Misi Mencari Duda

103 9 0
                                    

Wany tersengih menampakkan gigi. Poster yang ada di depan mata bagai sebuah piala baginya. Manakan tidak, Wany dari dulu mencari seorang duda yang kaya raya. Namun seorang pun tak lekat. Semuanya kaki perempuan dan segala pakej gatal. Bila dapat poster ini, terus dibaca. Syaratnya mudah saja. Siapa mampu mencairkan hati si duda akan dapat berkahwin dengan duda itu. Ada orang cakap duda ini terlalu beku sampai orang makan hati. Okay, Wany terima cabaran ini mari!

Tok! Tok! Tok!

" Assalamualaikum..." Wany menguis kaki pada permukaan tanah. Mana orangnya? Tak ada keluar pun.

" Waalaikummusalam." ucap Datin Sarimah.

Senyum manis diberi sebelum Datin Sarimah mempersilakan Wany masuk. Wany hulur senyum. Namun tak lama, pudar senyumannya melihat tiga orang perempuan cantik yang ada di depannya. Semua tak pakai tudung dan berpakaian seksi. Hanya Wany yang pakai tudung. Aduh! Gawat! Gimana ini? Kalahkah aku nanti? Aku takut deh!

" Kenalkan, Suzy. Suzu, Suza."

Eh? Jap? Asal nama sama ni? Kembar?

" Kami semua...supergirls." Mereka bertiga sama-sama lipat kaki pandang ke arah Wany.

" Ma, ada apa ini?" soal seorang lelaki dari tingkat atas.

Wany terpegun. Kacak rupa paras lelaki itu. Wany menggeleng sebelum alih pandang dari tatap muka lelaki itu. Memang tadi Wany teruja. Tapi bila nampak mata tajam lelaki itu buat Wany takut. Wany nak undur diri ajelah.

" Erk...Datin, saya balik dulu ya?" Wany pusing tubuh ke belakang.

" Ma, Wan nak dia sebagai orang gaji di sini. Sekaligus orang yang akan Wan lantik sebagai seorang isteri andai dia lepas segala ujian." Wany terkaku. Pucat lesi muka Wany ketika ini. Aduh! Asallah aku pergi masuk rumah kaya ini. Kalau tidak, semua ini takkan jadi sepayah ini.

" Erk awak...mereka bertiga ada lagi. Awak pilih mereka saja. Saya tak nak." Wany senyum manis. Bersungguh mahukan lelaki itu tolak dirinya dari list lelaki itu.

" Aku nak kau. Dah! Kerja hari ini." arah Wan tanpa perasaan.

" Kalau dia terlepas...kau bertiga siap!" ugut Wan pada ketiga perempuan yang ada di atas sofa itu. Mereka bertiga bangun, menghentak kaki geram. Sia-sia datang ke sini. Huh!

" Alamak! Habislah aku..." gumam Wany perlahan.

" Wany..." Bahu Wany dipegang lembut. Terkutik senyuman manis di bibir tua itu. Datin Sarimah percaya, Wany dapat ubah Wan. Lagipun pilihan Wan tak pernah salah.

" Pergilah naik atas. Wan dah tunggu."

Gulp! Habis!

" Okay..." Wany naik tangga dengan langkah jeli. Lembik je terasa.

Tak sedar kini Wany dah ada di depan pintu bilik Wan. Nafas dihembus berat.

Tok! Tok! Tok!

" Assalamualaikum Encik duda. Saya nak tarik diri dari pertandingan ini. Boleh tak?" soal Wany dengan ketukan kuat diberikan.

" Kau nak bagi pintu aku tercabut ke?"

Akhirnya Encik duda keluar jugak. Wany mengemam rapat bibirnya. Nak buat apa ni?

" Masuk."

" Nak buat apa? Layan awak?" Wany silangkan tangan ke dada. Takkanlah...

" Kau ni otak kotor! Bukan benda tu. Aku nak kau kemas bilik aku. Kau ni...itu pun nak aku bagitahu ke tugas sebagai maid?" Wan berkata penuh geram.

Wany mengangguk. Wany masuk ke dalam bilik Wan. Menggeleng Wany melihat rumah tong sampah Wan. Bolehlah suruh si tukang bawak lori sampah datang sini. Angkut sekali dengan bilik besar ini. Tak pandai jaga kebersihan betul! Bersepah barang!

