Bab 3

10.4K 361 1
                                    

Hari pertama dia melangkah ke dalam bangunan The Canopus sebagai seorang kakitangan syarikat yang gah berdiri di tengah-tengah ibu kota.

Setibanya di tingkat 12, dia menuju ke tempat Puan Wani,ketua bahagian sumber manusia untuk melaporkan diri.

"Assalamualaikum,saya Mia Leandra Mikael"

"Waalaikumsalam,Mia tak perlu lapor diri dekat Kak Wani.Bos minta akak bawa kamu jumpa dia.Jom ikut akak."

'Seriusla aku takut la,dah kenapa bos nak jumpa aku. Baru masuk kerja takkan dah kena pecat' kata Mia dalam hati.

Menaiki lift ke tingkat 15 membuatkan hatinya makin berdebar.
"Err bos kita ni garang tak kak?" soal Mia dengan nada risau.

"Akak harap kamu dapat tahan dan kuatkan hati" balas Kak Wani.

'Matilah aku.Kalau dia tanya banyak soalan macam mana. Tak pasal pasal aku jadi bisu terus'

Ting!

Keluar saja dari lift Kak Wani memberikan isyarat 'hwaiting'.
Lalu pintu lift ditutup.

"Eh kak takkan saya sorang sorang" tidak sempat berkata apa-apa pintu lift ditutup rapat.

Mia cuba untuk bertenang dengan bernafas dengan tenang.
'Hwaiting!'
Dia berjalan menuju ke pejabat bos barunya,lalu disapa oleh setiausahanya.

"Cik Mia Leandra Mikael ke? Bos dah tunggu dekat dalam."

Mia hanya mengangguk dan memberikan senyuman kepada wanita 30-an itu. Tag namanya tertulis Emili.

Pintu pejabat bosnya diketuk lalu disahut dari dalam.
"Come in"

Mia masuk ke bilik itu.
Wajah bos barunya tidak kelihatan kerana kerusi yang didudukinya beralih kearah tingkap.

"Saya Mia Leandra Mikael ingin melaporkan diri dan bersedia untuk..." kata-katanya terhenti setelah kerusi milik bos barunya itu berpusing dan menghadap kearahnya.

Matanya bulat membesar menunjukkan reaksi terkejut dengan bos barunya itu.

"Hai Miss Mia Leandra. Welcome to The Canopus. I'm Zyaire Lorenzo ."
Sapa Zyaire yang merangkap bos atau CEO of The Canopus.

Mia bagaikan terkena sumpahan Elsa dan hanya membeku tanpa kelipan mata.

"Ehem." Zyaire berdehem bagi memecahkan sumpahan Elsa yang terkena pada Mia pada masa itu.

Dia mula sedar dari kejutan yang diterimanya tadi,
"Sorry, errr saya Mia Leandra Mikael ingin melaporkan diri dan bersedia untuk melakukan tugas-tugas saya mulai hari ni."

Matanya hanya melihat tingkah laku gadis manis dihadapannya lalu Zyaire bangun dan mula mendekati Mia.
Dia duduk diatas meja kerja sambil menyilangkan tangannya.
Matanya masih tidak beralih dari melihat gadis itu.

"Eerr boleh saya pergi?" soal Mia dengan nada gementar.
'Aduh kenapa aku takut dengan dia ni'

"Just relax Mia,I didn't eat human"

"Encik Zyaire , saya minta maaf pasal hari tu. Saya cakap kasar dengan encik sebelum tu. Saya betul-betul minta maaf."

"It's okay, i told you to call me Zyaire,right?"

"Mana boleh, Encik Zyaire bos saya CEO pulak tu. Taknak saya"
balas Mia sopan kerana dia janggal dengan situasi tersebut.

"It's up to you, but soon you will call me that"
kata Zyaire dengan senyuman terukir diwajahnya.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now