Bab 40

1.9K 67 9
                                    

Tariz Zayyan mengeluh panjang. Rabia beritahu,  Aida juga gagal pujuk Tiara. Isteri masih nak berkurung dalam bilik. Tak nak kemana-mana. Kadang-kadang masa makan pun, Tiara tak nak turun ke bawah. Turun makan bila dia  panggil saja. Masa makan asyik kuis-kuis makanan. Setakat dua tiga suap, lepas tu dah nak balik bilik. Bila dia tegur sikap Tiara di meja makan, Tiara buat tak tahu. Sakit jiwanya.

Dia melangkah masuk ke bilik Tiara. Bilik yang Tiara jadikan penjara. Tiara sedang tidur meringkuk di atas sofa. Diselit rambut di pipi Tiara ke belakang telinga. Terserlah kecantikan Tiara di matanya. Betapa dia rindu kemesraan isterinya ini. 

Dia bukan tak cuba dekati isterinya selepas pertengkaran mereka hari itu. Tapi Tiara terus bersikap dingin. Tiara hanya angguk dan geleng bila dia tanya. Susah benar nak dengar suara Tiara apa lagi nak lihat senyuman yang begitu dirindunya. Kemesraan dan kemanjaan Tiara lenyap sama sekali. Tiara jadi patung yang kaku dalam pelukannya.

Dia tahu kata-katanya hari itu menghiris perasaan Tiara. Kenapalah dia kata yang dia  tak boleh tinggalkan Freya untuk Tiara. Dia sepatutnya adil dengan kedua-dua isteri. Ah, tentu Tiara akan ingat kata-kata itu sampai bila-bila. Bodoh bodoh bodoh!

Dah tahu bodoh, nak buat apa sekarang? Bentak suara hati. Isteri awak ni terseksa kot.  Awak nak bunuh jiwa diakah? Nak dia masuk hospital sakit jiwa? Awak ingat tak, awak tak nafikan yang awak boleh tinggalkan dia untuk Freya? Brovo, pandaikan awak jaga hati isteri awak ni, yang awak kata awak cinta. You're such a bullshit, Mr Tariq Zayyan. Do you really love her? Answer that!

Ya Allah, apa dah aku buat? Tariq meraup wajah. Penyesalan tidak akan menyelesaikan masalah. Tidak dalam hal ini. Dia buntu. 

Wajah Tiara ditatap. Dalam tidur Tiara nampak tenang. Seperti tidak ada masalah di dunia nyata. Dia senyum tawar. Masalah Tiara ialah dia. Dia yang jadikan Tiara prisoner.

Tariq berdiri. Tidak boleh biarkan Tiara tidur atas sofa begini. Dia angkat Tiara bawa ke katil, Letak Tiara perlahan-lahan. Di tarik selimut hingga ke dada. Cium dahi isteri dan keluar menuju ke biliknya sendiri. 

Freya ukir senyuman khas buat suami. Suami buat tak tahu. Lihat dia pun tak. Muka suami bukan main tegang. Dahlah balik lambat, boleh pula tarik muka begitu. Tension ni sebab apa? Masalah di pejabat? Arhg tentu sekali bukan. Masalah suami dalam rumah ni. You know who.

Dia dekati suami. Malam ini, dia pakai baju tidur yang lebih seksi daripada semalam. Semalam suami reject dia. Tidur terus usai solat. Katanya penat. Malam ini, bagaimana agaknya?

"Honey, what's wrong? It's Tiara again, isn't it?" Freya duduk di sisi suami. Tangan merangkul mesra pinggang suami.

"I miss her. The real her. I want her to love me back just the way we are before you came. God I love her so much." Tariq Zayyan mengeluh lemah. Dah tak kesah jika kata-katanya menyinggung perasaan Freya.

Freya dah meletup-letup di dalam. Kata-kata suami menyakitkan. Setiap perkataan ibarat halilintar yang menggaris kelukaan di hati. Dia fikir, dia sudah berjaya apabila Tiara menjauhkan diri. Bila Tiara tidak lagi layan suaminya. Bila Tiara hanya menyepi diri di dalam bilik. Ternyata Tiara masih nombor satu di hati suami. Tiara berjaya mengambil alih tempatnya. Mula menyesal tinggalkan Tariq dulu. Jika dia tetap sabar, tentu cinta Tariq hanya miliknya.

Arggh apa harus dia buat sekarang. Dia tidak boleh biarkan Tiara tetap berada di hati suami. Tariq Zayyan mesti jadi milik dia saja.

"Honey, where are you going?" Freya menarik tangan suami.  Fikirnya suami nak dapatkan Tiara. 

"I need to talk to Elaina."

Tariq Zayyan keluar. Dia melangkah turun. Duduk di gazebo. Mengambil IPhone dan terus tekan nombor Elaina.

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now