Tiara lihat sekeliling sambil memeluk Mr Knock Out. Dia harus rela melepaskan cintanya. Sekali lagi dia mesti berkorban. Dia kena berundur. Teringat kata Freya, if you want him to be happy, just leave us. In time he will forget you.
Cik Hati dilambung ombak kesayuan. Iya, Tariq Zayyan akan bahagia dengan Freya dan lupakan dirinya. Tiga buah hati tidak boleh hidup dalam kelukaan. Setidak-tidaknya dia tidak boleh. Dia tidak mampu untuk terima. Dia cuba untuk dewasakan diri untuk terima tapi dia tidak berdaya. Freya juga tidak boleh terima. Antara dia dengan Freya, Freya lebih berhak. Dia cuma penyemak yang ganggu dua buah hati yang ingin hidup bahagia.
"Selamat tinggal Mr Knock Out." Tiara letak Mr Knock Out di atas katil. Di sisi Mr Knock Out dia letak sampul surat untuk suaminya. Setiap perkataan yang ditulis masih terpahat dalam ingatan.
Abang, saya perlu ruang untuk berjauhan daripada abang. Jiwa saya semakin lemah. Hati saya semakin sakit. Saya tak cukup kuat untuk ikhlas terima kebahagiaan abang dengan Freya.
Tolong maafkan prisoner abang ini.
Ps – tolong jangan marah Rabia. Saya yang suruh dia balik Sabah jumpa ibunya yang koma di hospital. Saya tidak mahu dia menyesal jika apa-apa perkara buruk berlaku pada ibunya. Rabia call abang tapi abang tak jawab. Oh ya, happy aniversary. Saya doa abang bahagia dengan Freya.
Mungkin suami masih terbuai dalam dakapan Freya. Dia, Tiara Shenaaz tidak mungkin lagi berhak dapat dakapan suami yang begitu didamparkan.
Cik Hati menangis lagi. Cik Jantung turut menangis. Degupan jadi lemah. Agaknya tangisan ini tidak akan berhenti. Ya Allah...
Dahlah, Tiara. Kita kena segera pergi. Ujar Cik Akal. Tidak boleh ambil risiko Rafid tiba tiba muncul lebih awal daripada jangkaan. Rafid dalam perjalanan pulang dari JB. Dia kesana sehari sebelum Rabia dapat berita ibunya koma. Rafid ke JB sebab rumah orang tuanya terbakar. Azka pula dah ambil cuti tiga hari untuk majlis perkahwinan anak perempuannya di Terengganu.
Perlahan-lahan Tiara menuruni anak tangga. Dia cuma galas sebuah beg kecil. Pembantu rumah tidak kelihatan. Awal-awal pagi begini, mereka sibuk dengan tugas harian mereka di dapur. Setelah berjaya keluar dari vila, dia terus bergegas mendapatkan teksi.
Dia ke TBS. Tunggu Aida. Sebelum Rabia bertolak semalam, dia sempat pinjam telefon Rabia. Dia telefon Aida dari bilik air. Nasib baiklah Rabia tak syak apa-apa. Mungkin juga sebab Rabia terlalu fikirkan keadaan ibunya. Tiara minta Aida tunggu dia di 7-Elevan dan bawakan bajunya yang masih ada di apartmen Aida.
"Ok, kau nak ke mana?" tanya Aida sebaik saja jumpa Tiara.
"Kau tak perlu tahu. Aku tak nak letakkan kau dalam keadaan serba salah bila suami aku tanya kau."
Dia tahu perangai suami. Akan buat apa saja asalkan dapatkan apa yang dia nak.
"Tiara jangan begini. Aku janji aku tak kan beritahu sesiapa."
Aida semakin risau. Sejak semalam dia tidak boleh tidur fikirkan kawannya ini.
"Aida, aku sendiri tak tahu. Aku berserah kepada Allah. Yang penting aku perlu jauhkan diri daripada suami aku."
"Apa kata, kau pi kampung aku. Kalau mak aku tahu keadaan kau, tentu dia desak aku bawa kau balik rumah dia. Kau boleh tinggal kat sana. Mak aku for sure akan jaga kau. Siap dengan kapak di sebelah. Kau tau sajalah ibu tunggal. Garang dia lebih sikit."
Aida kernyeh. Mak dia memang garang tapi penyayang dan penyabar. Sudah lima belas tahun bapa dia meninggal dunia. Mak dialah yang bertungkus lumus jaga dia dan dua orang adik lelakinya.
"Aku tak nak susah mak kau. Ini masalah aku. Kau dah tolong aku ni pun, dah cukup rahmat. Terima kasih yer sayang."
Syukur kepada Allah berikan dia seorang kawan yang baik. Semoga Allah bahagiakan kawan-kawan yang baik di luar sana sama seperti Aida.
(You guys can be a good friend to someone. Pray that he or she will also be good to you. Oops thinking out of the box. Back to my story.)
"Susah apa pula? Keluarga aku semua sayang kau. Terutama mak aku. Betulkah, kau tak nak mak aku tolong?"
"Betul. Kau jangan risau. Aku dah biasa hidup sorang diri dulu, di luar negara lagi. Aku tahu jaga diri aku sendiri."
