AKU mencelikkan mata. Tak boleh tidur. Mata aku terkebil-kebil memandang siling.
Bunyi pintu dikuak buat aku tersentak. Aku terus bangun dari perbaringan dan duduk bersila.
Seorang maid sedang menatang dulang berisi makanan melangkah masuk ke bilik aku. Dia mendekati aku.
Belum sempat aku ingin menanyakan siapakah dia, maid itu mula bersuara.
"Miss Grace. This is your breakfast for today. There are roasted red pepper frittatas and hot chocolate," Maid itu membuka penutup dulang dan menyua aku hidangan itu.
Dahi aku berkerut apabila mendengar perkataan asing.
"Frittata?"
"Yes, miss,"
"Kejap, kejap. Kau ni dah kenapa sibuk speaking bagai? "
"Pardon?"
"Kau tak faham ke pura-pura tak faham?"
Maid itu mengerutkan dahi.
"Sekarang ni beritahu aku macam mana kau boleh masuk rumah aku? Dah tu main redah je bilik orang. Dan kau tak payahlah nak pakai baju macam tu. Tak panas ke?"
Jari aku tuding ke arah pakaiannya. Dia memakai uniform maid yang macam aku selalu tengok dalam anime. Nampak berlapis-lapis kalau tengok dari dekat. Dahlah Malaysia ni panas, nak pakai baju macam tu pula. Buang tabiat ke apa?
"I'm sorry, miss. I don't understand what you're saying,"
Memikirkan dia yang masih nak teruskan lakonan tidak faham apa yang aku cuba katakan pantas aku membuat keputusan untuk menghalau dia keluar.
"Ah, never mind. You can go now,"
Maid itu cuma menurut tanpa membantah.
Sebaik pintu bilik ditutup rapat, aku menarik dulang tadi dekat denganku. Aku menghidu makanan yang dibawa. Bentuk dia lebih kurang macam telur dadar pun ada.
Disebabkan perut aku dah berbunyi aku pantas menyuapkan makanan itu ke dalam mulut.
"Sedap!" komenku. Aku menghabiskan frittata itu.
Aku meneguk coklat panas sehingga ke titisan yang terakhir. Usai itu, aku meletakkan dulang itu di atas meja kecil di sebelah katil.
Aku memerhati segenap ruang bilik. Eh, kejap.
Ini... bukan bi... bilik aku.
Aku berdiri. Mulutku melopong melihat suasana bilik ini. Nampak mewah tu ya tapi dekorasi dalam ni bukan taste aku.
Aku berjalan mendekati sebuah cermin besar yang berada di situ.
Aku kehilangan kata saat melihat pantulan wajahku pada cermin. Aku menyentuh pipiku. Kemudian beralih ke mata, hidung dan rambut. Ini bukan muka aku. Rambut aku pun bukannya berwarna perang.
"A... apa yang dah ja... jadi?"
Aku tilik pakaianku. Ini bukannya baju yang aku pakai sebelum tidur. Ini bukan baju aku.
Aku tatap semula cermin. Baru aku perasan anak mataku yang sebelum ini berwarna hitam kini berwarna biru cair.
Aku mengangkat jari telunjuk menunjuk ke arah aku pada pantulan cermin.
"Kau... kau siapa?"
Badanku menggigil. Lutut aku terketar-ketar. Akhirnya aku jatuh terduduk ke atas lantai.
Aku cuba hadam apa yang berlaku kepada diriku sekarang. Jangan cakap aku... ada dalam badan orang lain?
Perlahan aku berdiri. Separuh hati aku berasa gembira kerana impian aku kini menjadi kenyataan tetapi separuh lagi sedih kerana rindu badan aku yang sebenar.
YOU ARE READING
disebalik mimpi。
Fantasy/on going/ Berkenalan dalam mimpi? Memang tak pernah terlintas langsung dalam fikiran. Aku langsung tak kenal dia. Dan dia pun tiba-tiba muncul selamatkan aku. "Lain kali jangan main lari je dekat tengah jalan! Kau nak mati ke?!" Dia nampak begitu...