03

28 7 0
                                    

PERLAHAN aku mencelikkan mata. Aku terkebil-kebil memandang ibuku yang sedang bercekak pinggang.

"Susah benar nak suruh kamu bangun. Habis dah satu gayung air ibu guna,"

"Ha?"

Aku cuba memproses apa yang berlaku. Semua yang jadi tadi... mimpi ke?

Fuh... Alhamdulillah.

Aku duduk lalu memeluk tubuhku erat.

"Wah! Rindunya badan ni!"

Ibu hanya memandangku pelik. Kemudian dia mencapai gayung yang berada di atas katil dan berlalu keluar bilik.

Sempat aku menangkap ibuku mengomel sesuatu.

"Bangun-bangun dah buat perangai pelik,"

Aku tersengih.

Tapi sedihlah juga memandangkan aku tak sempat nak membaca buku Ours tu.

Aku cuba mengingat kembali mimpiku tadi. Siapa nama budak tu? Grace ye? Aku capai phone dan buka google. Nama Grace dicari. Tapi yang keluar bukanlah seperti apa yang aku harapkan. Langsung tiada muka yang serupa dengan Grace, budak yang aku tak sengaja masuk dalam badannya.

Nasib baik cuma mimpi.

Aku berdiri. Dan baru aku sedar rambutku basah lencun. Memang ibu betul-betul simbah aku dengan gayung tadi.

Jam dinding dikerling.

5.45 pagi.

Awal lagi. Tapi disebabkan aku sudah basah aku pergi membersihkan diri dan bersiap untuk ke sekolah.

Setelah sarapan ala kadar, aku melangkah ke perhentian bas. Nak jalan kaki? Tak larat. Sekolah dia boleh dikatakan jauh jugalah.

Sementara menunggu bas, aku mengeluarkan buku Sejarah dan mula mengulangkaji. Masa-masa inilah aku dapat mengulangkaji. Waktu petang dia tiada banyak masa kerana perlu bekerja bermula pukul 4.30 petang.

Tidak ramai yang menaiki bas pada waktu pagi ini. Bas hanya penuh pada waktu tengah hari dan petang. Oh ya, malam juga tak terkecuali. Aku mengambil tempat duduk di sebelah tingkap. Dan aku perasan cuma aku dan seorang lelaki yang memakai hoodie hitam sahaja menjadi penumpang bas ini.

Aku tidak mengendahkan lelaki itu. Lantas aku fokus semula pada buku Sejarah.

•••

"AIRAAAAA!"

Aku yang baru nak bayar tambang bas terus menoleh ke belakang. Afiqah sedang tersengih di luar bas. Aku cepat-cepat menghabiskan proses membayar tambang bas. Usai itu, aku menghampiri Afiqah.

"Kau ni dah kenapa sengih-sengih?" soalku.

"Takdela... cuma kau takkan tak perasan?"

Dahi aku dah mula berkerut. Dia ni dah kenapa?

"Apa?"

"Tu... abang tu hensemlah,"ujar Afiqah.

Aku berpaling ke arah bas. Figura seorang penumpang lelaki yang berada di dalam bas sedang memandang tepat ke arah aku. Kami bertentang mata.

Gulp! Air liur ditelan. Jantungku mula berdegup laju.

Macam yang Afiqah kata tadi dia hensem. Tapi tu tak penting sekarang ni. Aku patut risaukan kenapa dia asyik tenung aku. Aku tunduk memandang baju. Tak ada apa-apa yang kotor pun.

Bas mula bergerak. Dan lelaki itu masih memandang aku tak lepas.

"Weh! Dia pandang akulah!" Afiqah menggoncang tubuh aku.

Aku pula hanya kaku di situ sehinggalah bas itu hilang dari pandangan. Aku baru perasan yang lelaki itu macam familiar. Aku pernah jumpa dia ke?

•••

BUNYI loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. Aku membaringkan kepala atas meja.

Nak bangun ucap terima kasih pun terasa malas. Tapi memandangkan Haura sudah menggoncang bahuku terpaksa juga kuatkan diri.

"Terima kasih, Cikgu Hafiza!"

Serentak seisi kelas mengucapkan terima kasih. Usai guru itu keluar, aku kembali merehatkan kepala di atas lengan di atas meja.

"Huh, penat otak aku dengar teori berjela dia," rungut Afiqah.

"Eleh, siapa yang dapat markah tertinggi dalam topical test? Dia jugak," Haura menjeling.

Afiqah senyum kambing.

"Eh, jomlah turun kantin," ajak Afiqah. Dia berdiri sambil tangan sibuk meraba poket beg mencari dompetnya.

"Ha! Jom. Hari ini aku belanja," kata Haura sambil menggoyangkan dompetnya ke kiri dan kanan.

"Biar betul kau ni? Ini ke Haura yang aku kenal?" Afiqah sudah depa tangan ingin memeluk Haura. Pantas Haura mengelak.

"Jom rehat," Haura tepuk lenganku. Aku menggeleng.

"Kau sakit ke?" Haura letak belakang tangan atas dahiku. Memeriksa suhu. Aku tepis.

"Kau period ke?" Soal Afiqah seraya hulur pad kepadaku. Aku menolak.

Eh dia ni. Ada ke patut keluarkan benda itu? Buatnya pelajar lelaki nampak buat malu saja.

"Nak kitorang bawa pergi jumpa cikgu?" Serentak mereka bertanya.

"Tak apa. Cuma mengantuk sikit. Pergilah rehat," balas aku.

"Laa buat aku risau je," Haura ketuk belakang badan aku guna buku latihan entah siapa-siapa entah.

"Entahnya. Nak aku belikan makanan tak?" Kata Afiqah.

"Tak apa," Aku tegakkan badan dan menarik senyum nipis.

"Kalau kau nak boleh je. Sebab hari ini Haura nak belanja jadi pilih yang paling mahal tau,"

Haura tampar bahu Afiqah. "Ewah, suka hati kepala lutut kau je. Aku tak jadi belanja baru tau,"

"Dahlah korang. Pergilah rehat. Aku nak tidur sekejap," ujar aku menghentikan perbuatan Haura yang baru nak ketuk kepala si Afiqah. Fuh ganas ini budak. Tak boleh buat main.

"Okay. Bye!"

Berdesup Afiqah berlari keluar kelas.

"Eh budak ni. Aira, kalau kau nak pergi jumpa cikgu nanti bagitau aku tau. Aku pergi dulu!" Haura keluar kelas dengan tergesa-gesa. Nak kejar Afiqah lah tu.

Aku mengukir senyum dan menggeleng kepala melihat telatah mereka. Kepala kembali dibaringkan atas meja. Mata dipejam. Rasa mengantuk menguasai diri. Perlahan aku mula lena.

disebalik mimpi。Where stories live. Discover now