Please vote and comment on this story guysಥ‿ಥ
I'm begging(Edited)
"Uhuk uhuk!" Terbatuk-batuk Takemichi setelah dihumban kuat oleh Taiju. Anak-anak buah Taiju membongkok hormat kepada ketua mereka.
"Taiju..." Hakkai menyebut perlahan nama abang sulungnya.
"Apa ni... Korang berseronok tak ajak aku ea? Tak adillah macam tu!!!" Kata Taiju kuat. Mereka yang berada disitu hanya diam tanpa bersuara sedikit pon.
"Bagi aku join!! HAHAHA!!" Setelah itu, dia menarik kerah baju Takemichi sehingga Takemichi tidak dapat menjejakkan kakinya ke tanah. Dia melempar kembali Takemichi kearah bertentangan.
"Takemichi-kun!" Hina masih cuba untuk pergi ke arah Takemichi.
"Hina, duduk je sini." Halang Yuzuha.
"Jadi..."
"Siapa mamat ni?" Tanya Taiju. Koko ketawa sebentar dengan kerenah ketuanya.
"Kau pukul dia sampai nak mampus tapi kau tak tahu siapa dia? Mantap bos! Dia... Kapten devisi pertama Toman, Hanagaki Takemichi."
"HAHAHA dia kapten dalam Toman?!! Betullah ni Koko!! Ni memang lawak ni!!" Taiju masih lagi ketawa mendengar perkara tersebut.
"Ya betul. Dia salah satu kawan Hakkai." Tambah Koko.
"HAHAHA!!! Tak mungkinlah!!!" Taiju sambung ketawa. Kemudian dia menendang Takemichi yang berada di hadapannya.
"Jadi, dia bawa mamat Toman ni datang rumah keluarga kita orang??!! Walaupun berapa kali aku suruh dia masuk geng ni?!!!" Taiju mula menaikkan suaranya apabila mengetahui hal sebenar.
"Haih... Hakkaaii!!! Pukul dia sampai mati. Tanggungjawab sebagai member Toman." Arahnya kepada Hakkai.
"Taiju... Dia tak tahu yang ni kawasan Black Dragon. Betul-betul tak tahu. Jadi, tolong..." Hakkai cuba untuk minta sedikit belas kasihan Taiju.
"Kisah apa aku. Kau tak dengar ke arahan aku?" Taiju mendekati Hakkai.
"Kau adik aku. Sebelum Toman ni wujud lagi. Itu maksudnya, kau kena patuh dengan aku, abang sulung kau. Hubungan keluarga lebih penting dari kawan kan?" Taiju mula menggunakan teknik psiko untuk mempengaruhi Hakkai.
"Taiju! Jangan buat Hakkai macam tu lah!" Yuzuha mula menyedari bahawa Taiju cuba untuk menghasut Hakkai. Taiju memandang Yuzuha lalu menumbuk wajah cantiknya.
"Yuzuha... Sebab kau tak disiplin dia dengan betul, benda ni jadi. Aku akan ajar kau nanti." Takemichi berasa geram melihat Taiju menumbuk Yuzuha.
"O-oii!! Walaupun korang abang dan adik, Yuzuha tu perempuan! Jadi, kau pon pukul perempuan jugalah?!!" Kata Takemichi.
"Jangan masuk campur urusan keluarga Shiba, budak mentah. Tengok ni Hakkai. Biar abang sulung kau yang selesaikan masalah kau. Ni yang dimaksudkan keluarga!!!" Taiju memukul kembali Takemichi tetapi lebih teruk dari yang sebentar tadi. Ahli Black Dragon dan yang lain hanya diam, melihat tanpa mengusik sedikit pon.
"Berhenti!!!" Jerit Hina yang sudah mula menitiskan air mata.
"Jangan, Hina!" Yuzuha dengan segera menghalang Hina daripada menghampiri Takemichi dan Taiju.
"Tapi... Yuzuha-chan..."
"Dia takkan kasihan walaupun dekat kau."
"Tapi, saya tak boleh berdiri dekat sini je! Takemichi-kun boleh mati!" Keadaan Takemichi ketika itu seolah-olah seperti nyawa-nyawa ikan.
"Taiju!! Berhenti!" Jerit Hakkai.
"Hah?"
"Tolong..." Hakkai menunjukkan kepalanya.
"Hakkaaii... Kalau kau minta sesuatu dengan orang, kau kena bagi sesuatu yang sesuai dengan apa yang kau minta." Hakkai hanya diam
"Tawarkan sesuatu yang boleh puaskan aku, Hakkai!!" Taiju menumbuk pipi Takemichi.
"Kalau tak... Macam ni lah dia mati." Taiju masih lagi memegang Takemichi.
"Aku akan keluar Toman." Taiju yang baru hendak melayangkan penumbuknya itu terhenti apabila mendengar kata-kata Hakkai.
"Aku akan masuk Black Dragon. Jadi, aku akan sokong kau. Sekarang, aku nak kau lepaskan Takemichi!" Taiju melepaskan Takemichi lalu tersenyum sinis.
"Ngh..."
"Takemichi-kun! Syukurlah awak dah sedar." Hina yang tadi menangis perlahan mengusap air matanya apabila Takemichi sudah sedar dari pengsan.
"Hina..." Takemichi berkata perlahan. Dia baru sedar yang Hakkai sedang menggengdongnya.
"Hakkai... Maaf. Kau keluar Toman semua ni sebab aku."
"Ni bukan salah kau. Aku sendiri yang nak keluar. Ouh aku nak cakap, terima kasih sebab dekat dengan Yuzuha. Aku rasa kau mesti tak sangka kan yang ketua Black Dragon tu abang aku?" Tanya Hakkai.
"Yeah..." Takemichi menjawab pendek.
"Aku ada sesuatu yang nak dibuat dalam Black Dragon nanti." Kata Hakkai. Dan, itu menyebabkan Takemichi terkedu.
Chapter 5 update!!!
YOU ARE READING
𝖘𝖕𝖆𝖈𝖊 - 𝕿𝖔𝖐𝖞𝖔 𝕽𝖊𝖛𝖊𝖓𝖌𝖊𝖗𝖘 (Discontinue)
Genç Kurgu(slow update) ⚠️ warning ⚠️ Spoiler chapter 77-??? Don't read if you don't want to be spoiled "Kau suka dia??!! Mitsuya? Kau suka dia ke Yuzuha?" - Hakkai "Mana ada... Lagipon aku anggap dia abang je. Sebab--" - Yuzuha Rated M (15+) unsur-unsur keke...