Bab 48

1.9K 66 4
                                    

Dibuka daun pintu perlahan-lahan. Tetap sama. Tidak ada yang berubah. Dia berjalan ke katil. Kedudukan Mr Knock Out masih sama seperti yang ditinggal isteri. Dia larang pembantu rumah ubah apa-apa dalam bilik ini. Dia baring di sebelah Mr Knock Out.

"Mr Knock Out, where is she?"

Abang.

"Ah, Mr Knock Out I can hear her voice in my mind. I can still remember her sad face. My God, a day without her is like nights without moon."

Abang...

"Sayang, saya rindu sayang. Terlalu rindu."

Abang...

"Sayang di mana? Semoga Allah lindungi sayang."

Abang...

"Sayang, I love you so much."

Betul abang cinta saya?

"Iya."

Hilang. Bayangan dan suara Tiara hilang seperti mentari senja yang ditelan malam. Dia pejam. Gelap. Sepi. Rindu. Terlalu rindu. Keresahan meniti. Mungkinkah diri sudah kehilangan cinta isteri tersayang?

iPhone tiba-tiba berdering. Rabia? Kenapa ni? Freya call Rabia ke?

"Tuan Tariq, maaf saya call Tuan Tariq masa ni."

"Kenapa Rabia?"

"Tuan, boleh saya ambil cuti esok dan lusa? Kalau tak boleh dua hari, esok pun jadilah. Boleh tak?" Suara Rabia kedengaran gementar. Tak pernah dia buat kerja minta cuti begini.

Tariq diam. Tengah fikir. Freya kata esok dia nak ke spa. Ok, dia boleh suruh Rafiq hantar Freya tapi lusa dia nak...

"Rabia nak makan tak?" Kedengaran suara seorang perempuan di belakang.

Tiara? Terduduk Tariq Zayyan. Tergamam. Suara Tiara?

"Rabia, tu suara Tiara?" 

Rabia dah gabra. Spontan dia nafikan.

"Eh, taklah! Itu suara Aida. Sebenarnya saya ikut Aida balik kampung dia. Aida kata dia nak panjangkan cuti dia. Itulah saya ingat nak ambil cuti tapi, err... tak apalah saya balik esok."

Kenapalah puan nak panggil makan masa ni? Harap-harap bos percaya itu suara Aida. Tapi, masakan suami tak kenal suara isteri, kan? Kacau ni.

"Aaa.... tak apa. Rabia cuti saja dua hari. Saya boleh bawa Freya." 

"Terima kasih Tuan Tariq. Assalamualaikum."

Alhamdulillah. Rabia tersengih. Talian dimatikan setelah mendengar balasan salam bos.

Tariq Zayyan baring semula. Percaya dengan tidak saja jawapan yang Rabia beri.

"Mr Knock Out, I swear it's her or is it because I want to believed it's her."

Tariq Zayyan letak lengan atas dahi. Pejam. Wajah Tiara muncul. Senyum kepadanya. Wajah Tiara tidak pucat lagi. Wajah Tiara cantik dengan senyuman.

Tariq Zayyan bangun. "Mr Knock Out, It's her. I know it's her!"

Dia senyum. Terima kasih Ya Allah. Merasa kelegaan yang teramat sangat. Rabia dengan Tiara. Bermakna Rabia tahu di mana Tiara berada.

Issh tak sabar nak tunggu Rabia balik. Emm malam ni dia tidur di sini saja. Mimpi Tiara.

Dua hari dah berlalu bermakna hari ini Rabia mula berkerja. Pertama kali Tariq rasa tak sabar-sabar nak tengok muka Rabia. Yap, tengok muka kerana daripada riak muka, dia boleh tahu Rabia bohong atau tidak.

Rabia balik bertugas dengan ceria. Cuti yang paling bermakna baginya. Puan Tiara dah letak dirinya sama level dengan Aida. Level kawan baik yang teramat baik. Penerimaan Mak Ita dan Pak Uda pun begitu mesra hinggakan tidak ada panggilan makcik mahupun pakcik tetapi Mak Ita dan Pak Uda. Dia dah masuk dalam keluarga kecil Mai Ita. 

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now