Bab 54

350 54 21
                                    

MELILAU mata Medina melihat sekeliling rumah kampung tok maknya itu. Daripada dalam rumah kakinya mula menghayun keluar dari rumah. Kelibat yang dicari masih lagi tidak ditemui.

"Kamu cari apa tu, Na? Dari tadi melingas aje mata tok mak tengok kamu." tegur tok mak apabila melihat mata cucu perempuannya itu melingas mencari seseorang.

"Cari dua beradiklah itu," sampuk abang long selamba. Bukan dia tidak tahu adik sepupunya itu ada sesuatu dengan abang anak muridnya itu.

"Ha'ah tok, mana Hazwan dan Encik Hayyan?" soal Medina pelik apabila tidak melihat dua beradik itu. Kereta Mercedez-benz milik Hayyan juga telah lesap di perkarangan rumah. Setahunya malam semalam kereta milik Hayyan ada diparkir di hadapan sini. Tetapi pagi itu kereta itu sudah lesap.

"Oh dua beradik yang ikut kamu tu. Subuh-subuh lagi dua beradik itu dah balik, Na. Kamu tak tahu ke?" tutur Mak tok seraya duduk di pankin.

"Subuh? Bukan Hazwan kata dia nak sahur dan berbuka sama-sama ke?" soal Medina terkejut. Tak akan budak seorang itu mahu balik, lagi-lagi tujuannya itu mahu bersahur dan berbuka di kampung. Sahur baru nak mula esok pagi tetapi Hazwan dan Hayyan sudah pulang tanpa memberitahunya terlebihnya dahulu.

"Dah Na bergaduh besar dengan Hayyan tu malam semalam, baliklah dua beradik tu." ucap abang long sekali lalu sebelum menaiki motosikal jenama ex5 miliknya.

Medina yang mendengar sindirian abang long hanya memilih untuk berdiam.

"Itulah, orang itu ada depan buat tak nampak. Bila hilang mulalah nak cari macam apa. Hailah... budak-budak zaman sekarang." omel abang long perlahan sebelum memusingkan throttle untuk keluar dari perkarangan rumah.

"Kamu bergaduh dengan Hayyan ke semalam?" Tok mak sudah memandang tepat wajah Medina mahu mendapatkan jawapan.

"Ma... mana ada tok, kita orang tak gaduh pun. Adalah bertekak sikit. Tak gaduh besar mana pun." tutur Medina gugup. Risau tok mak memarahinya jika mendapat tahu dia bergaduh.

"Bertekak tu gaduhlah jugak." ucap tok mak serius.

Medina meneguk liur. Tidak tahu bagaimana mahu menyangkal tebakan tok mak itu. Bukan dia mahu bergaduh dengan Hayyan. Tetapi setiap kali mereka bertemu empat mata hatinya kian sakit. Untuk melegakan rasa di hatinya setiap kali itu dia menyakiti lelaki itu.

"Dari segi along kata kamu bergaduh dengan Hayyan tu mak tok tak rasa kamu dengan Hayyan ni kenalan biasa. Kenalan disebabkan kamu mengajar adiknya, tetapi tok mak rasa lebih dari itu. Kamu ini ada apa-apa ke dengan Hayyan tu?" duga tok mak yang mula sangsi. Lagi-lagi wajah dua beradik itu jelas nampak sugul sebelum meminta diri subuh pagi tadi. Seperti ada masalah yang mencengkam jiwa dua beradik itu. Tidak pasti apakah iya.

Medina jeda. Sungguh dia tidak tahu apa yang harus diberikan jawapan pada tok mak. Dia tidak mahu menipu tok mak. Cukuplah dia berbohong pada hatinya.

"Tok mak, Medina nak pergi kedai kejap beli ikan dekat pasar depan tu. Kata ibu banyak ikan baru-baru. Malam ni Na nak masak asam pedas." cepat-cepat Medina menukar topik. Dia tidak betah topik itu diutarakan. Cukuplah rasa itu terpendam di hatinya.

Tok mak melepaskan hela. Dari segi reaksi cucunya itu pasti ada sesuatu rahsia yang tersimpan diantara mereka. Tidak disangkal lagi.

◐.̃◐◐.̃◐◐.̃◐

LANGIT malam yang cerah dengan kerlipan bintang-bintang di langit walapun bulan tidak kelihatan. Seperti itu hidupnya masih lagi bersinar walaupun tanpanya tetapi dia masih kekurangan sesuatu.

Air matanya mengalir kembali tanpa sedar. Setiap butir kata yang dilontar pada Hayyan semalam berulang kembali.

"Hayyan tolonglah... tolonglah pergi dari hidup saya. Itu sahaja permintaan saya. Sukar sangat ke permintaan saya itu?"

🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔Where stories live. Discover now