"Masa tu kau tak ada suami. Kau tahu kan suami kau macam mana? Ego dia tu lebih besar daripada kepala gorila. Aku risaulah."
Bagaimana kalau Tariq tu berjaya jejaki Tiara? Mahunya di rantai Tiara dalam penjara bawah tanah. Tak ada sesiapa pun tahu. Tapi, tak kan Tariq Zayyan akan buat begitu? Tariq Zayyan tak sekejam tu, kan? Serius?
"Aida, aku janji aku akan jaga diri aku sebaik mungkin. Sebenarnya, aku nak minta tolong satu lagi, boleh? Aku err... aku nak pinjam duit sedikit. Aku tak nak ambil duit suami aku. Bila aku dah kerja, aku bayar balik duit kau, ok?"
Kasihannya. Inilah pertama kali, Tiara minta pinjam wang daripadanya. Aida ambil dompet dari beg galas. Nasib baik dia baru dapat gaji kemarin. Dalam dompet cuma ada wang bulanan untuk mak. Dia keluar semua dan beri kepada Tiara. Di dalam akaun banknya, masih ada wang baki untuk perbelanjaan hariannya. Wang tu boleh dia ganti untuk mak. Alamat, bulan ni kena kurangkan perbelanjaan. Tak apalah. Demi Tiara, dia sanggup tak makan. Minum air saja.
"Nah ambil ni. Tak payah fikir nak bayar balik. Aku ikhlas. Tapi, kau kena janji, kalau kau susah, kau call aku. Bila-bila masa pun, call saja."
Psst, nak call macam mana, Cik Aida. Kawan awak ni mana ada phone? Betul juga. Aida keluarkan telefon pintar dari beg dan beri kepada Tiara.
"Kau ambil phone aku. Senang kau nak call. Aku boleh beli lain."
"Terima kasih Aida. Tapi, aku tak nak phone kau. Aku dah biasa hidup tanpa phone. Aku ambil duit yer. Separuh saja sebab duit ni banyak sangat. Nanti aku bayar balik." Ujar Tiara sayu.
"Jangan mengada-ada. Ambil semua. Duit tu tak payah bayar balik!" Tegas Aida.
Tiara serba salah. Dia tahu Aida banyak komitmen. Nak bayar sewa apartmen, bayar kereta dan duit bulanan mak dia lagi. Itu tak termasuk belanja harian. Wajarkah dia ambil? Ya Allah...
"Buat muka tengok katak terbang tu, mesti dok fikir nak ambil duit aku kah tak? Jangan nak fikir banyak. Ambil!"
"Iyalah. Tapi serius aku tak nak phone kau. Aku tahulah nanti macam mana nak call kau. Tolonglah Aida ambil balik."
"Iyalah." Aida melurut-lurut lengan kawannya. "Kasihan kat kau."
Emm kasihan kita. Mengaku Cik Hati. Cik Akal dah pusing urat. Suruh tuan tanah berhenti kasihani diri sendiri. Keputusan dah di buat. Mesti tetapkan pendirian. Suami mungkin perlu kita, tapi dia tidak cinta kita. Dia cinta Freya. Jadi, kita ambil langkah keluar saja. Biar suami bahagia.
"Aku nak move on. Kau doa aku yer."
"Aku sentiasa doa kat kau. Lebih-lebih lagi setelah kau jadi isteri Tariq Zayyan. Doa aku tak putus. Berlambak-lambak."
Tariq Zayyan... Ya Allah, belum melangkah, dia dah rindu suami. Peritnya kesakitan yang meniti dalam hati ini.
"Aku doakan dia bahagia..."
Ikhlas bicara Cik Hati. Suami berhak bahagia walaupun suami sering menyakiti hatinya.
"Dan aku doakan kau bahagia." Sambung Aida.
Aida memeluk Tiara erat. Masih mengharap Tiara akan berlindung di kampungnya. Dah dapat bayangkan emaknya jadi bodyguard Tiara. Tapi itulah, Tiara ini sejak dia kenal tidak suka menyusahkan sesiapa. Susah senang tanggung sendiri. Masalahnya, lebih banyak susah daripada senang. Ah dia kena reda. Ini langkah pertama Tiara bebas daripada penjara Tariq Zayyan.
"Aida, terima kasih banyak-banyak yer. Aku minta maaf sangat-sangat susahkan kau."
"Tak susah mana pun. Janji kontek aku, ok?"
"Aku janji. Aku pergi dulu."
Tiara tarik beg pakaiannya dan berjalan tanpa menoleh lagi. Dia mesti terus melangkah walaupun tidak tahu ke mana arah tujuan.
Ok yang masih sudi baca, terima kasih yer. Saya dah bawa Tiara keluar. Arah tuju ha ha ha saya pun masih fikir. Thanks guys. Stay safe.
YOU ARE READING
Prisoner of Tariq Zayyan
Romance"Saya tak salah." Ujar Tiara lemah. Kenyataannya, dia sedar dia tidak boleh mengubah apa yang telah terjadi. Dia tidak boleh ubah apa-apa. Hah, masih berani nak terus pertahankan diri! "I don't give a damn. For me you're guilty as hell!" Bentak Tari...