🧸 26| Kebenaran

3.6K 391 12
                                    

Aara diam tak berkutik menunduk tidak mampu  membalas kerlingan tajam Anaqi di sebelah.

Ting!

Anaqi mengambil telefon pintarnya lalu menghulurkan kepada Izzan .

"Baca," arah Anaqi sepatah.

"Zafran suruh kita bawa Aara pergi Syarikat ZZ Holding," balas Izzan selepas membaca pesanan dari Zafran. Anaqi terus menukar arah jalan dengan membelok ke kiri.

"Syarikat daddy?" tanya Aara mula hairan memandang Izzan.

Izzan menjatuhkan kepala mengiakan pertanyaan gadis itu.

"Nak buat apa? Malaslah baik ajak saya pergi butik mummy tu," rungut Aara terus berpaling ke tingkap.

"Nanti habis spm kau uruslah butik mummy kau. Sekarang kita gerak Syarikat ZZ Holding dulu," putus dari Anaqi.

"Dah diam. Berhenti merungut," tegur Anaqi apabila perasan mulut Aara bergerak berkata sesuatu tetapi tidak mengeluarkan suara.

Aara terdiam mendengar teguran Anaqi. Dia kembali bersuara apabila melihat stesen minyak.

"Awak berhenti kat situ sekejap boleh?" pinta Aara sedikit manja.

"Nak buat apa?" sampuk Izzan sambil mengerut wajah.

"Nak beli air. Hauslah." Aara mencebik perlahan.

"Kau nak minum minyak kereta ke?" tanya Izzan selamba kerana masih tak faham.

Aara tercengang mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut Izzan.

"Dalam tu kan ada jual air minuman dengan makanan manusia. Awak ni bodoh ke bengap?" marah Aara terus keluar malas nak layan kebodohan Izzan.

Tergelak kecil Airil dan Anaqi mendengar kata-kata yang dilepaskan oleh Aara kepada Izzan .







Aara bernyanyi kecil mengikuti lagu yang dimainkan di radio kereta Anaqi.

Ikutkan nak beli minuman sahaja tetapi nampak makanan pula itu yang terbeli sekali, perempuan mana yang tak gembira kan ?

"Sebentarku pulang. Cari rezeki sebentar untuk aku bawa pulang."

"Untuk keluarga kusayang sanggup. Biar kutak makan."

"Janji terasa senang walaupun banyak yang kurang."

"Asalku rasa tenang."

Badan Aara juga bergerak mengikut rentak lagu Pulang daripada K-Clique. Jari telunjuk dan ibu jari dicantum dan digerakkan bagi menghasilkan bunyi petikan jari.

"Lima tahun lalu. Sekumpulan niat nak cipta lagu."

"Bersama hadap jalan berliku. Hingga waktu bertukar waktu." Tapak tangan digerakkan ke atas dan ke bawah seperti berombak.

"Tak pernah tangguh. Selagi mampu. Aku tuju yang kumahu." Jari terlunjuk ditunjuk ke Anaqi yang sedang fokus memandu.

"Sebentarku pulang. Cari rezeki sebentar untuk aku bawa pulang." Suara Aara dikuatkan sedikit.

Izzan dan Airil sudah terkesima melihat gelagat Aara sebagai adik kepada sahabatnya yang tidak semenggah ini.

Izzan yang mula dengki terus mengalihkan siaran radio lain. Terkemuka - Sandra Dianne&Zizi Kirana

Hingga bertatah intan menjadi terkemuka~

"Pergi cari kapur putih conteng di papan hitam."

"Cipta ekuasi sendiri daripada perlu pinjam. Ingin jadi virtuoso."

"Ganda usaha kerja. Ganjaran kemudiannya datang menyusul pula."

ɢᴀᴅɪꜱ ᴘᴜᴊᴀᴀɴ ʜᴇᴀᴅᴘʀᴇꜰᴇᴄᴛ | ᴄTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang