Bab 50

2.3K 77 4
                                    

Awal-awal pagi, Rabia sudah di summons ke pejabat bos. Sejak jumpa Mak Ita hari tu, perangai bos sukar dijangka. Kadang-kadang terlebih ceria. Kadang-kadang termenung memanjang. Kadang-kadang tension giler hinggakan Mem Freya pun merungut. Harap-harap kali ni mood bos baik.

"Rabia, hujung minggu ni awak ke sana kan?"

Rabia angguk. Faham benar dengan maksud ke sana.

"Awak duduk sana seminggu straight. Tak payah ambil cuti."

Wow, semakin bagus kerja ni! Dia memang suka jumpa puan. Tapi, itulah selepas balik kena ke jim. Lemak timbul sana sini.

"Tuan Tariq nak saya hantar gambar macam selalu?"

"Yes. Kalau awak boleh rakam, lagi baik." 

Tariq senyum. Semalam Tiara muncul dalam mimpi. Kali ini Tiara leka bermain salji. Dia perhati dari jauh. Tiara mendongak dan senyum melihatnya. Ah, betapa dia rindu senyuman itu. Tiara mendekatinya. Rangkul pinggangnya. Mereka berdansa di bawah salji yang turun perlahan. Cahaya lampu mengiringi setiap pergerakkan mereka. Bahagia. Dia rindu isterinya. Teramat rindu. Ya Allah...

"Baik tuan." 

"Rabia, make sure she gets everything that she wants. Just get it, I'll pay."

"Hari tu puan kata dia idam nak makan French macaron."

"No problem. Nanti saya suruh chef kat club buatkan special untuk dia."

"Minggu ni tuan tak intai puan?"

Senyuman setengah inci datang bersama ayat. Bayangkan Tariq Zayyan intai isteri sendiri. Tentu sekali dia yang memainkan peranan penting. Dia akan pastikan puan berada di tempat yang boleh Tuan Tariq sekodeng. Kadang-kadang tu dia ajak puan bersiar-siar di Taman Tema Darul Aman ataupun terus ke Ipoh. Bukan main bos jamu mata melihat isteri yang dah boyot.

"Tak. Saya nak ke Denmark. Kemudian ke Sweden dengan Freya. Tapi kami ke sana tak lama pun." 

Nada menurun seperti hati yang tidak lagi ceria. Freya nak honeymoon. Ish, hari-hari jumpa, nak honeymoon buat apa? Sebenarnya dia tahu Freya dah bosan. Dah mula rindu kehidupan bebasnya di Sweden. Selalu merengek nak ajak kawan-kawannya datang bercuti ke sini. Ah, no way dia akan benarkan! Dia arif sangat dengan perangai buruk kawan-kawan Freya. Vila ini bukan tempat maksiat mereka.

"Kalau begitu, saya akan beritahu Ustazah Halimah, dia tak perlu datang. Ok, tuan?"

"Ok." Tariq kembali menatap skrin iPhone. Scroll gambar Tiara. Hai makin berisi isteri kesayangan ini. Tapi, tetap cantik. Rambut Tiara dah panjang. Ingin sekali dia melurut rambut isteri. Selit belakang telinga. Sentuh dahi. Sentuh pipi. Sentuh bibir. Rangkul dalam dakapan. Mesra...

Abang, berhenti bayangan tu! Tak baik untuk jiwa abang.

Arggg suara Tiara lagi. Selalu sangat suara Tiara punah bayangannya.

Eh, kenapa Rabia masih berada di sini. Bukan dah keluarkah tadi?

Rafia menarik nafas dalam-dalam. Nak beritahu ke tak? Mind you own business, Rabia! Awak tu pekerja saja? Tapi ini permintaan ustazah.

So?

Saya dah janji dengan ustazah.

So?

Janji kena ditepati.

So, buat apa janji?

"Rabia, awak ada masalah? Nampak macam awak cakap dengan diri sendiri saja?"

Rabia ni sembunyi sesuatu tentang Tiara daripadanyakah? 

Prisoner of Tariq ZayyanWhere stories live. Discover now