Chapter 21- David's Disappearances

207 16 2
                                    

=Rayzel's POV=

"Wait, kejap kejap. Stop sekarang. I rasa I pernah nampak nombor plat kereta ni." Walaupun masih curiga, aku tetap berhenti di sudut jalan. Eddy terus keluar dan pergi ke arah kereta itu. Ayah dia ke tu? Ke spy yang diupah oleh ayah dia? Risau dibuatnya.

     Setelah menunggu lebih dari 15 minit, barulah kelibat Eddy datang semula. Kereta hitam tadi pun sudah berlalu pergi.

     "Siapa tu?" Tanya aku.

     "Oh, tu bodyguard David." Jawab Eddy selamba." Ha, jom la. Tadi kata nak pergi tengok movie."

     "Hm, yela." Setelah itu, aku bersuara kembali,"Kenapa diorang ikut you? Sedangkan diorang bodyguard kawan you, David?"

     "Haa, there's a very looong story. And, it's better if you don't know actually." Kata Eddy sambil menghantar mesej kepada seseorang.

     "Okay, okay if you said so. But, can I know what happened now?"

     "David...lari dari rumah." Mata aku terbuntang. Tapi, masih memfokuskan pandangan ke hadapan.

     "Okay, I sensed something big is happening."

     "Actually, dah biasa. Especially, bila ayah dia ada." Aku mengangguk. Family problem, I see.

     "Btw, I changed my mind la. Can you dropped me home? I nak cari David. Takut la kalau dia cederakan diri dia lagi."

     "Okay, no problem."

=End Of Rayzel's POV=

☁☁☁

=Luka's POV=

Aku melihat ke luar jendela. Taman yang luas terbentang dengan pelbagai jenis bunga itu memang selalu menjadi tempat lepak aku semasa kecil dahulu. Aku masih ingat macam mana daddy layan aku dulu sebelum mommy disahkan mengandung.

     Dan semuanya terus berubah. Aku tahu ini semua bukan hak aku. Kalau daddy tak ambil aku dengan Lucas dekat rumah anak yatim dulu, hidup aku masih sama. Dihina dan dikeji. Harapan aku untuk disayangi oleh Kedua ibu bapa angkat aku hancur setelah Eddy wujud.

     Ya, aku bencikan dia. Selalu dipuji walaupun hanya membuat perkara biasa. Tidak dimarahi walaupun telah berbuat salah. Aku mengeluh memikirkannya. Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Tanda notif masuk. Aku mengambilnya dan tersenyum.

     Nana. Kawan baik aku. Walaupun dia telah pindah sekolah, itu tidak menjadi masalah untuk saling berhubung. Jujur aku kata, aku sukakan personaliti dia. Matang dan ceria. Baru sahaja aku ingin membalas mesej daripada Nana, mata aku ternampak kereta berhenti di depan pagar rumah.

     Eddy keluar dari kereta dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Aku cuba untuk melihat siapa yang berada di dalam kereta. Aku tersentak. Lelaki tu?!

     Aku keluar dari bilik aku dan terserempak dengan Eddy. Fuh, cepatnya naik tangga. Don't get me wrong, aku benci dia, tapi aku still care pasal dia. Muka Eddy nampak terkejut semasa terserempak dengan aku.

     "Aa, Abang Luka, what's wrong? Tiba-tiba je keluar." Aku mengetap bibir aku.

     "Kau kawan ke dengan dia? Lelaki tu tadi?"

     "Em, ye?" Aku memandang matanya.

     "From now on, jangan jumpa dia lagi."

     "Why?"

     "He's not a good influence for you." Dahinya berkerut.

      "Apa yang dia dah buat?" Aku menghembus nafas panjang sebelum menceritakannya kepada Eddy.

Tbc🌸

Nak habiskan cerita ni cepat-cepat. So, maybe cerita ni akan tamat dalam 5 chap lagi. Fuh, wish me luck! 🌸




Or maybe more. I still didn't explain what happened to David's parents, what Rayzel did in the past, how Nana become Luka's best female friend, how Eddy's parents took Daniel, Alexander, Lucas, and Luka from rumah anak yatim, how Eddy's adopted siblings are like when they were little, Rayzel's fake friend, and what they gonna do. Please help, I'm dying..😂

Hate Or Love? (BxB) (SU)Where stories live. Discover now