01

728 62 22
                                    

Awal pagi lagi Iwaizumi sudah menyampah dengan kawan sampahnya itu, siapa lagi kalau bukan Oikawa Tooru. Belum sempat melangkah masuk ke dalam sekolah, peminatnya sudah datang dan ber'fangirling'.

Ditambahkan lagi dengan event istimewa hari ini. Ya, hari Valentine, dimana semua perempuan akan memberi coklat kepada lelaki yang disukai. Tidak. Iwaizumi tidak cemburu dengan populariti Oikawa. Ya, dia nafikan.

"Aku jalan dulu, shittykawa" kata Iwaizumi, meninggalkan Oikawa yang masih dikerumuni peminatnya.

"Ah! Iwa-chan tunggu!"

Iwaizumi hanya berdecit, mengendahkan panggilan kawannya itu. Dan seperti yang dia jangkakan, setiap langkah yang dia ambil, akan adanya perempuan a.k.a peminat Oikawa datang dan menyuruhnya mengirim coklat kepada Oikawa. Dan boy, itu membuatkan Iwaizumi geram. Ingat aku posmen ke sia?

"Iwaizumi-san!" Suara lembut itu menyapa telinga Iwaizumi. Kelihatan seorang perempuan datang mendekatinya dengan membawa sekotak coklat. Ah, sorang lagi, bisik hatinya.

"Maaf ganggu err emm.. ni saya-"

Tanpa berbasa-basi Iwaizumi terus memotongnya. "Untuk Oikawa kan?" katanya sambil mengambil coklat ditangan perempuan itu.

"Eh takk.." Perempuan itu mula melarikan pandangannya dari Iwaizumi. "ni untuk awak"

"Okay-" Iwaizumi terhenti, cuba memproses akan apa yang baru dikatakan oleh perempuan itu. "Eh- untuk siapa?"

Perempuan itu sudah tersenyum, pipinya juga sudah kemerahan kerana malu. "Untuk awak" katanya sambil tertawa kecil. Setelah itu, dia pergi melarikan diri.

Iwaizumi dibiarkan tercengang.

U-untuk aku..?

TBC 💖

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC 💖

decided to publish story ni sebab dah lama terbiar kat draf HAHAH hope you enjoyy!

𝐌𝐘 𝐋𝐈𝐓𝐓𝐋𝐄 𝐅𝐀𝐍 | ɪᴡᴀɪᴢᴜᴍɪ ʜᴀᴊɪᴍᴇ x ʀᴇᴀᴅᴇʀ Where stories live. Discover now