lari masuk ke bilik yang dikongsi bersama suami. Menyandar di daun pintu. Air mata merembes turun. Tidak, bilik ini bukan bilik dia. Ini bilik Tariq. Tiara keluar. Menuju ke bilik yang pertama yang diberi suami. Ini penjaranya. Harus sedar mengapa dia menjadi isteri Tariq Zayyan. Hanya prisoner!
Dia mencapai Mr Knock Out dan melangkah ke bilik air. Duduk di dalam tab mandi bersama Mr Knock Out. Jiwa merintih pilu. Sanggup suami bohong. Berpura-pura sayang. Sebut cinta yang tidak ada makna. Sekadar nak balas dendam. Dendam. Ya Allah, sampai bila.
Diseka air mata. Tolong berhenti mengalir. Tariq Zayyan tidak pernah jadi hak kita. Cinta kita cuma permainan dia. Jadi, tak perlu menangis. Tak perlu! Namun air mata masih mengalir. Dia mendakap Mr Knock Out. Menangis tersedu-sedu. Bagaimana nak buang cinta ini. Ya Allah...
YOU ARE READING
Prisoner of Tariq Zayyan
Romance"Saya tak salah." Ujar Tiara lemah. Kenyataannya, dia sedar dia tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi. Dia tidak boleh ubah apa-apa. Hah, masih berani nak terus pertahankan diri! "I don't give a damn. For me you're guilty as hell!" Bentak Tari...