Bab 5

9.2K 353 4
                                    

Tok!Tok!Tok!

Hayden yang sedang menyaksikan perlawanan bola segera bangun untuk membuka pintu setelah mendengar bunyi ketukan.

"Ya ada apa?" soal Hayden kepada lelaki yang bertopi hitam.

Tiba-tiba lelaki itu menghalakan satu botol yang menyebur keluar cecair pemedih mata.

"Arghhh! Kau siapa hah?!" tengking Hayden sambil menyentuh matanya.

"Kau tak perlu tahu aku siapa." jawab lelaki yang berjalan mendekatinya.

"Kalau kau tak nak emak dan adik kau di kampung merana, baik kau jauhkan diri dengan Mia. Kalau tak, siap sedia untuk menangis tepi jenazah mak dan adik kau."
sambung lelaki itu lagi.

"Apa masalah kau hah?! Aku tak pernah tahu kau siapa dan kenapa kau nak ganggu keluarga aku?!" tengking Hayden yang masih dalam kesakitan.

"Masalah aku adalah Mia, kau jangan sesekali rapat lagi dengan Mia. Kau faham tak?" balas lelaki itu sambil duduk mencangkung dan meletakkan mulut pistol di kepala Hayden.

"Aku janji aku takkan rapat dan aku takkan muncul dalam hidup Mia lagi.Aku janji." rayu Hayden dengan peluh mengalir di dahinya.

Matanya masih tidak dapat dibuka kerana cecair pemedih mata itu terlalu kuat.

"Jangan kau buka mulut pasal hal ni. Kalau aku dapat tau, peluru ni tembus kepala kau." ugut lelaki itu.

"Capo, dobbiamo andare adesso. Alex dice che c'è un problema con le armi appena esportate."

(Bos,kita kena gerak sekarang.Alex bagitahu ada masalah dengan weapons yang baru dieksport)
Maklum lelaki bertopi kepada bosnya

Lelaki itu berdiri dan memperkemaskan pakaiannya dan berjalan menuju ke kereta.

Setelah menyedari dua orang lelaki itu beredar, Hayden berjalan dengan berhati-hati ke dapur untuk mencuci matanya.

Matanya dibuka perlahan, lalu fikirannya mula memproses kejadian yang berlaku sebentar tadi.

Dia hanya akur dengan perintah lelaki itu dan akan menjauhkan diri daripada Mia bagi menjamin keselamatan emak dan adiknya di kampung.

🖤🖤

Hari ini Mia,Tina dan Hayden berjanji untuk keluar dating. Memandangkan hari ini ialah hari lahir Tina, mereka ambil keputusan untuk berseronok dan menghabiskan masa dengan membeli-belah dan tengok wayang.

"Mana si Hayden ni, dah setengah jam tunggu batang hidung pun tak nampak. Takkan cancel kot." adu Tina yang daripada tadi kesana kemari menunggu Hayden.

"Aku dah call tapi tak angkat. Aku rasa dia balik kampung la. Mungkin emak dia sakit.Kita husnuzon je la"
kata Mia.

"Dah aku malas nak tunggu,jom pergi shopping sekarang tengah ada sales."
ajak Tina lalu tangan Mia dia tarik.

Hampir sejam Tina memilih baju dan Mia hanya menunggu sahabatnya itu. Sudah masak dengan perangai Tina.

"Aku pergi tandas sekejap kalau ada apa-apa call." maklum Mia keluar dari kedai pakaian itu.

Dalam perjalanan ke tandas, Mia terhidu bau yang menyelerakan.
Jagung mentega kegemarannya.
Segera diubah destinasinya.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now