Bab 30

151 15 0
                                    

Kamelia menarik nafas dengan dalam sambil menikmati pemandangan laut yang cantik dari balkoni.

"Cantik kan pemandangan?"

"Cantik sangat..."jawab Kamelia lalu memandang kearah Daniel.

"Saya nak bawa sayang ke Jeju macam first honeymoon kita. Tapi sekarang ni tidak boleh sebab pregnant. So, I can only bawa sayang ke sini."beritahu Daniel dengan senyuman manis.

"Thanks sebab bawa saya ke sini. Saya bersyukur sangat..."

"You're welcome sayang...Saya dah janji perlu habiskan banyak masa bersama sayang."Daniel memeluk Kamelia dari belakang sambil bersama-sama menikmati pemandangan laut yang cantik.

"Awak..."

"Hmm?"

"Janji dengan saya ya..."

Kedengaran Daniel mengeluh sedikit.

"Fine...Saya janji akan tidak putus asa dan jaga anak-anak kita sebaik yang mungkin. Tapi, janganlah cakap macam ni...Saya tidak suka..."

"I know you don't like it but we maybe have no choice, right?"

"I know..."

Mereka berdua turun ke pantai dan menghabiskan masa bersama di pantai sehingga menjelang hampir waktu maghrib.

"Jom kita mandi lepastu solat dulu."ajak Daniel.

"Ok!"mereka berdua berpegangan tangan menuju ke suite mereka semula.

Selesai sahaja menunaikan solat bersama-sama, mereka berdua keluar semula untuk makan malam.

"How's the food?"

"It's nice..."jawab Kamelia lalu menjamah lagi spagetti cabonara tersebut.

Mereka berdua saling bertukar makanan dan menikmati makan malam tersebut dengan gembira.

Habis sahaja makan malam, mereka terus pulang ke bilik kerana Kamelia sudah tidak larat untuk berjalan-jalan lagi.

Kamelia berbaring diatas katil sambil cuba untuk urut betisnya.

"Mari saya urut..."Daniel segera meletakkan kaki isterinya diatas riba lalu mengurutnya perlahan.

Kamelia hanya melihat suaminya yang tekun mengurut kakinya yang lenguh. Maklumlah, semenjak mengandung kakinya sering lenguh ditambah lagi dengan keadaannya yang mengandungkan anak kembar.

"Feel better?"

"A little bit. Thanks..."

Namun dalam fikirannya tidak habis berfikir, adakah dia akan terus bersama dengan lelaki ini? Bagaimana jika sesuatu yang buruk akan betul-betul berlaku?

"Sayang...Fikir apa tu?"

"Err...Tiada apa-apa...Just teringat something..."

"Jomlah kita tidur...Saya ngantuk..."Daniel segera berbaring disebelah Kamelia dan memeluk isterinya dengan erat.

"Good night..."

"Good night too, baby..."Daniel mengucup dahi isterinya sebelum dia menutup mata.

~~~~~
Haih...Sedih pula tengok mereka ni...😭😭😭

Takdir Cinta✔️Where stories live. Discover now