" Awak memang suka buat sepah kan? Tak malu ke? Dengan sampah merata. Kalau macam ni, tak ada orang nak kahwin dengan awak." bebel Wany geram.

Wan buat pekak. Gambar yang ada di tangan ditatap dengan muka sedih. Kehilangan sang isteri benar-benar buat Wan berubah jadi seorang yang beku dan tidak percaya cinta. Wan rindukan isterinya...

" Patutlah awak tak boleh move on. Cantik rupanya." Wan menjeling tajam si Wany.

" Apa jeling-jeling? Orang puji isteri pun nak marah. Apa kes?" Wany buat mata ke atas.

Wan terus mengusap gambar itu tanpa hiraukan Wany. Beberapa titis airmata lelaki itu mengalir. Terimbas kenangan dulu dengan sang isteri.

" Abang rindukan Wardah..." ucap Wan sebak.

" Awak tak boleh terus hilang semangat macam ni. Tak baik. Kalau Wardah nampak keadaan awak macam ni...saya dapat bayang bertapa sedihnya dia." Tanpa salam Wany duduk di sebelah Wan. Masih ada jarak okay? Wany tak gila lagi nak duduk rapat-rapat. SOP okay? Satu meter.

" Habistu apa yang perlu aku lakukan?"

" Awak tanya soalan tak cerdiklah." Selamba badak Wany berkata sebegitu. Tak endah langsung mata yang dah cerlung tajam padanya itu.

" Awak carilah pengganti. Bahagiakan diri awak sendiri. Bukan bermaksud awak cari pengganti awak dah lupakan dia. Namun, awak cari pengganti sebab awak nak dapatkan kebahagiaan awak. Sebab awak tahu yang Wardah mahukan awak bahagia. Bukan meratap sampai begini." nasihat Wany panjang lebar.

Wan diam. Cuba proses apa yang Wany katakan. Keluhan berat dilepaskan. Bukan Wan tak dapat terima pemergian Wardah. Cuma Wan tak nak bercinta kerana takut. Takut dia akan tinggalkan sebegini.

" Kalau orang yang aku nikah akan mati macam Wardah macam mana?" soal Wan dengan mata merah menyala.

" Awak, dalam dunia ini. Tak ada manusia yang tak mati. Awak ingat awak malaikat ke? Ajal semua di tangan tuhan. Tak perlu takut mati. Yang penting, bekalan awak. Cukup dah ke? Dengan awak murung macam orang gila. Broken tak ingat dunia. Entah banyak mana pahala yang awak telah lakukan. Asyik nangis saja kerjanya." perli Wany geram.

Wan mendengus geram. Sakit pulak hati bila bercakap dengan Wany. Tapi...ada betul jugak apa yang dikatakan Wany. Rasa macam dah insaf bila dengar Wany cakap macam ni.

" Kau pernah rasa kehilangan?"

" Tipulah kalau aku cakap tak." Wany ketawa pedih.

" Saya lagi sakit, Mama dan Papa saya dah pergi tinggalkan saya ketika waktu saya masih kecil. Awak sepatutnya jadi kuat macam saya. Bukan jadi lembik macam ni. Kalau diikutkan saya dah bunuh diri sebab tak ada orang ambil kisah hal saya. Yelah duduk serumah dengan Mak saudara tapi layanan mereka tak ada seindah layanan Ibu dan Ayah saya." Wany meluah dengan anak mata berkaca. Dahlah! Nak balik!

" Kau nak pergi mana?" Tak sempat nak bangun, Wany telah dipanggil lelaki itu.

" Balik."

" Kau tak nak teruskan kerja kau dekat sini? Aku sayang nak lepaskan kau. Boleh kau jagakan hati aku agar dapat menjadi pengganti Wardah?" soal Wan tanpa segaris senyuman. Macam tak serius aje.

" Kau biar betul..." Wany ketawa olok-olok.

" Aku serius. Jadikan pengganti Wardah. Boleh?" soal lelaki itu untuk sekian kalinya.

Wany mengangguk. Kenapa tidak dia mencuba sedangkan memang ini yang Wany mahukan. Tak jalankan misi lagi namun dah berjaya. Wow!

" Okay. Setuju."

Kini dah tercapai hajatnya misi mencari seorang duda untuk dirinya. Tak sangka lelaki itu dapat menerimanya. Biarpun beku saja memanjang. Huh!

1061 words

Done ✔️

Short StoryWhere stories live. Discover now