Tariq letak garpu. Capai gelas. Daging masak kicap ditelan. Tak kuasa nak terus kunyah. Diteguk air kosong. Di antara mereka bertiga, Freya saja yang ada selera. Aneh. Dah sedap agaknya masakan Melayu yang dulu dia pernah kompelin tak sedap.
Pandangan berpindah kepada Tiara. Sejak Tiara duduk, tidak ada satu perkataan pun keluar. Dia cuba tarik perhatian. Letak isi ikan siakap bakar kegemaran dalam pinggan Tiara. Tiara tidak ucap terima kasih mahupun hadiahkan senyuman seperti sebelumnya. Tiara masih tidak boleh terima. Masih marah. Masih terluka.
"Stop playing with your food, Tiara." Pinta Tariq.
Tiara tetap menguis nasi di pinggan. Tidak peduli arahan suami.
"Sayang, tolong berhenti."
Tiara buat pekak. Salah suami. Paksa dia turun dan duduk berdepan dengan Freya, untuk apa? Kalau ikut Cik Hati, dia nak terus bertapa dalam biliknya. Suami boleh terus layan Freya.
"Tiara, stop it!" Kali ini nada Tariq agak tinggi.
"Fine! Maybe I should stop loving you too!" Tiara melenting. Dia bangun dan terus berlari menaiki anak-anak tangga.
"Darn!"
Tariq menolak kerusi dengan kasar. Dia keluar ke taman. Tidak peduli dengan Freya yang membulat melihatnya. Dia perlu tenangkan hati. Diraup wajah. Mendongak ke langit. Hati desak dia dapatkan Tiara tapi akal kata biarkan. Sekarang bukan masa terbaik untuk pujuk Tiara. Kerana, setiap langkah dia ambil untuk dekati Tiara, setiap langkah itu juga Tiara akan jauhkan diri. Malah, Tiara akan tendang perkataan-perkataan yang menyakitkan hatinya. Dia tak salahkan Tiara. Tiara tengah marah. Tiara tidak percaya padanya lagi. Tapi sampai bila?
Tubuhnya jadi tegang bila tiba-tiba dipeluk dari belakang. Tiara?
"Honey, I love you."
Ah, bukan Tiara tapi Freya. Dia lepas keluhan. Dia leraikan pelukan dan menarik Freya mengadapnya. Tidak dinafikan, Freya masih cantik. Tapi kecantikan Freya sekarang tidak dapat mengatasi kecantikan Tiara di hatinya. Ya Allah, dia perlu Tiara. Dia nak takluki cinta Tiara semula. Tiara yang bahagia bersamanya.
"Freya, I have to be honest with you, I love Tiara very much. I don't want to lose her."
"That's not fair. What about me? Am I suppose to leave you again. You said you will always love me no matter what happen. I want my love back Riq. I know I shouldn't have left you. I should have trusted you. Be with you but I was so much younger than. I made mistakes. I can't change everything that happened. But now I'm back Riq. I want to be your wife in every sense of the word. Please Riq, give me one more chance. I love you."
Freya rangkul leher suami. Dia akan pastikan mereka bahagia seperti di awal pernikahan mereka dahulu. Tiara tidak akan dibiarkan jadi penghalang.
Freya senyum apabila tubuhnya dipeluk mesra. Kehangatan pelukan sama seperti mereka mula-mula bercinta. Dia dapat rasakan perasaan cinta itu masih ada. Riq masih cinta dirinya.
"Freya, promise me you will accept Tiara. She's part of my life now. I don't want to hurt her anymore." Gumam Tariq di leher isteri.
"I promise." No way I gonna keep my promise. Bibir ucap lain. Hati ucap lain.
Tiara menyandar dahi di kaca jendela. Linangan air mata hadir tanpa perlu dijemput ketika melihat Freya dalam pelukan Tariq. Hati ibarat ditoreh sembilu. Sakitnya. Di bawah sana kenyataan. Tariq Zayyan bahagia dengan Freya. Kata orang, cinta pertama tidak akan mati. Tetap mekar selama-lamanya. Cinta pertama lebih indah daripada cinta yang datang kemudian. Ternyata suami tidak perlukan dirinya. Hanya perlu Freya. Hanya cinta Freya.
YOU ARE READING
Prisoner of Tariq Zayyan
Romance"Saya tak salah." Ujar Tiara lemah. Kenyataannya, dia sedar dia tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi. Dia tidak boleh ubah apa-apa. Hah, masih berani nak terus pertahankan diri! "I don't give a damn. For me you're guilty as hell!" Bentak Tari...