LANGIT gelap yang hanya disinari cahaya bintang di dada langit dipandang. Suasana sunyi berada di belakang rumak tok mak ini membuatkan jiwanya tenang jauh lagi hingar bingar anak saudara yang sibuk bermain bunga api.
"Na, jom main mercun." Panggil abang long yang ke dapur yang sedang mencari apa pun dia sendiri tidak pasti.
"Kejap lagi Na menyusul." Medina mengangguk dan melakar segaris senyuman.
"Datang tau, nanti tiada siarang ulangan." Seloroh abang long lagi.
Medina tergelak perlahan. "Ye... abang long."
Melihat abang long yang sudah berlalu ke ruang depan matanya mula kembali menghadap langit seraya kaki melangkah ke arah buaian dan melabuhkan punggungnya."Adik buat apa sorang-sorang dekat belakang ni? Semua orang tengah berseronok dekat depan tu adik macam bawa diri pulak duduk belakang ni sorang-sorang." Tegur Mariam seraya mengambil tempat dengan melabuhkan punggungnya di kerusi buaian di sebelah Medina.
"Ibu ni... mana ada adik bawa hati. Adik saja aje nak amek angin dekat belakang ni." Tutur Medina dengan melakar segaris senyuman.
"Ambil angin?" Mariam menggeleng sambil tergelak kecil.
"Adik, ibu yang kandung kamu sembilan bulan walaupun tak cukup hari kamu dah nak keluar. Ibu tahu isi hati kamu tu. Setiap kali kamu ada masalah atau bersedih pasti adik memilih duduk bersendirian jauh dari orang ramai tiap kali malam. Dekat rumah pun macam tu, mesti duduk dekat beranda rumah. Ingat ibu tak perasan ke?" Anak mata bening Medina direnung dalam.
Mendengar ucapan Mariam serta-serta Medina meneguk liur. Kepala yang tidak gatal turut digaru. Tidak sangka ibunya tahu setiap kali dia dilanda masalah.
Perlahan-lahan Medina mula menoleh ke arah Mariam yang merenung wajahnya.
"Macam-mana ibu boleh tahu?" Soal Medina sambil mengerutkan dahinya.
"Macam mana adik kata?" Helaan dilepaskan Mariam.
"Tengok dahi adik ni selalu berkerut macam ni, macam mana ibu tak perasan hah?" Kerutan dahi Medina disentuh Mariam lembut.
"Ibu..." Medina mula sebak melihat keprihatinan ibunya walaupun dia sudah dewasa.
"Adik ada masalah? Sudah sebulan ibu tengok adik macam ni, termenung sini termenung sana." Anak mata perempuan direnung lembut. Sebagai seorang ibu dia dapat merasakan anak perempuan itu dibelenggu sesuatu. Ingin bertanya pasti anaknya akan tidak mahu menceritakan. Bukan dia tidak kenal anak perempuan yang bongsunya itu. Lebih suka memendam rasa.
Senyuman nipis dikoyakkan Medina. Kepalanya perlahan menggeleng. "Tak ada apalah ibu, benda kecik aje."
'Lihat! Sudah dapat agak pasti itu jawapan anak perempuannya itu.'
Kepala anak perempuan diusap penuh kasih. "Benda kecik yang adik katakan itu jika itu tidak diperbaiki dan diperbetulkan semula lama-lama akan jadi besar. Begitu juga dengan masalah. Mungkin bagi adik kecik, tapi jika dibiarkan berlarutan lama-lama akan menjadi besar. Sehingga tidak lagi mampu untuk diperbetulkan. Jadi, selagi masalah itu masih boleh diperbetulkan, adik betulkan sebelum terlewat."
"Terlewat? Bukankah semua ini sudah terlewat." Ucap Medina dengan nada berbisik.
"Apa dia, adik?" Soal Mariam yang tidak kedengaran.
"Hah? Tak ada apalah." Wajah dari senyuman hambar dilemparkan.
"Anak ibu dah besar panjang, ibu tahu adik boleh berfikir yang mana adik rasa terbaik untuk hidup adik. Tapi satu sahaja sebagai ibu, Ibu tak nak adik menyesal dengan tindakan dan keputusan terburu-buru. Setiap berlaku pasti ada sebab. Begitu juga dugaan yang Allah swt timpakan pada hambanya. Ada hikmah di sebaliknya." Jelas Mariam lagi.
YOU ARE READING
🄱🄴🄲🄰🅄🅂🄴 🄸🅃'🅂 🅈🄾🅄! ✔
RomanceB. I. Y 💟 Kenangan itu terlalu manis untuk dibuang namun terlalu pahit untuk ditelan. Itulah sebuah cerita untuk wanita bernama Ariana Mediana. I'm too excited when ship was sailing, but I forgot when ship in the middle of the ocean could sink anyt...