author.
" Macam mana awak jaga Jungha dengan Jungho ni ? Diorang tak meragam ke ? "
Eunjoo mula bertanya soalan kepada Jungwoo sebab dia mula rasa bersalah terhadap suaminya. Dah lah hilang ingatan lepastu kena jaga pula anak kembarnya.
" Jungho tak meragam pun tapi Jungha meragam bila tak dapat dekat dengan saya. 24 jam nak melekat dengan saya, "
Eunjoo mengangguk perlahan. Rupanya kakak kembar Jungho ni memang suka dengan Jungwoo. Sifat cemburu mula timbul.
" Saya cemburu... "
" Alaaa,, dengan anak sendiri pun nak cemburu. Yoon Eunjoo mula cemburu dengan Kim Jungha, " suaminya mula mengusik Eunjoo.
Dia apa lagi, nak cubit bahu tapi mendarat ke pipi. Alaaa, geram dengan pipi suami sendiri. Jungha yang tidur lena di pangkuan Jungwoo terbangun dan mula menangis.
Mereka mula menggelabah dan Jungwoo mengangkat Jungha keatas untuk memeriksa apa yang anaknya inginkan. Pelik-pelik je perangai dia ni.
" Saya lupa nak tukar pampers Jungha... keluarkan tisu basah dari beg saya, " arah Jungwoo dan tangan Eunjoo pantas mencari benda yang diminta oleh Jungwoo.
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
Keadaan Eunjoo beransur pulih dan akhirnya, dia dibenarkan pulang. Jungwoo riang gembira kerana Eunjoo pula yang kena jaga kembar itu.
" Jungha, Jungho, Eomma dah boleh balik. Pergi buli dia pulak tau, dah jangan kacau appa nak pergi kerja tau. " ujar Jungwoo yang membuat suara macam kanak-kanak ribena dan Eunjoo hanya menjegil mata.
" Hm, kenapa Jungho tak ikut muka appa ? Sedih nak nangislah macam ni, " Jungwoo terus menggalas beg sebelum mendukung Jungho.
Eunjoo yang berasa geram dengan Jungwoo terus membaling kain hingus Jungha ke arah suaminya.
" Euww, kain ni jugaklah dia nak baling. " Jungwoo menjauhkan kain itu dari mukanya.
" Appa Jungha comel sangat, geram pulak. "
" Jungha macam biasa, tenung awak je. "
" Ahh, saya nak main dengan Jungho je. Awak pergi main dengan dia pulak, " Kaki Jungwoo berjalan pantas keluar dari bilik meninggalkan isterinya di belakang.
Keluar sahaja dari hospital, mereka berempat menghirup udara yang segar. Eunjoo dan Jungwoo saling berpandangan antara satu sama lain, akhirnya mereka berasa lega kerana dapat bersatu kembali.
Mata Eunjoo mula bergetar apabila dia ternampak sebuah kereta yang sangat dikenali berhenti dihadapannya. Dia terus menarik lengan baju Jungwoo untuk beredar dari sini.
" Eunjoo,, kenapa ni.. "
Eunjoo masih lagi tidak mahu lepaskan tangan dari lengan baju itu.
" Waeee... "
" Wah, ada suami isteri bersama sepasang kembar di sini ! Baru nak bahagia ? " Kedengaran Tuan Yoon bertepuk tangan dan terdapat dua orang perempuan berjalan menunduk di belakangnya.
" Cik Han dan Cik Kim, bolehlah ambil Jungha dengan Jungho tu. Saya ada benda nak katakan dengan eomma dan appa mereka, " arah Tuan Yoon. Orang suruhannya itu terus membuat apa yang disuruh.
Jungwoo hanya membiarkan Jungho diambil dan Eunjoo enggan menyerahkan Jungha kepada Cik Kim.
" Apa tuan nak buat dengan anak saya ? " tanya Jungwoo sambil memerhatikan orang suruhan itu bawa anaknya masuk ke dalam kereta.
" Mind your own bussiness, Jungwoo-ssi. " jawab Tuan Yoon.
" Appa dah ambil saham bahagian saya, kenapa nak ambil anak-anak saya pula ? Tak cukup lagi ke ? " Eunjoo terus berdiri di hadapan ayahnya. Cukuplah ayahnya nak ambil anaknya, jangan pula nak pisahkan dia dengan Jungwoo.
" Ada lagi satu syarat untuk appa beri Eunjoo kembali ke keluarga kita, "
" Jungwoo kena ceraikan kamu, " Tuan Yoon mula smirk.
Mata anak perempuannya mula terbeliak dan ikutkan hati nak je tarik kolar baju ayahnya atau sepak sahaja tongkat itu. Baru puas hatinya tetapi Jungwoo dah menghalangnya terlebih dahulu.
" Eunjoo,, awak sendiri kata awak nak jumpa eomma awak. "
" Jungwoo, jangan buat macam ni. Kita dah janji kita nak hidup bahagia dengan Jungha, Jungho. "
" Ani.. awak kena jumpa eomma awak dulu. Itu permintaan awak dari dulu kan ? Pergi capai impian awak dulu dan saya akan cari awak balik, "
" Jungwoo... saya merayu. Sekarang ni, saya nak hidup dengan awak. "
" EUNJOO, ikut kata suami awak. Pergi duduk dengan eomma awak dulu, saya akan cari makan untuk awak dengan Jungha dan Jungho, " Jungwoo terpaksa tinggikan suara kepada isterinya buat kali pertama.
" Jebal... Jungha dan Jungho perlukan awak, " Eunjoo menangis teresak-esak sambil memegang lengan baju suaminya. Berat untuk dilepaskan.
" Yoon Eunjoo, aku ceraikan kau. " ujar Jungwoo dan dadanya mula terasa sesak. Dia perlu membuat muka tenang supaya Eunjoo tak menyedari keadaan itu.
Tapi, ada satu perkara tiba-tiba terlintas di fikirannya.
" Jungwoo, kau biar betul nak buat benda ni. Rumah keluarga Eunjoo dikawal ketat oleh pengawal, aku nak godam sistem diorang pun susah, "
" Tak kira, aku nak selamatkan Eunjoo juga. Macam mana kalau diorang bahayakan kandungan dalam perut Eunjoo tu sekali ? "
" Pergi cepat, kau ada 30 minit je untuk selamatkan Eunjoo. Nampaknya, diorang dah detect akulah yang hack their system. "
" Pergilah, aku akan uruskan hal ni sendiri. " jawab Karina lagi.
Jungwoo dah tak dapat nak sembunyikan kesakitan yang dia alami sekarang. Dia terjatuh tersungkur di lantai dan pandangan mula hitam.
Inikah memori yang dia membuatkan dia berasa ingin tahu...
+ working on taeyong fanfic
and sequel of similarity
+ ku double update dua hari sekali
memandangkan aku dh abis
tulis book ni

YOU ARE READING
Similarity.
Fanfictioncompleted, kim jungwoo nct fanfiction SHORT STORY VER. | EBOOK SOON the story of night met his stars husband au. [ cloudnight98 artworks || 2021 ]