🧸 36| Sisi Iqi

3.8K 437 17
                                    

Keesokan harinya, Aara pergi ke sekolah seperti biasa. Dia melangkah masuk ke kelas.

"Aara."

Dia memandang Dirah dan dua rakannya itu hairan kerana Dirah memanggilnya lembut je kali ini tidak seperti selalu. Kena sampuk dengan jin mana ni?

"Aku dengan kawan-kawan aku nak minta maaf dari awal kita kenal hinggalah aku tolak kau semalam." Aara mengerut kening pelik semacam je minah ni.

"Kau ada terhantuk dekat dinding mana-mana ke semalam? Sebab tu perangai kau mereng sebelah?"

Pap!

"Aduh!" Aara mengusap lengannya yang ditampar Dirah.

"Aku tahu aku banyak salah kat kau tapi sekarang aku dah tak nak bermusuh dah dengan kau." Aara terdiam mendengar kata-kata Dirah.

"Terima kasih," ucap Dirah tiba-tiba.

"Terima kasih sebab kau sedarkan aku, aku jujur yang aku cemburu tengok kau dengan tunang aku," kata Dirah sambil menahan malu.

Aara membuntangkan mata tidak percaya.

"Izzat aku sayang dia sebagai abang je, mungkin aku sakit hati bila kau macam nak jauhkan aku dengan dia." Tersenyum kelat diukir pada bibir Dirah.

"Woi!"

Terangkat bahu Aara dan Dirah. Begitu juga dengan rakan-rakannya Dirah.

"Kau buat apa kat sini?!" marah El kepada Dirah dan rakan-rakannya itu.

"Aku dah cakap kan jang--" Kata-kata El terhenti kerana Aara menekup mulutnya.

"Dia orang datang sini nak minta maaf bukan nak ajak gaduh. Kau ada nampak ke macam dia nak buka gelanggang WWE kat sini? Ada?" tanya Aara mendatar.

Kepala El menggeleng perlahan lalu tersengih malu.

"Sowy hakak-hakak diva," ucap El selamba.

Dirah dan rakan-rakanya hanya menggulingkan mata. Menyampah dengan gelaran itu walaupun itulah kenyataannya.

"Duduk tempat masing-masing, peperiksaan bahasa Inggeris kertas 1 akan dimulakan sebentar lagi."

Dirah dan dua rakannya kembali ke tempat duduk mereka.

"Goodluck bebeh." Aara mempamerkan wajah meluat. Entah kenapa rasa macam nak tampar je mulut El apabila dia menyebut perkataan itu.

Cikgu Maira meletakkan kertas soalan di setiap meja pelajar.

"Pelajar boleh menjawab sekarang."




Kring!

"Letakkan pen semua, masa menjawab sudah tamat." Cikgu Maira mula mengutip kertas soalan.

"Awak semua boleh rehat." Aara dan rakan sekelas yang lain mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Maira sebelum keluar kelas untuk rehat.

"Eh Hairul?" Terkejut Aara apabila perasan susuk tubuh Hairul sedang bersandar di dinding luar kelas 5 Akaun.

"Ha keluar pun kau. Izzat tunggu kau dekat library," beritahu Hairul sambil kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Kenapa pula?" Semalam tak ada pula nak cakap apa-apa hm.

"Pergi jelah mana aku tahu," jawab Hairul mendatar.

"Okay. Err... nak tanya ni. Mana kawan kau dua orang tu?"

"Iqram dan Fakhrul biasalah hisap rokok belakang blok, asal tanya pasal dia orang? Berkenan?" Hairul mula serkap jarang terhadap gadis itu.

Mata Aara membuntang mendengar ujaran Hairul.

ɢᴀᴅɪꜱ ᴘᴜᴊᴀᴀɴ ʜᴇᴀᴅᴘʀᴇꜰᴇᴄᴛ | ᴄTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang