Bab 6

3.6K 224 121
                                    

CUACA pada pagi itu agak sejuk dan dingin. Fatimah kembali merebahkan tubuhnya diatas tilam setelah selesai menunaikan solat subuh. Nana nampaknya masih lagi lena dibuai mimpi.

Fatimah cuba untuk melelapkan matanya semula namun matanya tidak pula mahu lena. Rasa sejuk terus mencengkam sampai ke tulang. Malam tadi hujan turun dengan agak lebat. Disebabkan itulah cuaca pada pagi itu terasa begitu sejuk.

Ingatan Fatimah secara tidak langsung singgah kepada seseorang yang nun jauh disana. Haykarl memang suka sangat tidur dalam suhu yang sejuk macamni. Dah macam duduk dalam bongkah ais dah rasanya.

"Apa yang dia tengah buat ye sekarang ni? Agak agak dia ingat tak dekat aku?" Fatimah mengeluh perlahan. Matanya dipejam rapat semula. Wajah Haykarl semakin rancak bertamu di ruang ingatan. Rindu! Itulah yang Fatimah rasakan saat ini.


❤️


HAYKARL masih liat liat di atas tilam empuknya. Maklumlah, hari itu adalah hari minggu. Pada kebiasaannya kalau hari minggu begini, Fatimah pagi pagi lagi sudah pergi ke pasar untuk membeli barang basah. Fatimah akan memasak makanan kegemarannya.

Haykarl memang suka makanan yang dimasak oleh Fatimah. Terutamanya lauk kegemarannya. Sambal Udang! Rasanya memang tiada tandingan. Tiba tiba saja perasaan rindu datang menyapa. Wajah Fatimah, senyuman Fatimah... semuanya bagaikan irama yang sentiasa menari nari di ruang matanya.

IPhone miliknya yang berada di kepala katil tiba tiba menjerit nyaring. Cepat cepat Haykarl mencapai telefon bimbitnya. Berharap agar Fatimah yang menelefonnya. Tetapi apabila melihat saja nama si pemanggil yang tertera di skrin telefon bimbit itu membuatkan Haykarl sedikit kecewa.

Siapa lagi kalau bukan Nurul Huda. Urgh!

"Hello sayang" sapa Haykarl bernada lemah seperti orang yang tak berdaya.

"Haii. Kenapa suara macam orang kecewa je ni?" Nurul Huda bertanya. Nada suaranya sengaja dibuat buat agar kedengaran manja dan menggoda di telinga Haykarl.

"Eh takdelah! I baru je bangun tidur ni. Awal pulak you bangun harini?" Balas Haykarl bersahaja. Cuba sembunyikan perasaan kecewanya.

"Em sebenarnya kan baby, I rindukan You lah sayang. Jom kita jumpa!" Balas Nurul Huda tanpa menjawab pertanyaan Haykarl sebentar tadi.

"Em okaylah. I pun rindukan You jugak! You tunggu dekat rumah tau. Siap lawa lawa okay! Nanti I ambik You" Tanpa berfikir panjang, Haykarl terus bersetuju. Mana boleh lepaskan peluang untuk berjumpa dengan cinta hatinya. Hehehe..

"Okay sayanggg! Jangan lambat okay! Kalau tidak, You tahu lah bibir I muncung berapa inch nanti" balas Nurul Huda lagi dengan nada suaranya yang manja dan menggoda.

"Okayyy!" Haykarl terus menekan butang merah menandakan panggilan ditamatkan. Kemudian dia merenung lama pada skrin telefon yang digenggam kemas di tangannya. Dia menghela nafas berat buat seketika. Orang lain yang diharapkan untuk menelefon, orang lain pulak yang tiba tiba muncul. Huh.

Haykarl baru teringat satu perkara!

Patutlah Fatimah tidak menelefonnya! Aduhlah kau ni Haykarl! Dah sah sah perempuan tu tak ada nombor telefon kau, macam mana dia nak telefon! Bodoh jugak ye kadang kadang kau ni! Haykarl sudah menepuk dahi sendiri. Rasa nak tergelak melihat kebodohan diri sendiri.


❤️


PANTAI itu sesak dengan ramai pengunjung yang hadir untuk beriadah pada hari minggu. Ada yang datang bersama dengan keluarga tercinta. Ada juga yang datang bersama dengan kawan kawan. Tidak lupa juga ada yang datang bersama dengan pasangan kekasih seperti mereka berdua sekarang ini.

Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️]Where stories live. Discover now