Assalamualaikum wawaaeryna-
Sinopsis Contest
DONE ✓Tajuk: Anneyong Jodoh
Kisah seorang gadis kampung dari Malaysia,
Nur Syafiza Nadia yang sedang mencari ketenangan di bumi Korea.Niatnya mahu mencari ketenangan di sana tetapi banyak pula kekusutan yang melanda.
Antara kekusutan yang sangat susah untuk diselesaikan adalah:
Faiz Anas, Si Mamat Malaysia yang mencari Syafiza sehingga kini kerana mahu dijadikan di permaisuri hati. Syafiza pula tidak mahu menjadi permaisuri hati Faiz kerana Faiz seorang 'buaya darat'.
Tetapi inilah dugaan yang paling besar.
Si Mamat Korea Muslim menjadi dugaannya,
Namanya Zafran Danish,
Syafiza sudah bersiap sedia tidak mahu lagi membuka hatinya kerana satu peristiwa yang perit tetapi
Mamat Korea pula yang buat Syafiza membuka hatinya kembali yang sudah tertutup sejak sekian lama.Benarlah, jodoh itu milik Tuhan.
Tiada siapa dapat menyangka.Syafiza akan berkahwin dengan Zafran akibat Syafiza menolong nenek Zafran yang mahu dilanggar kereta.
Sungguh, kehidupan Syafiza persis DRAMA AKASIA TV3!
Bila mahu bahagia dengan pemilik hati yang bertakhta,
Datang pula dugaan yang menimpa apabila berumah tangga.Hye Na,
Ex Girlfriend Zafran Danish,
Gadis ini sedang mencari jalan untuk memikat kembali hati Zafran yang sudah menjadi milik Syafiza.Gadis ini cantik wajahnya tetapi sayangnya adabnya tidak secantik rupa yang dimiliki.
Gedik persis sotong di laut biru,
Mulutnya pedas kalah cili di kampung,
Bikin panas kalau bercakap dengan sotong tak ada tulang versi orang!
YOU ARE READING
My Ideas Collection
Random✯My Ideas Collection✯ ✯Random Book✯ ♡Cover Book ♡Award/Contest ♡Favourite Quotes ♡Dan lain²