Bab 37

1.4K 55 0
                                    

Tariq melangkah masuk. Tiara tidur nyenyak sambil memeluk Mr Knock-Out. Dia mengeluh. Dia baring di sebelah Tiara. Ditarik Mr Knock-Out perlahan-lahan daripada pelukan Tiara. Dia mengambil tempat Mr Knock-Out. Dia dahagakan kemesraan isteri yang sejak kedatangan Freya, sentiasa bersikap dingin terhadapnya. Bukan dia tidak berusaha mendekati Tiara tapi, Tiara terus-terusan menolaknya.

Freya pula tidak membantu. Masa dia di vila, lebih dimonopoli Freya. Bila dia mahu bersama Tiara, Freya akan buat perangai. Merengek. Menangis. Memberontak. Ikut saja ke mana dia pergi. Naik rimas. Seorang nak jadi bayang-bayang. Seorang lagi tengok bayang dia pun tak nak. Ah, boleh gila!

"Abang..." kedengaran suara serak Tiara dalam dakapannya.

"Sayang izinkan abang peluk sayang. Abang rindu sayang." Bisik Tariq.

Melurut rambut Tiara yang dirasakan sudah panjang. Dia suka. Dia juga suka bau isteri.

"Freya..."

"Sshhh biarkan sayang."

Tariq mencium pipi Tiara. Bersyukur Tiara tidak menolak malah tangan Tiara sudah merangkul pinggangnya. Dia tahu Tiara mahukan dia seperti mana dia perlukan Tiara.

Saat itu mereka hanya mahu bersama. Melayari dunia kebahagiaan suami isteri yang pernah mereka layari dahulu.

"Sayang, tolong jangan marah saya lagi." Bicara Tariq Zayyan beberapa puluh minit kemudian. Dia menyandar pipi di rambut isteri.

Tiara hanya diam. Hati masih luka. Cinta suami yang buat dia begini. Dia perlu ruang untuk menerima semua ini. Dunianya tidak boleh hanya ada suami. Dia semakin lemah. Sebelum jiwanya terus mati, dia harus keluar.

"Abang, saya nak kerja." Tiara beranikan diri mengatakan hasrat hati.

"What?" Rasa telinga baru dijentik. Membulat melihat Tiara.

"Saya nak kerja. Pak long tentu bagi saya kerja di syarikat dia kalau saya minta. Atau saya dapatkan kerja kat tempat lain. Janji saya kerja."

"No!" Tariq Zayyan turun dari katil. Tidak percaya dengan permintaan isteri.

"Kenapa? Abang tak adil. Saya perlu hidup saya sendiri."

Tiara tidak mahu mengalah. Dia turun dan berdiri di depan suaminya.

"Hidup awak dengan saya! Awak hak saya!" Nada Tariq Zayyan dah tinggi. 

"Abang hanya pentingkan diri sendiri. Saya tak faham kenapa abang masih nak penjara hidup saya? Abang dah ada Freya. Saya bukan kebahagiaan abang." Nada Tiara juga tinggi.

"Darn it Tiara! Why must you keep on fighting me?" Bentak Tariq Zayyan.

Dia merangkul wajah Tiara. "I love you Tiara Shenaaz. I love you so much. I want you to be happy with me."

"Love? Happy?"

Tiara menolak tangan suami. Dia melangkah setapak ke belakang. Hatinya sakit mendengar pengakuan cinta suami sekarang.

"Abang juga cinta Freya. Abang kahwin Freya sebab cinta. Abang kahwin saya sebab dendam. Cinta saya tak penting pun. Freya boleh miliki semua cinta abang. Bahagia dengan abang. Saya dah tak kesah. Saya cuma mahu abang beri ruang untuk saya. Benarkan saya hidup di luar sana."

"No! Your life is with me. Here in this villa. Get this into your thick skull Tiara Shenaaz. You will never be free of me! Ever."

Tariq capai baju dan seluarnya. Terus keluar. Menghempas daun pintu.

Tiara berdiri kaku. Melihat pintu bagaikan gerigi besi yang tertutup rapat. Dia tidak boleh keluar. Suaminya tetap mahu memegang kunci kebebasannya. Sakit hati. Kecewa. Sedih. Bertali arus semuanya menghimpit perasaan. Dia mendampar diri di atas katil. Air mata sekali lagi menjadi teman.

Hi guys, bring out those frustration. ha ha ha... now we getting somewhere, I think. Please keep on reading and vote for Tiara.

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now