. (\ (\
(„• ֊ •„) 🤍 selamat membaca 🤍
━━O🧸O━━━━━━━━━━━━<3
Jam menunjukkan tepat pada pukul 10 malam jeno baru pulang kerumah . Masuk sahaja ke dalam rumah , jeno melihat bapanya yang sedang duduk di ruangtamu .
"Lee jeno kau sini kau" kata dato lee bapa kepada jeno itu
jeno tanpa bersuara terus berjalan kearah bapanya itu
"apa-" baru sahaja jeno mahu bertanya tiba-tiba bapanya menumbuk jeno dengan agak kuat . Sehinggakan pipi jeno sedikit terkoyak kerana terkena cincin yang dipakai oleh bapanya itu
"berani kau ye.." bapanya bersuara lagi
" aku hantar kau sekolah tu.. untuk kau jaga nama baik kita.. untuk kau jaga keadaan sekeliling..untuk jadikan kau orang terpandai dalam sekolah tu.. bukan makin merosakkan nama baik aku !" Kata bapanya lagi lalu menumbuk muka jeno di bahagian yang sama berkali-kali
"tuan sudah lah tu tuan.. sudah lah.." beberapa maid didalam rumah itu menahan dato lee dari memukul jeno dengan lebih lagi kerana kasihan melihat jeno yang sedang menahan kesakitan
" kau ni... memang memalukan keluarga betul.. memang menyusahkan aku !... menyusahkan mak kau !!" Tengking bapanya setelah puas memukul membuatkan hati jeno tersentak lalu dia mencapai beg nya ingin masuk ke bilik
" aku bagi amaran eh.. kau buat hal lagi.. mati kau" pesan dato lee membuatkan jeno terhenti dari jalannya seketika lalu berjalan semula ke bilik
<3
{ 5B CLASSROOM }
" eoo morning arin !" Dina yang baru masuk kedalam kelas bersama xiaojun terus menyapa arin yang sudah duduk di tempatnya
"morning dina ! Morning xiaojun !!" Jawab arin pulak
"morning" kata xiaojun ringkas lalu dia duduk di tempatnya
"awalnya kau datang rin..sekarang baru pukul 6:10 pagi" kata dina sambil meletakkan begnya
" dekat sekolah lama aku memang aku datang waktu macam ni.. tak tahu pulak dekat sekolah sini boleh lambat-lambat.." jelas arin
"woahh.." teruja dina
"waktu macam ni orang tengah gosok gigi lagi la rin.. biasanya kitorang je yang selalu datang awal" xiaojun menyampuk lalu dia duduk di sebelah dina
"korang...." kata arin lalu dia memandang pelik antara dina dan xiaojun "ha !! Ada something eh ?!" Teruja arin
dina sekadar tertawa kecil "shhhh jangan bagitahu yang lain !" kata dina sambil jari telunjuknya dibibir
"okay okay" kata arin sambil mengenyit mata
"aku rasa orang sebelah kau x datanglah kot harini rin" kata dina
" siapa ? Jeno ?" Tanya arin lalu dina mengangguk
"dia seminggu sekali je datang sekolah.. ada satu masa tu sebulan straight tak datang" kata xiaojun
"kenapa ?" Tanya arin
"dia selalu ponteng-"
"eh jeno !!!" arin memotong percakapan xiaojun setelah melihat jeno di ambang pintu lalu dia bangun pergi ke arahnya